First of all, I want to apologize for attributing this post to you without your permission.
I know if I ask your permission, you will say, "Ish... xpayah la Jai. Nak buat ape tribute2 nie". Of course, if you are still around to stop me...
Kau Sahabat Kau Teman
----------
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
----------
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
----------
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
----------
( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
----------
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
----------
( korus )
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
Dah enam tahun dah Jai kenal akak. Nampaknye, angka tu berhenti disitu je lah ye. 6 tahun. Lepas habis je IPTIM masa kat matrik dulu, akak layan Jai macam adik akak sendiri. Akak sentiasa ada untuk Jai masa Jai perlukan akak. Hehe... Tapi Jai mengaku, Jai memang sgt aktif join program masa kat matrik dulu. So end up Jai yang xdapat nak luangkan sangat masa Jai dengan akak.
Tak lama kemudian, Yassin come and join us. Dia kawan rapat Jai. Ape yang Jai nak, dia nak jugak. hahaha. Program ape yang Jai join, mesti Yassin pon nak join jugak. Sabo je la. hahaha. So, akak akhirnya layan kami berdua macam adik akak sendiri. Since that, akak nak tau x? Kami sentiasa bersaing nak dapat perhatian akak tau. hahaha. Jai rasa jelous tau kalau akak bagi lebih perhatian n lebih mesra dgn Yassin... Jai dapat rasa kak... Jai baca mesej2 akak dalam henset Yassin... Jai nampak mcmn akak sangat hepi setiap kali brjumpa dengan Yassin. Jai pulak xdapat mesej2 dari akak macam Yassin dapat. Dan expression akak jumpa Jai tak segembira kalau akak jumpa Yassin. Mmm.. Naper ye kak?
Masa tu, sy dah masuk tahun ke dua kat UIA Gombak. Atas beberapa sebab tertentu, Jai jadi rengang dengan akak. Pada masa itu, Jai dapat rasa betapa jai penting bagi akak. Pada masa tu, akak menangis dan cakap kat Jai "Please return back my former brother". Akak buat Jai rasa sangat2 terharu time tu. The fear of losing us at that time finally forced you to spill it out. Akak ade cancer SLE. and it is incurable. Jai rasa macam nak mati masa dengar akak ade cancer time tu...
Selepas itu, tak banyak pon perkembangan yang berlaku... Kita masih agak rengang. Lebih kurang awal tahun nie, 2009. Jai mula kembali kerap mencari akak... I need all the support I can get at that time. Dan Jai percaya Jai masih ade akak. Tapi... Jai rasa akak macam nak mengelakkan diri dari Jai. Akak cakap akak sentiasa sibuk. Belum ada masa lagi untuk Jai. Oleh itu, Jai biarkan akak dgn life akak terlebih dahulu, trying to be an understanding brother. Dan Jai nak akak tahu, tiap2 hari Jai tunggu akak contact Jai, just at least Jai nak tau akak ade terlintas untuk tanya khabar Jai atau tak.
Lepas sekian lama tak dengar khabar akak, tibe2 pada pagi tu Jai dapat that sad news. Akak, akak fikir ape Jai rasa time tu? The last time I saw you was 3 months ago. And the next time I saw you...
Akak ingat, dengan menjauhkan diri or tak bagitahu ape yang terjadi pada diri akak, akak ingat semua orang akan lega n senang hati ke? I'm not kak... I'm not... I am deeply missing you... You left me at the time when I needed you the most...
Well....
At least, I have a chance to lunch with you for the last time while there are others who don't...
At least, I have a chance to send you back home once while there are others who don't...
At least, I have a chance to ask for your forgiveness in my last message that I send to you while there are others who don't...
Thank you...
Semoga akak, Safawati Rustamin, (23rd March 1985 - 16th July 2009) sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau...
Dari Profile Friendster beliau
Gambar ni sy ambik senyap2 masa Kak Sha tertido dlm LRT. Hehe... Kak Sha cakap sy gile... ;p
Tiket bas Rapid KL nie, sampai sekarang sy simpan lagi. Sebab ade tarikh lahir akak kat situ. Selama 6 tahun nie, sy tak pernah terlepas nak wish birthday akak kan?.... Ade la jugak certain years yang sy terlambat wish...
Download Link: Kau Sahabat Kau Teman
For more information on SLE, click here