Posting kali ni tak de la n ak menarik sangat. Sekali sekala kita memuhasabah diri ni.
==========================
Seperti pada hari-hari Jumaat yg lain, semua lelaki diwajibkan pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu jumaat secara berjemaah. Selalunya, makmum kat kampung aku ni tak de la nak datang awal sangat, tapi kali ni bapak aku kena cari tempat lain nak parking kereta sebab port biasa dah kena kebas dek kereta orang lain.
Rupa-rupanya, hari ni Tok guru Nik Aziz datang ke masjid kat kampung aku untuk bagi khutbah. Memang kebiasaan baginya solat jumaat dari satu masjid ke satu masjid sekitar Kota Bharu untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Untung jugak aku balik rumah kali ni. Dah lama tak dengar Tok guru bagi khutbah. Kalau nak diikutkan, ni baru kali ke-tiga aku tengok Tok guru Nik Aziz secara 'live' di depan mata aku.
Hari tu dia bagi khutbah yang bertajuk "Muhasabah Diri". Tok guru memulakan khutbahnya dgn sepotong ayat Al-Quran:
"Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana
Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
(Al-Kahfi:7)
- Kita semua diminta berkumpul sesama muslim sekurang2nya 1 kali dalam seminggu. Tempat yang paling afdal untuk berkumpul adalah di masjid. Pentingnya masjid ataupun rumah Allah ni terbukti apabila Rasulullah S.A.W. membina masjid terlebih dahulu, diikuti dgn bangunan lain.
- Lelaki diberikan keutaman (Solat berjemaah pada hari jumaat) berbanding wanita kerana lelaki berfitrahkan seorang pemimpin. Penting bagi kaum lelaki untuk berkumpul supaya kita boleh imbas kembali apa yg kita telah lakukan dlm satu minggu yg lepas samada benar atau salah, baik atau buruk. Dgn ini, kita takkan tengelam dlm kesesatan.
- Manusia memang sentiasa terdorong untuk melakukan sesuatu yg mungkar dek hasutan shaitan dan nafsu, membuatkan kita kadang2 lupa ataupun tak sedar yg apa kita lakukan adalah salah atau buruk. Apa yg kita tahu, kita sentiasa betul dan orang lain pulak sentiasa salah. Pada masa ni, kita dah lupa tujuan sebenar kita hidup di muka bumi ni. Tak de apa dah yg kita nampak, selain pangkat, harta dan wanita. Tambah2 pulak, dgn kehadiran ego, riak dan takabbur.
- Dgn berkumpul sebegini (mendengar khutbah pada hari Jumaat), kita akan kembali memikirkan apa yg kita sudah lakukan dlm 7 hari yg lps. Kita akan cenderung untuk memuhasabah diri kita. Pada masa ini, kita akan kembali renungi samada kita yang benar atau mereka yg salah, samada kita yg buruk atau mereka yg baik.
- Dalam masjid jugak, kita digalakkan untuk membaca Al-Quran. Kalau boleh, bacalah Al-Quran itu seperti kita membaca diari kita sendiri, macam blog kita sendiri (errr... ayat yg ni aku modified sikit. hehe...) dimana kita menghayati apa yg kita baca. Masa tu, kita jgk akan sedar samada kita benar, atau mereka yg benar. Bacalah Al-Quran macam diari kita sendiri, kerana Al-Quran bukannya diari sebarangan, tapi dari Pencipta kita, Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment