Tuesday, August 29, 2006

Merdeka Season

Huhu... aku lambat lagi post blog aku... masa menguji kehebatan aku me'manage'nya. No latest story, but this what i got for u guys in mean time. Previous month, aku involve dalam beberapa event, membuatkan minggu terakhir aku di sini sungguh sibuk (macam biasa la...) Heh... Tapi, kali ni aku rasa macam nak ngumpat siket...

22ND Convocation Festival (CONVEST) 2006

Date : 23 - 31 Aug 2006

Aku sepatutnya terlibat sebagai DJ Corner @ Convest Hill kat dlm event ni. Tapi aku dah tarik diri sebab rasa macam dah banyak program lain yg aku involve. Komen aku, pengisian CONVEST kali ni memang menarik dari CONVEST yg sebelum ni... ada paintball, drift in style, fishing competition dan many more. But to tell the truth, terdapat banyak kecelaan yang hanya diketahui oleh segelintir pelajar2 UIA. Aku pon tak tau banyak, tapi bila dengar cerita dari 2, 3 pihak, aku boleh ramalkan la sejauh mana cemerlangnya CONVEST kali ini.

Ppl who suppose cari sponsorship dah tarik Utusan jadi sponsor. Mmg la banyak diorang support, tapi tak perlu la tarik skali dgn artis yg bukan2. Tak payah la aku cakap artis mana... seksi habis... they are not supposed to enter UIA.

Opening CONVEST ntah ape2. Nasib baik Tun Mahathir tak datang...

Pas tu, aku enjoy habis tengok Drift in Style. Mmg best. Dari mata aku program ni berjaya, P.I.C. pon puas hati sampai terharu. Tapi, rupa2nya lari bajet... kan dah buang duit... braper ratus budak2 komiti tu keluar duit untuk tampung? Tanya la orang yg bertanggungjawab.

Aku tak dengar apa2 komen dari budak2 paintball... sumer ok je kot... tapi klu aku pegi tanya, mesti ada yg tak kena tu...

Apa lagi... Merdeka Countdown Celebration... It suppose to be acara kemuncak CONVEST. Tapi apa kes?? Sampai rector pon tak nak turun padang? Dengar siap dia antar sms cakap he was unhappy... parah betul...

Obviously he was unhappy with CONVEST! Dgn Sixth Sense nye... Fun fair ntah ape2... Dgn gamblingnye... nasib baik malam tu artis2 free hair xjadi naik stage. Klu tak, confirm abg. Latif dah batalkan konsert malam tu. Malu bila ada student IPT lain cakap "Waaa... universiti korang siap jemput artis rock lagi. Univesti aku cume ada konsert nasyid je time konvo". Aku tak pasti samada itu puji atau perli.

Mcmn pulak dgn management?? Komiti punya ramai. Last2 sumer jadi adhoc je. Meeting tak dipanggil. Budak2 sumer tak tau apa post diorang, terpinga2 apa kerja diorang. Nampak macam banyak duit. Last2 budak2 tu kena beli baju CONVEST pakai duit sendiri. Ntah ape2 lagi management yg tak betul...

Kecelaruan CONVEST menunjukkan ketidakstabilan organiser itu sendiri. Come on la... respect your president... Harap2 masalah dalaman macam ni tak kan berlaku lagi dalam SRC yang akan datang...

Tuesday, August 15, 2006

Blogthings.com 3

You Are 72% Happy
You are a very happy person. Generally, you feel content and that all is right with the world.Occasionally, you have a down day - but you have the ability to pick yourself right back up.

Minggu Kejam Sedunia - Hanya ada dalam kalendar KaFiE.

Aku tak tahu macamaner boleh ada Minggu Kejam Se-dunia (MKS). Diorang suka-suki tambah minggu sendiri kat dlm kalendar. Sekali dgr, ntah naper tiber aku teringat kat Adolf Hitler. Tak nak la aku beceriter pasal dia. Yang tak tahannye MKS ni dah berlanjutan sampai berminggu-minggu. Klu nak dipanggil Berminggu-minggu Kejam Sedunia macam tak best pulak... Tensen aku dikerjakan. Sembang sama2 kawan selamba aje dipanggil pinggan dan mangkuk. Dgn ini Delegasi KaFiE declare "friendly-war" sama kitorang. Ada la beberapa kejadian... aku rasa diorang kadang2 memang kejam betul dgn aku. "Jgn terasa... Minggu Kejam Sedunia" kata diorang. So, nevermind... macam la aku tak berlaku kejam dgn diorang... To make it short, let me list down some of kejam elements in MKS:

  • Yang aku paling ingat, Roha merajuk sakan bila kitorang blah time dia tgh lapar, letih, baru nak makan. Hehe... last2 makan roti canai aje. Letih aku memujuk.
  • Aku rasa mulut semua orang dah start expired insuran. Aku beberapa kali dipanggil *****. Pergh.... down giler...
  • Mahfuz call sumer geng2 KaFiE, tapi tak de sorang pon yang angkat. Aku henset kong daa...
  • Aku beberapa kali bagi Yassin down. Apa isu xpayah criter arr... Nanti dia bunuh aku.
  • Program AKHI korang tak join. Tapi aku paham. hmm...
  • Dah bbrape hari yassin tido tanpa bantal. Sape lagi klu bukan aku yg kebas. Hari tu dia semangat nak pegi kotaraya, last2 tak jadi.
  • (Her name has been removed due to her request) ajar Statistic laju sangat. Tiber...

