22ND Convocation Festival (CONVEST) 2006
Date : 23 - 31 Aug 2006
Aku sepatutnya terlibat sebagai DJ Corner @ Convest Hill kat dlm event ni. Tapi aku dah tarik diri sebab rasa macam dah banyak program lain yg aku involve. Komen aku, pengisian CONVEST kali ni memang menarik dari CONVEST yg sebelum ni... ada paintball, drift in style, fishing competition dan many more. But to tell the truth, terdapat banyak kecelaan yang hanya diketahui oleh segelintir pelajar2 UIA. Aku pon tak tau banyak, tapi bila dengar cerita dari 2, 3 pihak, aku boleh ramalkan la sejauh mana cemerlangnya CONVEST kali ini.
Ppl who suppose cari sponsorship dah tarik Utusan jadi sponsor. Mmg la banyak diorang support, tapi tak perlu la tarik skali dgn artis yg bukan2. Tak payah la aku cakap artis mana... seksi habis... they are not supposed to enter UIA.
Opening CONVEST ntah ape2. Nasib baik Tun Mahathir tak datang...
Pas tu, aku enjoy habis tengok Drift in Style. Mmg best. Dari mata aku program ni berjaya, P.I.C. pon puas hati sampai terharu. Tapi, rupa2nya lari bajet... kan dah buang duit... braper ratus budak2 komiti tu keluar duit untuk tampung? Tanya la orang yg bertanggungjawab.
Aku tak dengar apa2 komen dari budak2 paintball... sumer ok je kot... tapi klu aku pegi tanya, mesti ada yg tak kena tu...
Apa lagi... Merdeka Countdown Celebration... It suppose to be acara kemuncak CONVEST. Tapi apa kes?? Sampai rector pon tak nak turun padang? Dengar siap dia antar sms cakap he was unhappy... parah betul...
Obviously he was unhappy with CONVEST! Dgn Sixth Sense nye... Fun fair ntah ape2... Dgn gamblingnye... nasib baik malam tu artis2 free hair xjadi naik stage. Klu tak, confirm abg. Latif dah batalkan konsert malam tu. Malu bila ada student IPT lain cakap "Waaa... universiti korang siap jemput artis rock lagi. Univesti aku cume ada konsert nasyid je time konvo". Aku tak pasti samada itu puji atau perli.
Mcmn pulak dgn management?? Komiti punya ramai. Last2 sumer jadi adhoc je. Meeting tak dipanggil. Budak2 sumer tak tau apa post diorang, terpinga2 apa kerja diorang. Nampak macam banyak duit. Last2 budak2 tu kena beli baju CONVEST pakai duit sendiri. Ntah ape2 lagi management yg tak betul...
Kecelaruan CONVEST menunjukkan ketidakstabilan organiser itu sendiri. Come on la... respect your president... Harap2 masalah dalaman macam ni tak kan berlaku lagi dalam SRC yang akan datang...