Tuesday, October 27, 2009

Iceland says goodbye to the Big Mac

McDonald's closes in Iceland as currency collapse takes a bite out of Big Mac profits

By Gudjon Helgason and Jane Wardell, Associated Press Writers On 3:41 pm EDT, Monday October 26, 2009

REYKJAVIK, Iceland (AP) -- The Big Mac, long a symbol of globalization, has become the latest victim of this tiny island nation's overexposure to the world financial crisis.

Iceland's three McDonald's restaurants -- all in the capital Reykjavik -- will close next weekend, as the franchise owner gives in to falling profits caused by the collapse in the Icelandic krona.

"The economic situation has just made it too expensive for us," Magnus Ogmundsson, the managing director of Lyst Hr., McDonald's franchise holder in Iceland, told The Associated Press by telephone on Monday.

Lyst was bound by McDonald's requirement that it import all the goods required for its restaurants -- from packaging to meat and cheeses -- from Germany.

Costs had doubled over the past year because of the fall in the krona currency and high import tariffs on imported goods, Ogmundsson said, making it impossible for the company to raise prices further and remain competitive with competitors that use locally sourced produce.

A Big Mac in Reykjavik already retails for 650 krona ($5.29). But the 20 percent increase needed to make a decent profit would have pushed that to 780 krona ($6.36), he said.

That would have made the Icelandic version of the burger the most expensive in the world, a title currently held jointly by Switzerland and Norway where it costs $5.75, according to The Economist magazine's 2009 Big Mac index.

The decision to shutter the Icelandic franchise was taken in agreement with McDonald's Inc., Ogmundsson said, after a review of several months.

"The unique operational complexity of doing business in Iceland combined with the very challenging economic climate in the country makes it financially prohibitive to continue the business," Theresa Riley, a spokeswoman at McDonald's headquarters in Oak Brook, Illinois, said in a statement. "This complex set of challenges means we have no plans to seek a new partner in Iceland."

McDonald's, the world's largest chain of hamburger fast food restaurants, arrived in Reykjavik in 1993 when the country was on an upward trajectory of wealth and expansion.

The first person to take a bite out of a Big Mac on the island was then-Prime Minister David Oddsson. Oddsson went on to become governor of the country's central bank, Sedlabanki, a position that he was forced out of by lawmakers earlier this year after a public outcry about his inability to prevent Iceland's financial crisis.

Lyst plans to reopen the stores under a new brand name, Metro, using locally sourced materials and produce and retaining the franchise's current 90-strong staff.

Ogmundsson said it was unlikely that Lyst would ever seek to regain the McDonald's franchise with Iceland still struggling to get back on its feet after the credit crisis crippled its overweight banking system, damaging the rest of its economy, last October.

"I don't think anything will happen that will change the situation in any significant way in the next few years," Ogmundsson said.

It is not the first time that McDonald's, which currently operates in more than 119 countries on six continents, has exited a country. Its one and only restaurant in Barbados closed after just six months in 1996 because of slow sales. In 2002, the company pulled out of seven countries, including Bolivia, that had poor profit margins as part of an international cost-cutting exercise.

AP Business Writer Jane Wardell reported from London. AP Retail Writer Ashley Heher contributed to this report from Chicago.

Quoted from: http://finance.yahoo.com/news/Iceland-says-goodbye-to-the-apf-2609404079.html?x=0&.v=6

My comment:

Owh yeah. Big Mac is expensive. Big Mac = McDonald. Thank God KFC franchises in Malaysia ade owned by Malaysian now.

Thursday, October 08, 2009

It's Finally Over, "A Day with PR 2009"

Sekarang dah kurang busy. mari ambil peluang ini untuk update blog.

Before ADwPR 09

2 minggu aku yg sebelum ini adalah minggu2 yang paling sibuk. Tak lupa juga 1 minggu sebelum cuti raya. I got presentations almost every two days and several datelines to meet. Belum masuk task aku as a Special Task committee - Multimedia presentation, prepare excuse letter, parking lot reservation, prepare tag, souvenirs, souvenirs giving, prepare kit for participants, prepare program books, find photographers, registration table. Thanks sangat2 to Pub n Pro to take in charge of the registration and thanks sangat2 gak to Sponsorship bureau sebab partially take in charge of the souvenirs. Kawan2 yang melihat to-do-list aku berasa pelik:

"Er.. Jai, knaper kau kena buat multimedia dgn excuse letter wei? pelik dowh. Bnyk sgt ke task Secretary and Prep&Tech sampai ko kena buat kerja diorang?"

Bile buat checklist ape yang dah buat dan yang belum buat, Ta Daa... sampai 2 pages to-do-list aku.Tak cukup tidur aku jadinye. Ini of course dah jadi benda biasa bagi kebanyakan students. Ape yang membezakannya ialah berapa hari yang aku tak cukup tido tu dan kemampuan diri aku.

Setiap kali aku tengok to-do-list aku, aku rasa susah nak bernafas. 2 pages of to-do-list, and the program are just around the corner - this is too much for me. Beyond my capability. I can't do this all by myself. Doa2 harian aku mula penuh dgn doa2 untuk mencari kekuatan untuk melakukan semua ini.

"Ya Allah, aku sabar dgn apa jua cabaran dan dugaan Kau berikan kepada aku, dan aku tak kan menyesal atau menyalahkan sesiapa. Aku redha dgn semua ini kerana aku tahu Kau telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku kelak. Apa yang aku mahu, Kau berikan aku kekuatan and permudahkan juga semua urusanku. Amin..."

Kisah Tag

Tag adalah kerja yang aku buat all-out sebelum cuti raya sampai tak tido malam. Ape yang mencabar disini ialah semua committee members are paying RM10 for each tag. sebab diorg nak material keras. fuyyoh. Msg yang sampai kpd aku ialah, "kau kena buat yang tag yang terbaik untuk diorang nih!" Serious weh. aku dah lama gile tak design tag. And ini pertama kali aku conduct photography session. So jawabnye, ramai la yang tak berpuas hari dgn kualiti gambar diorang. Ade yang cakap nampak lebih tembam, lebih gelap, lebih cerah, ade yang complaint nampak lebih cantik pon ade. Aku yg amatur bab2 fotography and buat tag ni tak dapat nak technically detect apakah punca masalah sumer ini. Kalau ade orang pakar sudi nak tengok tag2 aku dan bagi pendapat, silakan ye. Kalau tak aku tak belajar ape2 yang baru dalam aktiviti buat tag kali ini.

