Monday, October 09, 2006

Around Ramadhan's Corner

Baru aku prasan aku dah lama giler tak post blog. Bulan lepas just ada 1 post aje. Sorry to everyone. Aku harap korang masih sudi singgah ke blog aku. Thanks... :) Dalam bulan ramadhan, aku masih lagi involve dgn certain program. Ingatkan dah xde dah. Rupanya ada lagi. Tak pe la... klu tak de program pon asyik tido je... tak jadi jugak.

MaLaYsian HumanITarIan AwarD 2006 (Team)

Ntah macamaner ada sorang brader tu tiber2 call aku N mintak aku datang S-DEV pada keesokan pagi. Aku cuak jugak, ingatkan ape hal aku kena panggil S-DEV. Aku ada buat mess ke masa program2 lepas kan... Esoknya lepas kelas aku terus pegi S-DEV. Rupa2nye si Ismail (Ex-H.O.P Sendi Saga) call aku. Selain aku, cuma ada Jaa (Sendi Saga) N Musz (Caring Club). Rupa2nya Ismail sedang cuba membentuk satu team. Aku tak tau macamaner nak criter, pendek kata dalam satu minggu yg seterusnya, kami sibuk mendokumen segala maklumat tentang CENSERVE, dari sejarah penubuhannya, sampai la kpd today's achievement. Compilation ini seterusnya akan dihantar ke NSTP untuk dinilai. Community service team yg layak akan menerima annual award + RM20,000 tajaan NSTP. Kerja meng'compile' ini agak memeningkan dan meletihkan. Kami xhabis2 meng'improve' dan meng'edit' resume tu. Lepas kak Nelli n Abg Dani approve, kitorang bawak bendalah tu pegi jumpa Bro. Abu Bakar Sidek. Dia kritik baik punya! Kitorang agak down jugak la...tapi tak kan sesekali berputus asa! Atas komitmen yg diberikan, kami dapat jugak siapkan 'resume' CENSERVE tu N submit betul2 pada hari due date + sebelum office NSTP tu tutup. Tak payah la aku criter apa jadi pada hari kami nak hantar bendalah tu. Tuhan uji kami habis2an. Klu aku tulis nanti kne buat satu slot khas pulak kang. kua kua kua...

BM KerJaYa Video ProJect

Alih2 aku dengar diorang dah pegi Kg. Baru. Terkejut aku... bukannye nak inform aku pon. Last2 aku jadi editor, sebab rupanya dalam ramai2 budak engineering kat dlm group aku, tak de sorang pon yg betul2 terer guna software buat movie such as Power Director or Movie Maker. Tu belum lagi guna VEGAS Movie Studio N Music Mixing. Yang tak tahannya, esok nak kena hantar, tapi edit mengedit belum start lagi. Tu la... apsal tak inform kat aku awal2? Kan dah buat kerja last minutes. Sumer tak tido malam. Dah la sorang ember tu ada kuiz esok. Aku pulak lps subuh tido kejap... terlepas kelas statistik... n sambung siapkan video tu. Ada beberapa kejadian sengal pagi 2 sebelum video tu betul2 siap. Di pendekkan criter, data yg aku edit selama 3 jam aku tak tido boleh hilang begitu sahaja. Aku naik panas sampai tak ter kata2. Mamat tu buat muka blur+innocent. So, aku diam jela... That is the best way...

Kisah2 Iftar Ku...

Sebelum start ramadhan lagi aku dah ada rancangan tersendiri. hehe... bukan unak buat amalan ibadat, tapi buat menu ape yg nak dimakan setiap kali berbuka time iftar dlm masa 30 hari.
(Ya Allah, ape nak jadi dgn aku...)
Antara intisari berbuka yg setakat ni aku dah telan dlm 15 hari sebelum ini:
  • Caramel (tak puas hati sebab caramel dia RM1 + keras)
  • murtabak (kat tempat aku di johor bharu tetap yg paling sedap!)
  • Otak2 (sukanye... tapi mahfuz kata tak cukup pedas)
  • Nasi goreng belacan (kemudiannya menjadi makanan rutin aku berbuka puasa)
  • Coconut shake (kemudiannya menjadi minuman rutin aku berbuka puasa)
  • Air mineral! (ni time aku dgn kawan2 berbuka kat dalam LRT time on da way nak pegi rumah mak cik nad. Jgn risau Nad, aku enjoy! ;))
  • ABC
  • Dadih
  • Kek!!! (ni makanan yg paling aku tak boleh blah!)
  • Roti John (mahfuz kata roti john tak mengenyangkan. Down giler...)
Antara majlis iftar yg aku dah attend (mesti la aku tak keluarkan 1sen pon) :
  • Mahallah Ali Iftar
  • Iftar dgn Kak Nelli n CENSERVE student leaders
  • Iftar kat masjid (hohoho....)
  • Iftar GPDP
  • "Iftar" di rumah mak cik Nad.
  • Ada lagi... tapi aku tak ingat.

Pejam celik, kita sekarang tinggal dlm seminggu lebih lagi berpuasa. Satu persoalan aku nak timbulkan di sini. Banyak tak amalan yg kita semua dah buat pada bulan puasa kali ini? Bila fikir balik, aku berasa sangat sedih, betapa aku mensia2kan ramadhan yg hanya datang setahun sekali ini. Aku dah tak macam dulu... Tak de rasa nak berebut khatam Al-Quran dgn kawan2 dan adik-beradik, tak de rasa nak solat tahajjud kerap2 pada malam hari. Terawih pon dah brape kali miss. Braper banyak kali kita bersedekah dalam bulan puasa ni? Mari kita renung kembali lirik yang tak lapuk dek zaman ini:

HARAPAN RAMADHAN (Man Bai & Raihan)

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui dengan sempurna

Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintah NyaMoga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi

segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…dengan Rahmat Mu oh Tuhanku..ku tempuh jua

Lagu : Man Bai/Farihin

Lirik : Man Bai/Farihin

Album : Maafkan - Raihan 1999