Pada pukul 8.15am, aku dan Adha tiba di Mini Audi. Masih belum ade orang disitu. Nampak macam tak de event pon. Jadi aku confirmkan semula dgn Ikhwan.
"Salam Ikhwan. Venue talk pagi nie kat mane?"
"Kat edu LT 2. Tlg bg tau yg lain." Ikhwan membalas. Jadi kami terus ke EDU LT 2.
**********
Pukul 9 lebih - Dari atas, aku mula nampak Madam Martinelli masuk ke dalam LT. Muka beliau adalah di antara muka yang aku sentiasa ingin lihat dan rindu2kan. Dirinya penuh dengan sifat keibuan.
Hampir 2 tahun aku jarang mendekati program2 CENSERVE. Pada saat itu, jauh dalam lubuk hatiku, aku terdetik, "Agaknye madam ingat lagi ke tak kat aku nie... Bertuahnye klu dia still ingat kat aku..."
Beliau naik ke pentas setelah dijemput untuk untuk memberikan talk beliau tentang "A Training Guide for Volunteer Mentors". Perkara pertama yg diminta ialah untuk memenuhkan ruang2 kosong dihadapan. Aku terus segera bangun untuk ke hadapan.
Tiba2, satu suara memanggilku, “Jai?”
“Jai? Lamanye tak nampak Jai. Dah grad ke?” Madam Martinelli yang panggil dari atas pentas. Beliau masih ingat saya. T_____T
Aku hanya mampu menjawab beberapa patah sahaja ketika itu. “Belum lagi…” Perasaan bersalah terkinja-kinja datang ke dalam hati… Ke mana aku menghilang selama ini…
Beliau memberikan senyuman ikhlas kepadaku. Senyuman beliau tidak pernah gagal membuatkan ku rasa tersentuh di hati. “Jai ni orang lama AKHI ni. Dah lama tak nampak dia. Madam ingatkan dia dah grad. Nak tahu perkembangan dia cuma ikut blog dia je...” Katanya dikalayak ramai. Perasaan bersalah makin masuk laju2 ke dalam hati. “Jai mintak maaf madam… Jai mintak maaf…” kata hatiku…
**********
CHALLENGES
Madam Martinelli mulakan ucapannya dengan menyentuh tentang commitment terlebih dahulu.
Commitment = Pledge or bind to a course, intention, policy or use
Dalam berbelas ribu pelajar UIA, berapa ramai yang menyertai kelab2 khidmat masyarakat UIA? Dan di antara mereka yang menyertai kelab2 ini, berapa ramai yang boleh kekal memberikan komitmen dalam melakukan program khidmat masyarakat dan dakwah ini?
Terdapat 4 cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang berjuang atas jalan yang benar. Dan anak-anak generasi mendatang akan menghadapi cabaran yg lebih kuat daripada kita:
- Persekitaran
- Penyakit
- Bencana Alam
- Hedonisme
Beliau menerangkan bahawa 3 cabaran yang pertama adalah takdir dan ketentuan Allah S.W.T. Tetapi, budaya hedonisme boleh dicegah. Budaya hedonisme adalah taktik halus yang digunakan oleh mereka yang mahu menghancurkan umat Islam.
Hedonism = The ethical theory that pleasure (in the sense of the satisfaction of desires) is the highest good and proper aim of human life.
**********
Sedang orang-orang Melayu Islam asyik berhibur (mat rempit, dadah etc), orang-orang Yahudi sedang giat mempraktikkan sistem mentoring yang sangat rapi dan terancang. Singapura sekarang turut mempraktikkan sistem tersebut secara serius. Pentingnya mentoring bagi mereka, sehinggakan mereka telah mewujudkan Minister Mentor. Sistem mentoring mereka sangat tersusun, sehingga diamalkan pada setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat.
**********
Madam Martinelli kemudian menimbulkan satu persoalan:
WHY MENTORING?
- Mentoring is among the effective tool to reduce social and crime rate
- Mentoring is a possible mind setting building tool to achieve “Gerakan Perubahan Minda”
Beliau bercerita sejak dari kecil lagi beliau mahu menjadi an extraordinary person. Sejak dari tingkatan 2, beliau berani mencabar undang-undang sekular sekolah dengan memakai seluar panjang dan tudung, sedangkan sekolah tersebut melarang pemakaian demikian.
Ketika di Universiti Malaya, beliau turut melakukan gerakan dalam menegakkan agama Islam dan dakwah. Apabila UIAM ditubuhkan pada tahun 1983, beliau sangat gembira kerana beliau telah menjumpai saluran yang beliau impi-impikan sejak dahulu lagi dalam usaha untuk melakukan perubahan minda terhadap generasi2 mendatang. Beliau mahu semua anak didik dan mentor2nya mempunyai fikiran seperti beliau, untuk menjadi extraordinary person dan berani melakukan gerakan dalam memperjuangkan agama.