Yang ni Emilia menjadi saksi. The final part yang aku buat dlm tag tu ialah cover belakang tag. aku tulis phone number sumer head committee. Masa tu dah pukul 12am. Mata dah ngantok. Emi pon dok menunggu dgn tabah tag aku sehingga siap di HS Cafe. Tengah2 taip nama sumer komiti - dah siap taip n design dah pon. Tibe2 semuanye hilang. Dari A sampai Z. Ya ampoooon.... Terus aku jadi segar. Ape aku da tekan? Adoi. Last2, aku suro Emi baca sumer nama komiti dan phone number, aku taip laju2. So akibatnye page belakang jadi hentam keromo. Capitalize dan yang tak capital habis campur adok. Maaf ye kawan2. huhu.

Kisah souvenir

Aku beli souvenir sedikit demi sedikit. takut nanti kang ade terlebih beli. banyak duit aku dan komiti aku habis nak beli souvenir untuk VIP n speakers. Alhamdulillah. ramai yang tolong aku urusakan hal souvenir time last2 minute. Kesimpulan aku: Kita kena jadi realistik. kena tahu kemampuan kita. Kalau kita dah tak sempat, tandanya itu diluar kemampuan kita lah tu. Dan kita jugak tak boleh untuk berada di dua tempat pada satu masa yang sama. Don't keep it to yourself. Mintak tolong orang lain yang free. So disini aku bagi special thanks to Yana (My PM) dan sponsorship bureau yang sudi hulurkan bantuan uruskan hal souvenir.

Aku rasa aku dan komiti aku dah over budget beli souvenir. total up, kitorang dah habiskan RM200 just for souvenirs. Ya Allah. Dapat claim ke tak nanti. Kesian kat salah sorang subcomm aku. at least kalau dah dapat claimkan budget untuk dia dulu pon, aku dah sangat bersyukur. Yang aku kecewa kat sini ialah at the end of the program. Aku dapati ada pulak souvenir yang lebih. Ya Allah sedihnya aku tengok souvenir tu. 2 souvenir tu total cost RM60. Nanti dapat diclaim ke tak tu?

Kisah program book & backdrop

Alhamdulillah. program book aku memuaskan ramai pihak. Sangat2 berterima kasih kepada semua yang buat grammar check. Yana. Sir Aznan. Mira. Brape banyak kali buat grammar check and editing. Sentiasa ada silap. Itu aku anggap sebagai kelemahan diri aku. Grammar check yang terakhir dilakukan pada waktu maghrib by Mira. Huhu. Ni part yang best nie. Dari siang buat grammar check tak de pon yang perasan aku tulis tarikh salah kat program book tu - 13 August. Padahal program 8 Oktober. nasib baik la aku suruh adik aku buat final check dgn Mira malam tu, walaupon Sir Aznan dan Yana dah lepaskan program book tu. (Masa tu aku kat luar tgh beli hadiah untuk rector. Aku mintak adik aku - which is one of the committee members to handle the grammar checking) So aku rasa mira atau adik aku la yang betul kan tarikh tu pakai fotoshop (bukan aku sebab aku ade urusan lain ketika itu - membeli hadiah untuk rector)

From one issue to another (How fool of me)

Next day on the morning, aku terlintas untuk tukar desktop wallpaper laptop yang akan digunakan sepanjang program ADwPR 09. Sebab current wallpaper time tu ntah ape2. So aku tak de pulak design any specific wallpaper untuk hari tu. Aku pon dengan la la la nye ambik je cover page program book (seperti gambar diatas) yang ADE KESILAPAN PADA TARIKH (13 AUGUST 09) UNTUK DIJADIKAN WALLPAPER PADA HARI PROGRAM 8 OCTOBER TU. Aku langsung tak sedar tarikh wallpaper tu salah. Aku telah diinform pada malamnye. But it was very lightly informed until aku betul2 terlupa tentang isu tarikh silap itu. Damn how stupid I am. If kalau korang tanya what will be the main reason of my recklessness, aku rasa kerana aku terlalu letih ketika mendesign program book tu. Malam sebelum tu pon aku dgn adik aku tak tidur buat program book. (which is aku dah tak ingat dah bila kali terakhir aku dapat appropriate sleep)

Aku harap semua pihak dapat memaafkan aku. Ntah la ape komen Dr.Norbaiduri bile baca backdrop tu. Takut gile aku nak jumpa dia for the next time. Tu belum lagi Rector dan Shameem Abd Jalil. Kesian committee2 ADwPR 08 yg berkerja keras untuk lihat Opening ceremony ADwPR 09 berjalan lancar. Kesian Sir Aznan dgn Yana yang tengah duduk sebelah rector time tu. Ape la agaknye perasaan diorang. Oleh itu aku ingin melakukan public apology di sini kepada semua yang telah terlibat dalam program ADwPR 09. I will pay more attention on this issue in the future.

Some task left

Ok. Some task left. Certificate, excuse letter, (again, why me doing the excuse letter? secretary is so busy or what?) and to conduct a post-morterm. I will try my best to finish everyting by next week.

Thanks for reading. Dah lama aku tak buat entry panjang2.

