Tuesday, September 19, 2006

3 Days VS 3 Events

Semalam, aku masuk ke kelas dalam keadaan yang sungguh mengantuk. Letih 3 hari berprogram tak habis lagi. Dah la nak kena submit assignment. Aku ni klu jenis mengantok memang obvious giler, sampai satu kelas perasan kekusyukan aku mengangguk. So, apa yg aku rancang semalam, aku ambik kat seat yang blakang sekali n tunggu mengantok aku datang. Sekejap je. 15 minit lps tu aku dah start mengantok. Untuk mengelakkan aku terangguk-angguk, aku cuba satu cara yg baru iaitu terus sandar kat dinding. Aku berjaya untuk tak banyak mengangguk kali ini, tapi aku banyak menggeleng la pulak. Dgn badan2 aku pon dibawa ke kanan dan ke kiri. Nasib baik orang kanan kiri kawan2 aku jugak. Diorang je la yg perasan aku ni mengantok tahap cipan. Tak de la nak malu sangat. HUHU.... (^_^)
  • AKHI English Theater Camp (15 - 17 September 2006)

Ini camp 3 hari 2 malam dgn adik2 AKHI. Asalnye nak buat kat resort luar di mana aku pon tak tau nama dier. Tapi last2 tak dapat nak buat sebab bajet yg dipotong hampir RM3000. Naper la Kak Nelli dan sekutunyer banyak sangat potong bajet. Nanti la aku try cari masa untuk temu duga diorang pasal hal ni.

Program AKHI kali ni lebih mencabar mental dan emosi. Klu ada fasi2 yang menjerit2 tak tahan marah+hentak2 kaki+tumbuk2 dinding+macam2 lagi tu dah tak perlu diceritakan lagi. Tengok muka sorang2 pon aku dah tau betapa pressurenye melayan kerenah adik2 tu. Huhu... Aku nak minta seribu kemaafan kat warga AKHI terutamanya kpd Syarah sebab tak dapat luangkan masa aku dgn AKHI secara full time. Special thanks goes to Fateen sebab klu dia tak de, the kids never make it. Sorry jugak kat Fateen sebab tak dapat berada disisimu disaat anda sangat memerlukan diriku. (TIBERRR....)

Aku berjaya ajak sahabah2 KaFiE join sekali. Tapi mahfuz n Hilmi decide nak join kem yang lain. Sebelum kem, sumer orang pon dalam dilemma sebab Leadership N Entreprenuers Unit pon ada buat kem yang best jugak. Aku ucapkan terima kasih sangat2 sebab korang pilih untuk join program AKHI. Aku just nak korang tau yang aku harap korang enjoy (walaupon aku tau korang tertekan giler dgn adik2 tu) dgn kem AKHI yang tak seberaper ni. Aku jugak harap tujuan utama korang datang biar la berniat untuk membantu adik2 tu, dan bukan datang semata-mata janji korang pada aku. Klu korang buat keputusan untuk pegi kem kat tangkak tu pon aku tak kan kecik hati dan aku tak kan marah. Apa yang penting korang enjoy n tak rasa menyesal sebab korang kena pegi kem AKHI. Klu korang rasa tak best, I won't forgive myself. Dat's all.

  • Closing Ceremony of University Sports Carnival 2006 (16 Sept 2006)

Asalnya the CC should be at night. tapi demi Tok Pa, kitorang tukarkan kepada siang pukul 3PM. Alhamdulillah, cuaca hari tu sungguh baik. Rector yang baru balik umrah pagi tadi sanggup join kitorang punya CC. We really appreciate that! Petang jumaat ada sedikit rehearsal. Bila jemput minister, staff Public Relations Office akan turut turun padang. Kedatangan aku petang tu tak de la penting sangat. Aku just join marching. Tapi, ada la sedikit kesilapan teknikal.... so aku bantu la mana yg patut. Apa yg aku dapat tahu... Esok dah nak start ceremony tapi MC belum confirm lagi...PRO dalam dilemma samada nak jemput rector (yang baru balik umrah) atau tak...speech untuk Tok Pa - yang sepatutnya siap 2 weeks b4 program n must be submitted to his PA- belum siap lagi...huhu...the rest is just fine i think. Masalah2 halus je...

So, ada marching on the next day. Aku terpaksa tinggalkan AKHI lebih dari separuh hari untuk prepare CC. Aku tak tau macamaner aku kena assign untuk jadi maskot mahallah ALi. Fikir balik, best pon ada, kelakar pon ada, rasa macam sengal pon ada gak. Costume tu tak be topeng pon. Habis la satu stadium dah cop muka aku dan costume tu. Pendek kata, costume tu cosume burung. Warnanya Kuning+Biru. Mmm... masa Tok Pa tgh check pembarisan, dia tanya "Awk ni jadi binatang ape?" Nasib baik Haeqal jawab "Rajawali". Klu di tak jawab, aku bedal penguin aje... :D

Mari kita lihat apa Mahallah Ali menang:-

  • Basketball (1st place)
  • Futsal (2nd place)
  • Pingpong (2nd place)
  • Football (3rd place)
  • Volleyball (2nd place)

Sedih sebab kitorang tak dapat bawa balik pingat dari game badminton. Mahallah Othman dapat menang overall. Hmm... next time, kitorang akan ambil alih takhta tu. Dah dekat tu. Insyaallah.

"Tok Pa, actually it's a penguin! huhu..."

  • Communication Night (17 Sept 2006)

Dalam comm nite aku just jadi sub-comm pub n pro je. tapi, macam biase... ada le kerja yang berlambak tiber2 ntah datang dari mana. Lps habis je program AKHI petang tu, aku terus pegi KAED Gallery. Huhu... program ni pon rector datang jugak. Apa yg best klu rector datang, staff UIA tak kan lokek untuk keluarkan segala bentuk perkakas yang diorang simpan kat dalam stor tu. So malam tu ada Madani, Silika Gel, KANIA (band Indonesia), Orchestra dan many more. Hmmm... berbaloi la bayar RM10 in term of performances. Tapi aku masih tak puas hati kalau dinner tak sampai expectation aku. IIUM Choir turut buat performance malam tu. huhu... Best... K... dah tak tau nak criter apa lagi. Aku dah tak de incoming program dah untuk sem ni. Boleh la aku concentrate kembali kat hidup aku as a student. Until next time...