**********
WHAT IS MENTORING?
Mentoring is a matter of trust. Mentoring is a structured and trusting relationship that brings young people together with caring individuals who offer guidance, support and encouragement… (aku xsempat nak salin habis definasi beliau terhadap mentor... -,-")
**********
HOW?
Mengikut pemahamanku, sistem mentoring yang sebenar-benarnya adalah seperti sistem pyramid yang diamalkan dalam MLM (Multi-level Marketing system).
Mereka yang dilantik menjadi mentor akan melatih beberapa orang mentee. Bila para mentee sudah bersedia, mereka akan menjadi mentor kepada mentee2 baru. Orang-orang Yahudi dan Kerajaan Singapura sedang mempraktikkan sistem ini. Dalam jangka masa panjang, kesan sistem ini pasti akan dapat dilihat. Orang-orang Yahudi yang hebat sekarang adalah kesan daripada sistem mentoring mereka yang sangat berkesan. Melalui sistem mentoring seperti ini, visi “Pergerakan Perubahan Minda” boleh dicapai.
Pada pandangan aku, mentoring adalah satu kaedah yang sangat effektif. Bila tiba masanya, selepas satu jangka masa yang panjang, para mahasiswa yang bernaung di bawah CENSERVE, termasuk semua yang pernah menjadi mentor dan mentee sebelum ini, boleh berkumpul dan melakukan satu gerakan untuk membentuk rakyat yang lebih baik dan bertamadun.
**********
WHAT IT TAKES TO BE A MENTOR?
- Sincere desire
- Respect young people
- Listen actively
- Empathize
- See solution and opportunities
- Be flexible and open
Madam Martinelli berkata, yang paling penting ialah mempunyai kesedaran tanggungjawab terhadap Allah untuk mendidik/mengubah/masyarakat/generasi mendatang. Bila kesedaran itu ada, skill-skill yang selebihnya akan datang dengan sendiri. Dan antara skill semulajadi tersebut ialah dengan menyayangi mereka.
**********
REQUIRED POWER OF A MENTOR
- Touch
- Looking (eye-contact)
Sentuhan dan pandangan boleh merendahkan ego kedua-dua pihak, samada mentor ataupun mentee
- Gift
Pemberian hadiah dari seorang mentor kepada mentee adalah sangat penting untuk meyakinkan mentee bahawa mereka boleh mempercayai kita
- Experience
Sentiasa berhubung dengan mentee untuk mendapatkan pengalaman dan memahami mereka. Salah satu cara ialah dengan sentiasa hadir dalam setiap mentoring program.
- Reading
Mentor sentiasa perlu ada pengetahuan2 tambahan dalam minda mereka. Mentor yang banyak membaca juga boleh menyarankan mentee2 membaca bahan bacaan yang bagus seperti blog dan sebagainya.
**********
Sebagai penutup, Madam Martinelli menyarankan bahawa setiap ahli2 CENSERVE perlu ada sifat2 Rasulullah S.A.W.:
- Siddiq
- Amanah
- Tabligh
- Fathanah
Akhir sekali, selepas anda semua membaca post ini, mari semak kembali.
- Does it improve your attitude?
- Does it improve your skill?
- Does it improve your knowledge?
**********
Bagi aku, kepada siapa yang tak datang pada pagi 13 Jun itu adalah sangat rugi. Mempunyai peluang untuk mendengar semua ini dari mulut Madam Martinelli Hashim adalah sangat bermakna bagiku.
Persoalan yang terakhir:
ARE YOU WITH US TO BEAR THE RESPONSBILITY AND BE A GOOD MENTOR?
Jika anda telah membaca post ini, anda adalah orang2 yang terpilih untuk menjadi mentor yang berjaya. Be responsible and be commitment towards your mentees and your club. Sekian…
Aku sempat bergambar dengan Madam sebelum beliau pulang... ^^
19 comments:
waaa....ruginyer tqa xdpt dtg aritu...huhu..tp nak bt cmne..tqa kat umah..kat penang..huhuhu..xpela..skrg2 dpt gakla input2 mdm 2...dr blog abg jai nh...tq!!!hehee...chaiyouk2!!insya Allah..i'll be a gud mentor 4 my mentees...=p
That's the spirit! Tqa jadi mentor yang gagah tau. kena konsisten. Jgn jadi mcm abg jai. huhu...
Keep in touch with AKHI even after you have graduate! Good luck! ;)
hehehe...tq!!insya Allah..i'll try my bes..huk3....
wah.. cayalah jai. aku pun tak tau ada program ni. huhu..
ni wat comeback ke?
btw btul la. dlm gambar last tu ko mmg da nmpk berisi. cayalah!
jai, aku post link entri ni kat fb eh. minta izin :)
entri ni mantop!
good for you mdm martinelli still ingat kau dan nama kau. mesti you've done something extraordinary that made her remembered you. benar?