Saturday, September 26, 2009

Inviting bloggers to Participate in a Survey

OK. Let's get straight to the point shall we...
This semester, my group members and I are taking the subject COMM 4420: Public Opinion and Persuasion. As for the assignment, we are required to conduct a research related to “Public Opinion”. Therefore, we have chosen a topic entitled Monitoring the Blogging Fever among Bloggers from IIUM. We have decided that our target participants are bloggers who are currently and were formerly studying in IIUM.
After thinking for few days and discussing with my friends on how to approach all of you, (yes, you!) I have decided to seek an assistance from the Admin of IIUMBloggers.com. He agreed to help me. Therefore, I am doing this survey in collaboration with the Admin of IIUMBloggers.com. He has provided me with a list of e-mail addresses of all of those who have registered under IIUMBloggers.com. He also checked my survey form for any grammatical mistakes as well . Not to forget, Max J Potter who has checked my consent letter. Thank you so much to both of you and I highly appreciate it.
As mentioned above, my target participants are bloggers from IIUM. Therefore, I would like to take this opportunity to invite all of you to answer this survey form. I have put a link to the consent letter and the survey form below. I will also send an email to those who have registered under IIUMBloggers.com. The reward? All of you will be blessed by Allah S.W.T. Insha Allah. =)
By the way, I am doing this research quite late. Therefore, you need to submit the survey form before 1st October 2009. Well, all of us just return from our hometown right? I sincerely sorry for any inconvieniences. Lastly, thank you for your cooperation. I highly appreciate it from the very bottom of my heart.
CLICK HERE TO DOWNLOAD THE CONSENT FORM AND THE SURVEY FORM
DISCLAMIER
BY PARTICIPATING IN THE SURVEY, YOU ARE GIVING US PERMISSION TO USE YOUR INFORMATION FOR RESEARCH PURPOSES AND EDUCATIONAL PURPOSE. YOU ARE ELIGIBLE TO PARTICIPATE BECAUSE YOU ARE BLOGGERS WHO ARE CURRENTLY AND WERE FORMERLY STUDYING IN IIUM. PARTICIPATING IN THE SURVEY IS ON YOUR FREE WILL, YOU MAY CHOOSE NOT TO ANSWER SOME OR ALL OF THE QUESTIONS. YOUR NAME WILL NOT APPEAR ON YOUR COMPLETED SURVEY, NO IDENTIFYING INFORMATION IS BEING COLLECTED AS PART OF THIS SURVEY. THERE ARE NO KNOWN RISKS FROM YOUR PARTICIPATION AND NO DIRECT BENEFIT FROM YOUR PARTICIPATION IS EXPECTED. THERE IS NO COST TO YOU EXCEPT FOR YOUR TIME AND YOU ARE NOT COMPENSATED MONETARILY OR OTHERWISE FOR PARTICIPATION IN THIS STUDY.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri to all

To all muslims, hopefully this is a better Ramadhan for everyone compared to previous years. I would like to take this opportunity to wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri" and "Maaf Zahir Batin".

Maaf ku pinta dari hujung rambut hingga ke jari kaki terakhir. Kite kira 0-0 dan marilah kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Sekian...

Friday, September 11, 2009

Big Apple 2

Tadi bukak facebook, ade update terbaru dari Big Apple. Big Apple dah officially release their first commercial ad! Comel je. 17 saat. huhu... Congratulation Big Apple. I'm looking forward to watch your PSA someday. Tema xnak kalah. "Now you know what angels eat". hahaha... All the best!

Tuesday, September 08, 2009

Big Apple 1

The left side is the Malaysia Brand Logo, and the right side is the International Brand Logo

Hari ini aku berbuka puasa dengan beberapa senior aku di Jaya Jusco Wangsa Maju. Seperti biasa, aku pasti sempat singgah unutk beli Big Apple sebelum berbuka. Aku menyatakan kepada mereka bahawa aku bangga jadi penggemar Big Apple sebab Big Apple produk Malaysia. Mereka tidak percaya. Hai... Akak, bukak la website Big Apple kak... semuanya diterangkan dengan jelas kak... Geram betol rasanye kalau ade yang tak percaya. huhu...

Tekan gambar tu. Aku nak korang baca ape yang tertulis kat image tu betol2. Big Apple is originated from Malaysia. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari website mereka di Bigappledonuts.com. Satu lagi untuk pengetahuan umum, Big Apple is a healthy food. So, kalau korang tak makan donut Big Apple dengan alasan "Manis la. Tak elok untuk kesihatan", than I think your reason is not valid.

Tuesday, August 25, 2009

Proposed Date: 2nd July 2010

Baru2 nie some bloggers ade post beberapa trailers yang mereka nanti2 untuk direleasekan, samada mereka mahu tonton di cinema ataupon download dari internet. Jadi, mari aku tunjuk satu trailer ini pulak. Kalau some novel readers are waiting for "Percy Jackson & the Olympians", kami animation lovers sedang menunggu kemunculan movie "The Last Airbender". Nampak je kepala botak budak nie, aku dah naik teruja nak tgk movie nie. Mari2 kita lihat trailer movie ini:

Ok. Sekarang anda semua dah tahu kemunculan movie ini pada tahun 2nd July 2010 (Hey! It's on my birthday!) . "The last Airbender". Sape yang pernah tengok cartoon ini pasti tahu bahawa ianya sangat best. Kami menanti2kan setiap episodenya setiap minggu. Aku dah tengok dari season 1 sampai season 3. Memang best. Maka muncul lah isu ini. M. Night Shyamalan (The Happening, Lady in the Water, The Village, Signs) yang menjadi director movie ini. Sesetengah movienya bagus, sesetengah movienya adalah tak memuaskan. Animasi "Avatar: The Last Airbender" mempunyai reputasi yang sangat bagus. Punyai peminat yang sangat ramai. Jika penonton tidak berpuas hati dengan movie ini, dia pasti akan dikritik dengan sangat dasyat sekali. At least, aku sendiri akan kutuk dia kaw2 dalam blog aku nanti. Jadi kita tunggu kemunculan "The Last Airbender" di pawagam. Sebelum aku tamatkan post ini, tontonilah jugak trailer ini. "Avatar: The Last Airbender", which is the original/cartoon version.

Hey Mr! Do you have the experience to make this movie very very very very very awesome?? The movie better be good! Or you'll dead! XD

By the way, happy fasting to all Muslims. May this Ramadhan is a better Ramadhan for each one of you...

