Wednesday, April 22, 2009

Filem Yasmin Ahmad, Talentime..Apa dah jadi? (yoyooh.com)

Talentime, filem Yasmin yang mendapat pujian ramai terutama dari blogger-blogger filem, termasuk blog kecil ini, tidak berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Ini dapat dilihat dari hasil jualan tiket yang hanya disekitar (atau tidak sampai) Rm 500 ribu setakat yang aku tahu.

Apa yang menyebabkan perkara ini terjadi?

Mengikut survey yang aku lakukan terhadap beberapa penonton Melayu secara rawak, aku mendapat respon ini.

1. Talentime adalah kembar Sepet dan Gubra. Kebanyakan penonton tidak mahu melihat cerita yang seakan sama berulang kali. Mereka mengambil keputusan untuk menanti kemunculan Talentime di dalam bentuk DVD haram.

2. Harith Iskandar dan Adibah Nor. Mereak tidak mahu menonton pelakon yang sama dan membawa watak yang hampir sama berulang kali. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk menantikan kemunculan Talentime di dalam bentuk DVD haram.

3. Strategi promosi yang mengelirukan. Trailer Talentime di TV disalah tafsir sebagai satu iklan/komersil produk kecantikan. Ini kerana sangkaan mereka Talentime di sini merupakan jenama bedak terbaru dari Silky Girl dan bukannya sebuah filem.

4. Talentime adalah satu tajuk filem di dalam perkataan bahasa inggeris. Majoriti penonton yang menggunakan 100 peratus komunikasi di dalam bahasa Melayu sehari-hari tersalah sangka bahwa filem ini merupakan filem orang putih . Sekiranya tajuk filem ini ditukar kepada ' Malam Pesta Muda Mudi' kemungkinan besar sambutan terhadap filem ini akan berbeza.

5. Trailer yang menggelirukan bagi sebuah filem Melayu kerana 'lagu' orang putih yang dinyanyikan oleh Hafiz. Ini menyebabkan penonton menyangkakan filem ini di dalam bahasa Inggeris.

6. Lagu Urdu sewaktu trailer, (apa ntah nama tajuknya itu...Ore Piya...kalau tidak silap) telah mengelirukan lagi identiti filem ini. Kekeliruan dan ketidak jelasan penonton terhadap filem ini telah mengakibatkan mereka tidak berminat mengambil risiko kehilangan Rm8-12 secara sia-sia.

7. Hero dan heroin yang tidak dikenali.

Ini adalah antara jawapan yang diterima dari survey yang aku lakukan. Mungkin ada blogger lain yang mempunyai pandangan kritis mereka sendiri tentang hal ini.

Apapun penonton telah bersuara...

More on:

yoyooh.com

Lagi-lagi Filem

3 comments:

Max J. Potter said...

hey..em, thanks for following my blog. i don't think i remember you or ever knowing you from somewhere..but you have a nice blog running here. =)

i don't do yasmin ahmad. pretty much takde nilai, her movies. just some pompous display of her concept of cinematography; which is practically nothing. i saw sepet, and gubra and barfed. and i just dont comprehend the level of crap-worthy nonsense in muhsin. i might go longer..but i guess i wont. they're all negatives, anyway.

keep writing~!

HidayahFadziL said...

hmmm betul ke tak best jai?
sebbaik aku tak tgk lagi...
hehe...
mungkin klu aku pun nk cri yg downloadnyer ker... huhu..

Jai said...

To Max J. Potter...Huhu... blog sy biase2 je. Tapi ade la incident yg pernah berlaku dan ianya melibatkan akak dan beberapa pihak. Crite lama anyway. Thanks for ur support.. ^^

To HiDaYah...ok... dah jumpa bagitahu aku eh...