To myadlan...
huhu.. aku tau pon sebab aku datang program last AKHI (AKHI Quranic Camp). Ikhwan buat announcement masa postmormterm.
Tak de la comeback sgt. Aku rindukan AKHI dan CENSERVE. Klu hujung minggu tu tak de ape2 aktiviti, aku join la program AKHI. AKHI have changed a lot since the last time i went to thier program. (it was like one n a half year!) So I want to gain a new experience with it. Klu ko datang, ko akan tahu.
31 jun ni ade program AKHI. May be ramai senior2 AKHI akan datang jom ar join! AKu nak join gak. Mesti best giler!
Thanx for the compliment! Aku nak bagi badan naik gemok dulu, lepas tu exersice balik. bagi badan naik though. huhu
To szakif...
bagus2. post sepanjang hari lagi bagus. huhu. bagi rmi cket baca. bari kesedaran tu datang. makin tinggi gak hit counter aku nanti. haha. ;p
thanx for the compliment!
ntah la. aku xrasa pn aku ade buat ape2 yg extraordinary dlm CENSERVE. tapi aku percaya mdm martinelli yg mmg jenis ingat nama2 student. Macam aku cakap. diri dia penuh dgn sifat2 keibuan. She knows how to make every students touched. and I respect her a lot.
Thanks for the compliments, Jai. Kepada anak2 yang lain, tak ada termination jadi ahli AKHI, sebab keahliannya seumur hidup. Teruskan perjuangan kerana perhentian yang ada hanyalah perhentian yang abadi semasa di panggil oleh yang Maha Kuasa.
Your welcome madam. and thanks juga kerana sudi meninggalkan komen di blogku. =)
that was a good stuffs. memang berisi macam kata adlan. aku pun rindu nak dengar kata-kata mdm yang penuh dngn hikmah, maklumla mdm orang lama dalam bidang nii. tapi apakan daya aku bukan di uia lg. anyway once akhi, forever be akhian. let's have a good time in future
Hait! Kau memang sentiasa bersemangat. Thanks jugak sebab aku terserempak dgn ko kat HS Cafe malam tu. Baru gagah kaki aku nak singgah program AKHI pada malam tu. Lalu seterusnya membawa aku datang ke talk Mdm Martinelli pada beberapa minggu kemudian. huhu..
kelab akhi.. nana x pernah dengar pun~ teruk betol nana nie. mungkin nana patut bukak mata dengan lebih luas lepas ni XD
thanks nana for visiting in... pernah dengar CENSERVE x? Klu tak pernah dengar, luangkan masa nana untuk layari website CENSERVE dan Kelab AKHI.
http://censerveiium.blogspot.com/
http://akhi-news.blogspot.com/
Jangan lupa juga untuk singgah blog ibu kami:
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
salam...
t'trk gk ngn pe y abg taip ni..
huhuhuhuhu..pepon bez2
thanka adk. ^^ teruskn baca blog abg tau.. ^^
Good day !.
might , probably very interested to know how one can make real money .
There is no need to invest much at first. You may begin earning with as small sum of money as 20-100 dollars.
AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
AimTrust represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.
It is based in Panama with structures around the world.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your chance That`s what you wish in the long run!
I`m happy and lucky, I started to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to select a correct partner who uses your money in a right way - that`s AimTrust!.
I make 2G daily, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to join , just click this link http://ubucuwifyk.virtue.nu/nonoga.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to feel the smell of real money
Good day, sun shines!
There have been times of troubles when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
I have never thought that there weren't any need in big initial investment.
Now, I'm happy and lucky , I started to get real income.
It gets down to select a correct partner who uses your funds in a right way - that is incorporate it in real deals, parts and divides the profit with me.
You can get interested, if there are such firms? I have to tell the truth, YES, there are. Please get to know about one of them:
[url=http://theblogmoney.com] Online investment blog[/url]
Hi there!
I would like to burn a theme at here. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of ponzy-like structure, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.
For quite a long time, I make money with the help of these programs.
I'm with no money problems now, but there are heights that must be conquered . I get now up to 2G a day , and I started with funny 500 bucks.
Right now, I managed to catch a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.
[url=http://theinvestblog.com] Online investment blog[/url]
Glad to materialize here. Good day or night everybody!
For sure you didn’t here about me yet,
my parents call me James F. Collins.
Generally I’m a venturesome analyst. all my life I’m carried away by online-casino and poker.
Not long time ago I started my own blog, where I describe my virtual adventures.
Probably, it will be interesting for you to read my notes.
Please visit my blog. http://allbestcasino.com I’ll be glad would you find time to leave your opinion.
Post a Comment