Tuesday, August 18, 2009

Kisah Minggu Lepas

OK. Aku nak update blog laju-laju.

Minggu lepas ade 3rd National Internship Challenge 2009. Saingan sangat sengit. UIA hanya hantar satu team. Universiti lain hantar 2 - 3 team. So membuatkan aku sangat respect kepada team UIA yang berjaya dapat tempat pertama dulu. So Team kami 'Vibration' tak dapat masuk Top 3. Mula-mula asyik down memanjang. Sekarang dah ok sikit. Dah pasrah. Biasa la tu. Menang kalah adat pertandingan. Lagipun kami dapat hadiah kategori "Most Collected Survey Forms". Boleh tahan sedap gak bunyinye. Tahniah Vibration. Kalau ade rezeki kita berusaha lagi.

Tapi ade yang menang sebab main tipu. Sounds to direct isn't it? Well, that's the fact. Kalau aku ditempat diorang, aku tak kan berasa gembira dengan kemenangan aku. Jobmarket pon satu. Sepatutnya perlu lebih peka, dan pupuk kan modul-modul kejujuran dalam pengisian aktiviti anda. Ataupon, anda memang mahu menyampaikan mesej kepada kami bahawa "Kalau tak main tipu, korang tak kan menang." ataupon "Nak jadi usahawan yang berjaya tak dapat elak dari corruptionn dan sebagainya." Begitu ke?

By the way, setelah menitik beratkan dari semua aspek, aku berpendapat perjalanan Jobmarket Malaysia Sdn. bhd. masih jauh berdekad sebelum berjaya meraih status 'Professional'. Jadi aku bagi satisfaction rate aku terhadap Jobmarket sebanyak 3/5.

Akhir kata, tahniah buat semua pemenang 3rd National Level Internship Challenge 2009. Semoga Jobmarket juga akan jadi lebih bagus dan lebih baik pada masa akan datang.

Bergambar bersama peserta kumpulan Great Team Organization (GTO) dari Universiti Malaya Pahang (UMP)

Dato' Mukhriz Mahathir yang merasmikan majlis pembukaan pada pagi itu sedang beramah mesra dengan para peserta

And verily my champions, that our real journey is not yet even started. The real working environment is much tougher than this. Today, we might be at the bottom. You all just wait and see, we will be at the top again someday. Thanks for all your support and commitment towards the internship program. I will never ever forget the experiences that we gain together.

Tuesday, August 11, 2009

OMG! It's Damn Tomorrow!

Tomorrow is a very important date to me.

It's from 12th August to 14th August 2009.

"Why you so nervous Jai?"

"OMG! Of course I am damn nervous. We are representing IIUM you moron! Dr.Aldila from ALUMNI and the rector himself are putting high expectation on us."

Dear readers, please pray for the success of IIUM team. We are facing many challenging teams from the other universities, such as UTP, UiTM, MMU and many more. In addition, mempertahankan takhta is not an easy task. CHAIYOK2 Jai! I need all the support that I can get. Hait!

Click this for more info

Thursday, July 30, 2009

International Career Carnival 2009

Saya baru je balik dari Mid Valley. Tolong angkat barang dan buat ape-ape yang patut. Tadi ade sedikit discussion dan rehearsal.Saya jadi volunteer. Tolong Dr. Aldila uruskan pelajar2 yang akan di interview esok.

Sila datang beramai2. Grab the opportunity, disamping meramaikan majlis di Mid Valley esok. Let's support our university's effort.

Saturday, July 25, 2009

Tagged by Max. Are you mean and sarcastic?

Objective: Are you mean and sarcastic? Have you ever answered people ‘meanly’ and sarcastically? If yes, show us how mean and sarcastic you are! If no, then you should try at least once in your life with this note.

Rule: Respond to these as sarcastic/mean as you could. (YR stands for Your Response.)

Dear readers, I apologize in advance if you found my responds are offensive. Tak terniat pon...

If an annoying person says:
1) I am cute.
YR: Nope...

2) I am the most beautiful/handsome.
YR: Please la... tengok cermin...

3) See, everyone likes me because I am rich and famous!
YR: Astaghfirullahal'azim...

4) Unlike you, I am perfectly multi-skilled. I do everything very well from sports to academic thingy.
YR: Riak dan takabbur. Itu je la yang kau tahu...

5) You don’t know me? I am Bruneian artist; I have albums.

YR: I don't care...

If an annoying hot woman/man says:
1) I know you like me.
YR: Eh. Awak, tolong jangan perasan... =)

2) What are you looking at? I am not interested in you!
YR: Orang2 macam kau nie, untuk terima jelingan mata aku pon tak layak.

3) Sorry, you are nice but seriously not my type!
YR: Eh? Seriously? Since when you are even my type?

4) UNLESS you are rich, then don’t dream that I will get a ride with you!
YR: Eh. You know something? You won't even have a chance to ride my bicycle. Ape lagi kalau kau nak naik BMW 5 series aku...

5) Look, I am pretty/handsome; I can make people hate you!
YR: Look, I am more handsome than you; I can make crowds chasing you down n beat you to death!

If an annoying extremely ugly woman/man says:
1) I think you and I can make a good couple.
YR: You are not even my type.

2) May I have your cell phone? Please please please?
YR: Nak buat ape? Kau ni sape?

3) Hi, wanna hang out? I want you to be with me the whole night.
YR: Dah ade teman...

4) What do you like about me?
YR: Nothing... awak tu biasa je...

5) I want you to say that I am pretty/handsome and you like me sooooo much!
YR: Aku rasa nak muntah. Aku kena pegi bilik air sekarang. Seriously...

If your enemy says:
1) Hi bitch!
YR: Are you referring to yourself?

2) You smell like shit!
YR: hehe... baik kau pegi jumpa doktor hidung sekarang...

3) What an ugly creature you are!
YR: Mulut kau memang bab*

4) I am going to kick your ass in this race for sure!
YR: You'll do that, I'll hire a group of mobsters to beat you down...


If your annoying ex says:
1) I still love you...
YR: Its normal. Everyone loves me. So...?

