Selamat Hari Raya kepada semua pembaca! Maaf Zahir dan Batin! Macamana dgn sambutan raya korang tahun ni? Best X? Hmmm... raya tahun nie kami adik beradik dan sepupu seperjuangan lebih banyak membantu untuk preparation dari biasa. 2 hari sebelum raya kami dah start buat macam2 aktiviti. Kalau habis satu kerja, aku slalu cabut kejap buat benda2 yang tak berfaedah dan lain2. Tapi, adik aku, Usamah, non-stop dia menolong rakyat2 dlm rumah Haji Isa (atuk aku). Respect ah! Di bawah adalah formula yang membuatkan kami lebih banyak berkerja:
Raya Preparation=
Mak cik Ita sekeluarga xbalik raya sebab si suami sambung belajar di Australia + Mak cik Zaini baru lepas bersalin + mak cik Liza & mak cik Zaini sarat mengandung + barisan pak cik2 pula malas2 x hanya tahu mengarah + kesian tengok atuk Isa pulak yang bnyk bergerak ke sana & ke mari mengerah tenaga tuanya
So, Raya Preparation 2008=
Barisan cucu lelaki Haji Isa yang tak kenal erti penat & lelah dalam menjayakan Hari Raya pada tahun ini. #
::Kisah Atukku:: Setiap kali raya, atuk sentiasa bersemangat untuk menjayakan hari yang mulia ini. Sedang semua asyik menonton TV di hadapan, atuk rajin mencuci pinggan di dapur, membuang sampah sarap ke tong majlis perbandaran, memastikan gate rumah sentiasa tertutup, tika mak cik2 tak cukup tangan didapur, atuk akan jadi yang pertama menyahut, "Xpe. Part tu biar aku settle kan". Pak cik2 macam2 biasa, badan xterangkat pon. That includes my dad. Mengarah je tau. Kalau korang tanya aku faktor utama aku banyak membantu di kampung, (selain daripada terpaksa) tak lain dan x bukan sebab aku kesian kat atuk aku.
Dia pernah cakap sekali kat aku. "Nasib baik aku ade cucu macam korang. Dah xde sape lagi dah boleh atuk harap untuk atuk mintak tolong. Kalau Raya, atuk mesti sentiasa nak yang terbaik. Korg je la atuk boleh harap. Sape tau... ini mungkin raya terakhir korg dengan atok..." Dia suka cakap macam tu. Aku mendengar je la. Terasa syahdu di hati...
::Unforgettable moment 2004:: There was a moment that keep on lingering in my mind. A five minutes moment. Setiap kali raya, kami barisan sepupu lelaki akan ramai2 tidur dan solat di ruang utama. Dalam pukul 4.30 pagi aku terjaga sebentar dari tidur. Aku ternampak atuk selesai bertahajjud. Lalu diikuti dengan takbir raya. Aku pasti, aku terdengar atuk menangis. Setakat yang aku tahu, dia belum pernah menangis ketika takbir. Tapi kami semua tahu, 2004 adalah tahun pertama atuk beraya tanpa nenek. It must be very hard for him... Menyedari orang tersayang sudah tiada lagi disisi pada keesokan hari dek disahut Ilahi...
Kalau aku bercerita pasal grandparents aku, sampai esok pon xhabis. How do I say this... I love them more than my parents. Since I was born, my grandparents raised me more than my parents did until I am seven.
2 comments:
selamat ari raya jai!
rindu kat ko n dak2 UIA skalian..
hm raya kt johor ke?
Haah. aku raya kat johor. Aku masih dapat duit raya yang banyak! best2!
adlan! henset aku baru lepas hilang. Bila aku nak wish bufday ko, baru aku prasan aku xde no ko! Tak tau la kot2 ko dah wish aku, tapi aku xtau message raya tu dari ko.haha!
Post a Comment