Pada pukul 8.15am, aku dan Adha tiba di Mini Audi. Masih belum ade orang disitu. Nampak macam tak de event pon. Jadi aku confirmkan semula dgn Ikhwan.
"Salam Ikhwan. Venue talk pagi nie kat mane?"
"Kat edu LT 2. Tlg bg tau yg lain." Ikhwan membalas. Jadi kami terus ke EDU LT 2.
**********
Pukul 9 lebih - Dari atas, aku mula nampak Madam Martinelli masuk ke dalam LT. Muka beliau adalah di antara muka yang aku sentiasa ingin lihat dan rindu2kan. Dirinya penuh dengan sifat keibuan.
Hampir 2 tahun aku jarang mendekati program2 CENSERVE. Pada saat itu, jauh dalam lubuk hatiku, aku terdetik, "Agaknye madam ingat lagi ke tak kat aku nie... Bertuahnye klu dia still ingat kat aku..."
Beliau naik ke pentas setelah dijemput untuk untuk memberikan talk beliau tentang "A Training Guide for Volunteer Mentors". Perkara pertama yg diminta ialah untuk memenuhkan ruang2 kosong dihadapan. Aku terus segera bangun untuk ke hadapan.
Tiba2, satu suara memanggilku, “Jai?”
“Jai? Lamanye tak nampak Jai. Dah grad ke?” Madam Martinelli yang panggil dari atas pentas. Beliau masih ingat saya. T_____T
Aku hanya mampu menjawab beberapa patah sahaja ketika itu. “Belum lagi…” Perasaan bersalah terkinja-kinja datang ke dalam hati… Ke mana aku menghilang selama ini…
Beliau memberikan senyuman ikhlas kepadaku. Senyuman beliau tidak pernah gagal membuatkan ku rasa tersentuh di hati. “Jai ni orang lama AKHI ni. Dah lama tak nampak dia. Madam ingatkan dia dah grad. Nak tahu perkembangan dia cuma ikut blog dia je...” Katanya dikalayak ramai. Perasaan bersalah makin masuk laju2 ke dalam hati. “Jai mintak maaf madam… Jai mintak maaf…” kata hatiku…
**********
CHALLENGES
Madam Martinelli mulakan ucapannya dengan menyentuh tentang commitment terlebih dahulu.
Commitment = Pledge or bind to a course, intention, policy or use
Dalam berbelas ribu pelajar UIA, berapa ramai yang menyertai kelab2 khidmat masyarakat UIA? Dan di antara mereka yang menyertai kelab2 ini, berapa ramai yang boleh kekal memberikan komitmen dalam melakukan program khidmat masyarakat dan dakwah ini?
Terdapat 4 cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang berjuang atas jalan yang benar. Dan anak-anak generasi mendatang akan menghadapi cabaran yg lebih kuat daripada kita:
Beliau menerangkan bahawa 3 cabaran yang pertama adalah takdir dan ketentuan Allah S.W.T. Tetapi, budaya hedonisme boleh dicegah. Budaya hedonisme adalah taktik halus yang digunakan oleh mereka yang mahu menghancurkan umat Islam.
Hedonism = The ethical theory that pleasure (in the sense of the satisfaction of desires) is the highest good and proper aim of human life.
**********
Sedang orang-orang Melayu Islam asyik berhibur (mat rempit, dadah etc), orang-orang Yahudi sedang giat mempraktikkan sistem mentoring yang sangat rapi dan terancang. Singapura sekarang turut mempraktikkan sistem tersebut secara serius. Pentingnya mentoring bagi mereka, sehinggakan mereka telah mewujudkan Minister Mentor. Sistem mentoring mereka sangat tersusun, sehingga diamalkan pada setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat.
**********
Madam Martinelli kemudian menimbulkan satu persoalan:
WHY MENTORING?
- Mentoring is among the effective tool to reduce social and crime rate
- Mentoring is a possible mind setting building tool to achieve “Gerakan Perubahan Minda”
Beliau bercerita sejak dari kecil lagi beliau mahu menjadi an extraordinary person. Sejak dari tingkatan 2, beliau berani mencabar undang-undang sekular sekolah dengan memakai seluar panjang dan tudung, sedangkan sekolah tersebut melarang pemakaian demikian.