2) I know you still love me!
YR: Seriously, I'm not...

3) Please, go back with me honey/hubby.
YR: Impossible...

4) Please call me...
YR: Give me ten good reasons.

5) The break up hurt me so much.
YR: So...?

If an annoying salesperson says:
1) Wow! You are so pretty/handsome!
YR: Ahh... that script again...

2) Seriously, I used this product and I've changed!
YR: What a touching story...

3) We are giving a discount up to 50%!
YR: I only going to take it for free...

4) This one is good sir/madam. Buy sir/madam, buy.
YR: Do you hear what I just said, I only going to take it for free...


***

Done.


Conclusion: It sound sure offensive if I talk to someone that annoys me... hahaha.. I even annoy myself sometime... Luckily, none of my friends annoy me. Dan saya sayang anda semua sangat2. (^^,)v

Who am I going to tag? Tak tahu lah. Kalau korang rasa tag ni menarik, sila lah jawab. hehehe...




Saturday, July 18, 2009

Tribute To Kak Sha

First of all, I want to apologize for attributing this post to you without your permission.

I know if I ask your permission, you will say, "Ish... xpayah la Jai. Nak buat ape tribute2 nie". Of course, if you are still around to stop me...

Kau Sahabat Kau Teman

----------

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati

----------

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami

Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati

----------

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan

Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

----------

( korus )

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada di sisi

----------

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami

----------

( korus )
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solehin

Ku sahabatku kau teman sejati

Dah enam tahun dah Jai kenal akak. Nampaknye, angka tu berhenti disitu je lah ye. 6 tahun. Lepas habis je IPTIM masa kat matrik dulu, akak layan Jai macam adik akak sendiri. Akak sentiasa ada untuk Jai masa Jai perlukan akak. Hehe... Tapi Jai mengaku, Jai memang sgt aktif join program masa kat matrik dulu. So end up Jai yang xdapat nak luangkan sangat masa Jai dengan akak.

Tak lama kemudian, Yassin come and join us. Dia kawan rapat Jai. Ape yang Jai nak, dia nak jugak. hahaha. Program ape yang Jai join, mesti Yassin pon nak join jugak. Sabo je la. hahaha. So, akak akhirnya layan kami berdua macam adik akak sendiri. Since that, akak nak tau x? Kami sentiasa bersaing nak dapat perhatian akak tau. hahaha. Jai rasa jelous tau kalau akak bagi lebih perhatian n lebih mesra dgn Yassin... Jai dapat rasa kak... Jai baca mesej2 akak dalam henset Yassin... Jai nampak mcmn akak sangat hepi setiap kali brjumpa dengan Yassin. Jai pulak xdapat mesej2 dari akak macam Yassin dapat. Dan expression akak jumpa Jai tak segembira kalau akak jumpa Yassin. Mmm.. Naper ye kak?

Masa tu, sy dah masuk tahun ke dua kat UIA Gombak. Atas beberapa sebab tertentu, Jai jadi rengang dengan akak. Pada masa itu, Jai dapat rasa betapa jai penting bagi akak. Pada masa tu, akak menangis dan cakap kat Jai "Please return back my former brother". Akak buat Jai rasa sangat2 terharu time tu. The fear of losing us at that time finally forced you to spill it out. Akak ade cancer SLE. and it is incurable. Jai rasa macam nak mati masa dengar akak ade cancer time tu...

Selepas itu, tak banyak pon perkembangan yang berlaku... Kita masih agak rengang. Lebih kurang awal tahun nie, 2009. Jai mula kembali kerap mencari akak... I need all the support I can get at that time. Dan Jai percaya Jai masih ade akak. Tapi... Jai rasa akak macam nak mengelakkan diri dari Jai. Akak cakap akak sentiasa sibuk. Belum ada masa lagi untuk Jai. Oleh itu, Jai biarkan akak dgn life akak terlebih dahulu, trying to be an understanding brother. Dan Jai nak akak tahu, tiap2 hari Jai tunggu akak contact Jai, just at least Jai nak tau akak ade terlintas untuk tanya khabar Jai atau tak.

Lepas sekian lama tak dengar khabar akak, tibe2 pada pagi tu Jai dapat that sad news. Akak, akak fikir ape Jai rasa time tu? The last time I saw you was 3 months ago. And the next time I saw you...

Akak ingat, dengan menjauhkan diri or tak bagitahu ape yang terjadi pada diri akak, akak ingat semua orang akan lega n senang hati ke? I'm not kak... I'm not... I am deeply missing you... You left me at the time when I needed you the most...

Well....

At least, I have a chance to lunch with you for the last time while there are others who don't...

At least, I have a chance to send you back home once while there are others who don't...

At least, I have a chance to ask for your forgiveness in my last message that I send to you while there are others who don't...

Thank you...

Semoga akak, Safawati Rustamin, (23rd March 1985 - 16th July 2009) sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau...

Dari Profile Friendster beliau

Gambar ni sy ambik senyap2 masa Kak Sha tertido dlm LRT. Hehe... Kak Sha cakap sy gile... ;p

Tiket bas Rapid KL nie, sampai sekarang sy simpan lagi. Sebab ade tarikh lahir akak kat situ. Selama 6 tahun nie, sy tak pernah terlepas nak wish birthday akak kan?.... Ade la jugak certain years yang sy terlambat wish...

Download Link: Kau Sahabat Kau Teman

For more information on SLE, click here

Thursday, July 02, 2009

Awarded by Atiqah

award nih diberikan oleh Nurul Atiqah. Thanks tqa... =)

>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..

:: Tqa ni ahli Kelab AKHI, kirenye dia nie jadi apprentice aku lah. huhu..

:: Tqa xmakan daging! Pelik betol. Sgt suke pizza. Tapi tu pon xnak gak makan pizza ade daging. Kata sgt suke pizza. adoyai. Hahaha...

:: Tqa ni penyegan orangye. Tapi boleh gile2 la jugak. ;D

:: Seorang yang mendengar nasihat. (setakat nie la. Harap2nye akan sentiasa berterusan. haha.. ;p)

:: She needs to grow up. She has a lot to learn about life.