Tapi yang paling kejam dlm MKS yang aku ada buat ialah telah merosakkan hubungan silaturrahim aku sendiri dgn seorang sister tu krn aku dah hilang pertimbangan which priority must comes first. So, kitorang dah gaduh. This is not the first time actually. Sem lps pon pernah gaduh. Tapi pasal isu lain. We make a desicion to sacrifice our friendship. Actually, she means a lot to me (But she's not my girlfren! Jgn salah anggap!). But things must be sacrifice for the sake of others as well as myself! I hope that this fight gonna end soon.

"Apa nak buat... Minggu Kejam Se-Dunia. Jgn terasa..."

Adolf HItler

Wednesday, August 02, 2006

Memorable Things in Humanitarian Week

Setiap kali habis program, tambah2 lagi kalau yang grand event, pasti akan meninggalkan banyak kenangan. Suka, mahupun duka. Walaupun ada yang pahit, tapi anda akan menghargainya suatu hari nanti. Humanitarian Week akhirnya tamat dan meninggalkan banyak kenangan dalam hidup ku... Apa yang Best??
  • First of all memang best sebab dapat kenal ahli2 dari kelab n projek CENSERVE yang lain. Tak tipu... memang best!
  • Secondly memang best sebab aku dapat belajar banyak benda baru. (There will always be new things that u can learn from each programme that u participate)
  • Paling best dapat collaborate dgn budak2 Caring Club untuk Family Day n Budak2 COMRADE, KARISMA... banyak lagi la masa Humanitarian Cultural Stage.
  • Best sebab ramai yg tolong masa aku tgh pening, blur, tak cukup tangan dan sebagainya. Special thanks goes to my assistants (Kak Zaza n Kak Ina). I will miss both of you...
  • Best dapat tengok adik2 mentee AKHI berlakon atas stage.
  • Tengok Abg Mizi yg sungguh ceria. (Tiber...)
  • Ada lagi yg best... tak ingat da...

Apa lagi???

  • Masih lagi tak paham naper aku boleh ada 2 post dlm Humanitarian Week.
  • Letih asyik meng'update' Master Plan. Dah la cukup pening kepala masa nak siapkan Master Plan tu... Tapi aku tak pernah lupa tanggungjawab aku.
  • Terlalu banyak sudden changes pada Family Day mahupun Cultural Stage.
  • Pening memikirkan jobscope PC yg kadang2 cukup mencabar, n kadang2 blur tak tau nak buat aper...
  • Rasa macam dibuli/disisihkan oleh komiti2 yg lebih senior. Tambah2 lagi Prep n Tech Family Day. :(
  • Bajet aku untuk PC Family Day n Pub n Pro Cultural Stage kena potong. Benci! Benci! Benci!
  • Ada satu hari tu aku ada banyak benda nak kena settlekan. Tapi hari tu aku letih dan lesu semacam. Last2 sumer benda disiapkan oleh assistant2 aku. Diorang memang hebat. Serba salah aku dibuatnye.
  • Kak Martinelli tak habis2 mereject poster yg aku design. Dah la kena reject lps aku dah print out n fotostat poster2 tu. RM XX aku burn macam tu je... :(
  • Aku tak dapat nak bagi komitment aku kat Cultural Stage (17 - 21 July 2006) sebab terlalu sibuk dgn final preparation untuk Family Day (22 July 2006). Ala.. lagi pon main jobscope aku ialah to promote Cultural Stage. Kira settle la tu...ramai yg datang! Again, thanks to Kak Ina for helping me a lot...
  • Aku tak tau naper aku BLUR giler masa family day sedang berlangsung. Rasa macam lupa job scope kejap. Next, thanks to Kak Zaza for assisting me while i'm in BLUR condition. :)
  • Kesilapan yang pernah berlaku kat dlm satu opening ceremony masa aku jadi PC kat matric dulu berulang kembali masa opening ceremony Family Day. Tak sangka susah betul nak kawal keadaan. Yang ni paling mengecewakan aku. ;(
  • Tentative Family Day banyak lari, especially for module n sport. VIP kena tunggu nak dekat sejam sebelum prize giving ceremony dapat dijalankan

Photobucket - Video and Image Hosting

(Gambar masa Family Day. Aku yang paling kiri. Kak Zaza yang pakai tudung oren. Mahfuz n Yassin kat blakang CENSERVE Flag. Dayah, Roha n Nad dok kat blakang Kak Zaza. Pas tu ada 2 orang budak sesat kat dalam tu. - Gambar ni aku ambik dari blog Szakif yg pakai baju kuning - Thanks)