Ketika di Universiti Malaya, beliau turut melakukan gerakan dalam menegakkan agama Islam dan dakwah. Apabila UIAM ditubuhkan pada tahun 1983, beliau sangat gembira kerana beliau telah menjumpai saluran yang beliau impi-impikan sejak dahulu lagi dalam usaha untuk melakukan perubahan minda terhadap generasi2 mendatang. Beliau mahu semua anak didik dan mentor2nya mempunyai fikiran seperti beliau, untuk menjadi extraordinary person dan berani melakukan gerakan dalam memperjuangkan agama.
**********
WHAT IS MENTORING?
Mentoring is a matter of trust. Mentoring is a structured and trusting relationship that brings young people together with caring individuals who offer guidance, support and encouragement… (aku xsempat nak salin habis definasi beliau terhadap mentor... -,-")
**********
HOW?
Mengikut pemahamanku, sistem mentoring yang sebenar-benarnya adalah seperti sistem pyramid yang diamalkan dalam MLM (Multi-level Marketing system).
Mereka yang dilantik menjadi mentor akan melatih beberapa orang mentee. Bila para mentee sudah bersedia, mereka akan menjadi mentor kepada mentee2 baru. Orang-orang Yahudi dan Kerajaan Singapura sedang mempraktikkan sistem ini. Dalam jangka masa panjang, kesan sistem ini pasti akan dapat dilihat. Orang-orang Yahudi yang hebat sekarang adalah kesan daripada sistem mentoring mereka yang sangat berkesan. Melalui sistem mentoring seperti ini, visi “Pergerakan Perubahan Minda” boleh dicapai.
Pada pandangan aku, mentoring adalah satu kaedah yang sangat effektif. Bila tiba masanya, selepas satu jangka masa yang panjang, para mahasiswa yang bernaung di bawah CENSERVE, termasuk semua yang pernah menjadi mentor dan mentee sebelum ini, boleh berkumpul dan melakukan satu gerakan untuk membentuk rakyat yang lebih baik dan bertamadun.
**********
WHAT IT TAKES TO BE A MENTOR?
- See solution and opportunities
Madam Martinelli berkata, yang paling penting ialah mempunyai kesedaran tanggungjawab terhadap Allah untuk mendidik/mengubah/masyarakat/generasi mendatang. Bila kesedaran itu ada, skill-skill yang selebihnya akan datang dengan sendiri. Dan antara skill semulajadi tersebut ialah dengan menyayangi mereka.
**********
REQUIRED POWER OF A MENTOR
Sentuhan dan pandangan boleh merendahkan ego kedua-dua pihak, samada mentor ataupun mentee
Pemberian hadiah dari seorang mentor kepada mentee adalah sangat penting untuk meyakinkan mentee bahawa mereka boleh mempercayai kita
Sentiasa berhubung dengan mentee untuk mendapatkan pengalaman dan memahami mereka. Salah satu cara ialah dengan sentiasa hadir dalam setiap mentoring program.
Mentor sentiasa perlu ada pengetahuan2 tambahan dalam minda mereka. Mentor yang banyak membaca juga boleh menyarankan mentee2 membaca bahan bacaan yang bagus seperti blog dan sebagainya.
**********
Sebagai penutup, Madam Martinelli menyarankan bahawa setiap ahli2 CENSERVE perlu ada sifat2 Rasulullah S.A.W.:
Akhir sekali, selepas anda semua membaca post ini, mari semak kembali.
- Does it improve your attitude?
- Does it improve your skill?
- Does it improve your knowledge?
**********
Bagi aku, kepada siapa yang tak datang pada pagi 13 Jun itu adalah sangat rugi. Mempunyai peluang untuk mendengar semua ini dari mulut Madam Martinelli Hashim adalah sangat bermakna bagiku.
Persoalan yang terakhir:
ARE YOU WITH US TO BEAR THE RESPONSBILITY AND BE A GOOD MENTOR?
Jika anda telah membaca post ini, anda adalah orang2 yang terpilih untuk menjadi mentor yang berjaya. Be responsible and be commitment towards your mentees and your club. Sekian…
Aku sempat bergambar dengan Madam sebelum beliau pulang... ^^