>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya.. (banyaknye)

|> Sangat suka semua yang berkaitan dgn teknologi. That includes computer and gadgets.

|> Pelupa

|> Value friendship

|> Humanitarian soul

|> Sangat suka kucing

|> Suka benda2 manis. Big Apple is currently top in my list. ^^

|> Loves calmness

Ape lagi ye.. ade lagi 3 nie...

|> Hari ni hari lahir aku.

|> Jadi umurku sekarang genap 23 tahun

|> Anak sulong kepada 5 orang adik-beradik lelaki. and no girls yet.

>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

Adlan - Rakan seperjuangan

Usamah - He carries the same blood as mine.

Dik Nor - Adik angkat aku sejak aku tingkatan 5

Ayu - Her sister. She's married

Roha - Kami sekepala

Monday, June 29, 2009

Movie Review - Transformers: Revenge of the Fallen

Hehe... aku pon tak tau nak komen ape pasal movie nie. Rasanya semua org berpuas hati dengan movie nie. Dan rasanya most of you already went to cinema to watch this incredible movie.

Ramai kawan2 cakap, "Serious wei. Aku asyik tak de chance nak tgk Transformers kat wayang. Tiket asyik habis je."

Aku pon jawab, "Aku dah tengok dah. Best gile wei. Susah aku nk terangkn kat ko. Best! Dah la dua jam stengah diorang buat movie tu. huhu..." Tertekan diorg. Hahaha... Tak pe2. Rezeki korang pasti akan datangnye. Habis cikai download kat internet. Tapi perasaan dia xsama la dgn tengok kat wayang. Transformers kot~.

So basically, movie nie mengexplain dengan lagi dalam ape itu transformers, asal-usul, misi diorg dan macam2 lagi. Aku jugak dapat tahu melalui movie nie yang Optimus Prime bukan calang2 transformers seperti kebanyakan transformers yang lain. He is a legend. Satu2nya golongan prime yang masih hidup selepas berkurun lamanya selain daripada the Fallen. Mantap! Golongan prime nie mcmn nak describe ye... Kiranya macam golongan atasan diraja la gitu. Asal2nya ade 7 kesemuanya. Lagi satu part yang best, Optimus Prime can fly! Cayalah! Muahaha. Habis aku spoilkan mood korang yang belom tengok. Hahaha...

Hai... best gile la movie nie. Buat masa nie cume satu je pendapat aku. Masa tengok Transformers yang nombor 1 dulu, kekuatan Megatron dgn Optimus Prime nampak equal. Optimus hampir kalah lagi kpd Megatron. Berbeza dgn Transformers yang kali ini, 3 Decepticons bergabung tenaga, baru dapat bunuh Optimus Prime. (Yup, Optimus Prime mati beb) Punya la kuat Optimus Prime. Dan punya la kuat gak Optimus Prime tu, nak dijadikan cerita, hanya dia je yang boleh kalahkan the Fallen. The Fallen tu... kekuatan dia memang imba habisla. Siap ade telekenesis power lagi. huhuhu... Best2.

Satu lagi, yang korang tengok dalam trailer tu, yang ade satu transformer tayar besar tu, yang macam gergasi tu, tu cume intro je baru. Kacang gile Optimus kalahkan ngokngek tu. Gile imba Optimus Prime dimataku ketika itu. huhu...

Ops, sebelum sy terlupa. Nah. New song from Linkin Park - New Divide

So, anyone of you already watched for the second time?

Saturday, June 13, 2009

A Precious Half Day with Mdm Martinelli Hashim

Pada pukul 8.15am, aku dan Adha tiba di Mini Audi. Masih belum ade orang disitu. Nampak macam tak de event pon. Jadi aku confirmkan semula dgn Ikhwan.

"Salam Ikhwan. Venue talk pagi nie kat mane?"

"Kat edu LT 2. Tlg bg tau yg lain." Ikhwan membalas. Jadi kami terus ke EDU LT 2.

**********

Pukul 9 lebih - Dari atas, aku mula nampak Madam Martinelli masuk ke dalam LT. Muka beliau adalah di antara muka yang aku sentiasa ingin lihat dan rindu2kan. Dirinya penuh dengan sifat keibuan.

Hampir 2 tahun aku jarang mendekati program2 CENSERVE. Pada saat itu, jauh dalam lubuk hatiku, aku terdetik, "Agaknye madam ingat lagi ke tak kat aku nie... Bertuahnye klu dia still ingat kat aku..."

Beliau naik ke pentas setelah dijemput untuk untuk memberikan talk beliau tentang "A Training Guide for Volunteer Mentors". Perkara pertama yg diminta ialah untuk memenuhkan ruang2 kosong dihadapan. Aku terus segera bangun untuk ke hadapan.

Tiba2, satu suara memanggilku, “Jai?”

“Jai? Lamanye tak nampak Jai. Dah grad ke?” Madam Martinelli yang panggil dari atas pentas. Beliau masih ingat saya. T_____T

Aku hanya mampu menjawab beberapa patah sahaja ketika itu. “Belum lagi…” Perasaan bersalah terkinja-kinja datang ke dalam hati… Ke mana aku menghilang selama ini…

Beliau memberikan senyuman ikhlas kepadaku. Senyuman beliau tidak pernah gagal membuatkan ku rasa tersentuh di hati. “Jai ni orang lama AKHI ni. Dah lama tak nampak dia. Madam ingatkan dia dah grad. Nak tahu perkembangan dia cuma ikut blog dia je...” Katanya dikalayak ramai. Perasaan bersalah makin masuk laju2 ke dalam hati. “Jai mintak maaf madam… Jai mintak maaf…” kata hatiku…

**********

CHALLENGES

Madam Martinelli mulakan ucapannya dengan menyentuh tentang commitment terlebih dahulu.

Commitment = Pledge or bind to a course, intention, policy or use

Dalam berbelas ribu pelajar UIA, berapa ramai yang menyertai kelab2 khidmat masyarakat UIA? Dan di antara mereka yang menyertai kelab2 ini, berapa ramai yang boleh kekal memberikan komitmen dalam melakukan program khidmat masyarakat dan dakwah ini?

Terdapat 4 cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang berjuang atas jalan yang benar. Dan anak-anak generasi mendatang akan menghadapi cabaran yg lebih kuat daripada kita:

  • Persekitaran

  • Penyakit

  • Bencana Alam

  • Hedonisme

Beliau menerangkan bahawa 3 cabaran yang pertama adalah takdir dan ketentuan Allah S.W.T. Tetapi, budaya hedonisme boleh dicegah. Budaya hedonisme adalah taktik halus yang digunakan oleh mereka yang mahu menghancurkan umat Islam.

Hedonism = The ethical theory that pleasure (in the sense of the satisfaction of desires) is the highest good and proper aim of human life.

**********

Sedang orang-orang Melayu Islam asyik berhibur (mat rempit, dadah etc), orang-orang Yahudi sedang giat mempraktikkan sistem mentoring yang sangat rapi dan terancang. Singapura sekarang turut mempraktikkan sistem tersebut secara serius. Pentingnya mentoring bagi mereka, sehinggakan mereka telah mewujudkan Minister Mentor. Sistem mentoring mereka sangat tersusun, sehingga diamalkan pada setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

**********

Madam Martinelli kemudian menimbulkan satu persoalan:

WHY MENTORING?

  • Mentoring is among the effective tool to reduce social and crime rate

  • Mentoring is a possible mind setting building tool to achieve “Gerakan Perubahan Minda”

Beliau bercerita sejak dari kecil lagi beliau mahu menjadi an extraordinary person. Sejak dari tingkatan 2, beliau berani mencabar undang-undang sekular sekolah dengan memakai seluar panjang dan tudung, sedangkan sekolah tersebut melarang pemakaian demikian.

Ketika di Universiti Malaya, beliau turut melakukan gerakan dalam menegakkan agama Islam dan dakwah. Apabila UIAM ditubuhkan pada tahun 1983, beliau sangat gembira kerana beliau telah menjumpai saluran yang beliau impi-impikan sejak dahulu lagi dalam usaha untuk melakukan perubahan minda terhadap generasi2 mendatang. Beliau mahu semua anak didik dan mentor2nya mempunyai fikiran seperti beliau, untuk menjadi extraordinary person dan berani melakukan gerakan dalam memperjuangkan agama.

**********

WHAT IS MENTORING?

Mentoring is a matter of trust. Mentoring is a structured and trusting relationship that brings young people together with caring individuals who offer guidance, support and encouragement… (aku xsempat nak salin habis definasi beliau terhadap mentor... -,-")

**********

HOW?

Mengikut pemahamanku, sistem mentoring yang sebenar-benarnya adalah seperti sistem pyramid yang diamalkan dalam MLM (Multi-level Marketing system).

Mereka yang dilantik menjadi mentor akan melatih beberapa orang mentee. Bila para mentee sudah bersedia, mereka akan menjadi mentor kepada mentee2 baru. Orang-orang Yahudi dan Kerajaan Singapura sedang mempraktikkan sistem ini. Dalam jangka masa panjang, kesan sistem ini pasti akan dapat dilihat. Orang-orang Yahudi yang hebat sekarang adalah kesan daripada sistem mentoring mereka yang sangat berkesan. Melalui sistem mentoring seperti ini, visi “Pergerakan Perubahan Minda” boleh dicapai.

Pada pandangan aku, mentoring adalah satu kaedah yang sangat effektif. Bila tiba masanya, selepas satu jangka masa yang panjang, para mahasiswa yang bernaung di bawah CENSERVE, termasuk semua yang pernah menjadi mentor dan mentee sebelum ini, boleh berkumpul dan melakukan satu gerakan untuk membentuk rakyat yang lebih baik dan bertamadun.

**********

WHAT IT TAKES TO BE A MENTOR?

  • Sincere desire

  • Respect young people

  • Listen actively

  • Empathize

  • See solution and opportunities

  • Be flexible and open

Madam Martinelli berkata, yang paling penting ialah mempunyai kesedaran tanggungjawab terhadap Allah untuk mendidik/mengubah/masyarakat/generasi mendatang. Bila kesedaran itu ada, skill-skill yang selebihnya akan datang dengan sendiri. Dan antara skill semulajadi tersebut ialah dengan menyayangi mereka.

**********

REQUIRED POWER OF A MENTOR

  • Touch

  • Looking (eye-contact)

Sentuhan dan pandangan boleh merendahkan ego kedua-dua pihak, samada mentor ataupun mentee

  • Gift

Pemberian hadiah dari seorang mentor kepada mentee adalah sangat penting untuk meyakinkan mentee bahawa mereka boleh mempercayai kita

  • Experience

Sentiasa berhubung dengan mentee untuk mendapatkan pengalaman dan memahami mereka. Salah satu cara ialah dengan sentiasa hadir dalam setiap mentoring program.

  • Reading

Mentor sentiasa perlu ada pengetahuan2 tambahan dalam minda mereka. Mentor yang banyak membaca juga boleh menyarankan mentee2 membaca bahan bacaan yang bagus seperti blog dan sebagainya.

**********

Sebagai penutup, Madam Martinelli menyarankan bahawa setiap ahli2 CENSERVE perlu ada sifat2 Rasulullah S.A.W.:

  • Siddiq

  • Amanah

  • Tabligh

  • Fathanah

Akhir sekali, selepas anda semua membaca post ini, mari semak kembali.

  • Does it improve your attitude?

  • Does it improve your skill?

  • Does it improve your knowledge?

**********

Bagi aku, kepada siapa yang tak datang pada pagi 13 Jun itu adalah sangat rugi. Mempunyai peluang untuk mendengar semua ini dari mulut Madam Martinelli Hashim adalah sangat bermakna bagiku.

Persoalan yang terakhir:

ARE YOU WITH US TO BEAR THE RESPONSBILITY AND BE A GOOD MENTOR?

Jika anda telah membaca post ini, anda adalah orang2 yang terpilih untuk menjadi mentor yang berjaya. Be responsible and be commitment towards your mentees and your club. Sekian…

Aku sempat bergambar dengan Madam sebelum beliau pulang... ^^

          Thursday, June 11, 2009

          Let's summarize

          Dah banyak sangat event yang berlaku dalam hidupku baru2 ini. Semuanya menarik2. Tak sempat aku nak cerita semua sekali secara detail. Jadi, mari kita summarize kan semua skali event2 ini.

          Big Apple Party

          Untuk tidak mahu membazirkan discount voucher dari Big Apple. Tarikh last dia 31 June. Aku buat party Big Apple tu 3o June. I love Big Apple!! Big Apple love me too! haha!

          AKHI Quranic Camp

          AKHI Quranic Camp mengingatkan aku pada kenangan lama. Time tu aku sangat komited pada AKHI Project. Masa tu ade abang2 dan kakak2 yang sgt sempoi dan hebat2 belaka. Really miss the old times!

          Student ni nama dia Zulaika. Dah tingkatan 2. tapi masih lagi mengikuti program2 Kelab AKHI. Mereka semua ialah mentee2 aku ketika mereka Darjah 4 dan 5. Kedatangan pelajar2 ini mungkin telah mendatangkan sedikit masalah kepada para2 komittee, but looking at the bright sight, aku sangat kagum dengan semangat adik2 tingkatan dua nie. Mereka datang ke program AKHI dengan rela hati untuk belajar agama. Adakah aku akan serajin dia jika aku berada di tempat dia? Yang paling mengharukan, mereka semua masih mengingati aku. "Abang Jai! Dah lama abg Jai menghilang!" T_________T Mintak maaf adik2ku...

          Movie: Terminator Salvation

          Best Gile! Hero tuh nama dia Christian Bale. Berlakon dalam Batman best, berlakon dalam Terminator bapak lagi best!

          Mesej dalam crite nie ialah "semua orang berhak mendapat peluang ke-dua" dan "machine will never surpass human mind." huhu...

          Birthday Party!

          Dah x ingat dah brape haribulan masa tuh. tapi happening gile. sebab ramai yg datang. Sambut birthday 5 orang skali gus. Dayah, Adlan, Syarah, Fitrah dan Najwa. Best! aku tak ketinggalan untuk belikan birthday present untuk setiap orang. Happy Birthday to all of you!

          Monday, June 08, 2009

          Tagged by Adlan

          Dah lama dah tak de orang nak tag aku. Thanks Adlan. Now I have a reason to share my opinion and stories to all my readers.

          1) Bekas kekasih saya adalah…

          Bekas kekasih... Bekas kekasih... Kenapa la intro soalan dia macam nie... Boleh skip tak? =D

          .

          2) Saya sedang mendengar…

          Lagu Yuna - Dan Sebenarnya

          .

          3) Mungkin saya patut…

          Berehat sekarang dan berkerja dengan lebih produktif pada sebelah petang nanti. haha... ;p

          .

          4) Saya suka..

          Ketenangan. Apa2 yang boleh buat aku tenang, aku akan sayang. Kalau kamu boleh buat aku tenang, aku akan sayang kamu.

          .

          5) Sahabat-sahabat saya…

          sume baik2 hati, comel2... saya sayangggg mereka... and i'm very proud to be friend with 'em (Ini... ini jawapan dari blog Angah nieh!)

          .

          6) Saya tak paham…

          Kenapa ade orang yang tak boleh terima kesalahan orang lain, sedangkan orang itu dengan banyak alasannya, melakukan kesalahan tersebut. Adesss...

          .

          7) Saya kehilangan…

          Seseorang dalam hati ini. And now I am being very particular on who's going replace it.

          .

          8) Ramai yang berkata...

          Aku semakin berisi. Alhamdulillah...

          .

          9) Cinta itu adalah…

          Menyakitkan

          .

          10) Di suatu tempat, seseorang sedang…

          Berehat setelah selesai test pada sebelah pagi

          .

          11) Saya akan cuba…

          Untuk sentiasa menghargai semua yang ada disekilingku dan bak kata Adlan, "Live my Life to the Fullest"

          .

          12) Perkataan "SELAMANYA" membawa maksud…

          Abadi

          .

          13) Telefon bimbit saya..

          ...

          .

          14) Bila saya terjaga…

          Saya akan tengok jam dah pukul berapa sekarang

          .

          15) Saya paling meluat…

          The bad side of me that has never changed

          .

          16) Pesta/parti adalah…

          Dimana kita berusaha untuk meluangkan masa bersama rakan seperjuangan walaupun kita terlalu sibuk dengan urusan yang semakin banyak mendatang pabila semakin dewasa.

          .

          17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui…

          Hamster

          .

          18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah…

          Umur 21. Sudah cukup besar, punya kebebasan. tapi tanggungjawab tidak sebanyak mereka yang lebih tua dari itu.

          .

          19) Hari ini…

          Saya praktikal separuh hari sahaja

          .

          20) Malam ini saya akan…

          Bersiap sedia untuk hari esok yang penting! Muahaha! chaiyok2 Jai!

          .

          21) Esok pula saya akan…

          Buat yang terbaik! Muahaha!

          .

          22) Saya betul² inginkan…

          Financial Freedom

          .

          23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini…

          Ade banyak jerawat...

          .

          24) Pusat membeli-belah atau arked permainan…

          Pusat membeli-belah jika time loaded. Arked permainan jika bosan nak mampos.

          .

          25) Makanan barat atau Jepun…

          Makanan Melayu!

          .

          26) Bilik yang terang atau gelap…

          Bilik yang tak terlalu terang dan tak terlalu gelap

          .

          27) Makanan segera adalah…

          Err... makanan yang boleh dimakan dengan segera?

          .

          28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang…

          "Aku nak pegi CC kejap"

          .

          29) Siapa yang anda ingin tag…(Silalah buat kalau rajin)

          Max J. Potter | Writer Druid | Szakif |