My Online Readings Follow me on Facebook Follow me on Linkedin Back to Home Follow me on Twitter

Occupiying The Wasted Time

Posted in

Sekarang ni aku tgh mendownload satu software yg dipanggil SPSS. Aku pon tak tahu what is SPSS stands for. Tapi kitorang kena pakai software ni sepanjang penbelajaran kitorang kat dlm kelas "Introductory to Statistics for Communication Research". Biasa la, orang dah major. Aku baru shj melangkah ke dlm satu dunia penbelajaran yg baru. Hmm... I hope i made a right desicion in majoring in this communication field.

Sori klu ada orang yg 2,3 kali masuk ke blog aku dgn harapan aku ada meng'update' blog aku. Aku hampir tak de masa nak update blog aku diatas kesibukan aku terhadap Humanitarian Week. Terlintasnya untuk aku menaip hari ni pon sebab bajet nak tunggu komputer library yg lembab lagi slow ni habis mendownload software SPSS.

Hmm... so, apa aku nak criter hari ni ye... OK la... Mesti ramai yg tak tahu apa punca aku... Szakif... saper lagi budak UIA? Adlan... bukannye tak update, tapi macam jadi slow sikit mengupdate sebab masing2 sibuk dgn Humanitarian Week. Buat yg tak tahu dan ingin tahu, Humanitarian Week adalah sebuah grand event yg telah diorganize oleh IIUM CENSERVE Team dgn jayanya. Ianya berlangsung dari 17 julai hingga 23 julai 2006.

Community Services Unit atau pon lebih dikenali sbg CENSERVE Team/Unit terdiri diri daripada 10 buah kelab yang turut terlibat secara aktif dlm community service di dlm dan luar negara. Kami membantu orang2 tua, anak2 yatim, golongan yg kurang upaya, mendidik orang asli, remaja bermasalah, kanak2 nakal, dan banyak lagi. 10 kelab tersebut ialah AKHI Project, Caring Club, Karisma, MISI, Gemilang Project, Titian Asli, Sendi Saga, JASA, COMRADE dan STEADFAST.

Kami semua sama2 berkerjasama dan bergabung tenaga untuk menghidupkan Humanitarian Week ini dgn pelbagai sub-event yg menarik spt Exhibition & Blood Donation, Humanitarian Cultural Stage, CENSERVE Family Day, National Seminar, Video Corporate Project Analysis dan Appreciation Night Dinner.

Aku pulak terlibat secara aktif dalam 2 sub-program iaitu CENSERVE Family Day dan Cultural Stage. Untuk Family Day, aku agak sedih sebab AKHI cuma mampu dapat tempat ke 7 shj. Nak buat macamaner, ramai ahli AKHI yg jadi committee family day. Tapi aku agak happy sebab AKHI menang dlm musical competition. Very impressive. Kitorang siap bawak mentee kiotrang buat show skali. Best!

Huh... memang meletihkan bila mempunyai 2 post dlm satu masa. Aku pon tak tahu macamaner nama aku boleh ada kat dlm dua program serentak. OK la. Aku nak stop kat sini dulu buat masa ni. Aku sekarang dlm proses nak siapkan personal report aku khas buat tatapan korang pasal apa yg aku lalui n hadapi sepanjang aku terlibat dlm humanitarian week. Harap korang bersabar la ye... It will be quite long. K... Wassalam.

(aiseh... cancel la download! lembab nak mampos! Ni sampai malam pon tak habis lagi!!)

Blogthings.com 2

Posted in
You Are 41% Selfish
You are quite balanced. You are able to compromise when it's in the best interests of those involved.But you're no pushover. If something is important to you, you'll get it!

Finally It's finish!

Posted in
Huhu... finally the cultural poster was finished! I am very satisfy, as well as everyone else. Well, with limited of budget, I make it in grayscale. Huhu... thanks to everyone who helped me. Ur ideas and contribution was really appreciated. ;)This is my first time using Adobe Photoshop and I like it very much. Check it out!

Photobucket - Video and Image Hosting

10 Hari Cuti (Part 2): Kemas Bilik Habis-habisan

Posted in
Akhirnya impian adik aku untuk turut masuk ke UIA telah tercapai. Dia dapat kos Engineering kat UIA matrik. Kalau tak, abahnye lebih prefer adik aku ambik kos engineering kat UiTM. Ntah naper ntah... Oleh kerana dia akan meninggalkan rumah dan memulakan hidup baru sebagai seorang mahasiswa, malam tu (pada awal keesokan pagi, kitorang bertolak ke K.L dgn abah) kitorang decided untuk kemas sumer barang kat bilik kitorang yang sedikit sebanyak macam tongkang pecah. (Bilik kongsi ni lebih cantik dan kemas masa aku ada dulu. hehe..) Yela, bilik orang bujang. Dah la mak pegi out station sampai 6 bulan. Balik rumah sekali dlm 1 - 2 minggu. Klu mak ada kat rumah, rajin jugak dia memekak suroh kemas bilik. Baru la adik aku tu terhegeh2 nak gerak. Tapi kali ni, kitorang decide nak kemas habis2an sebab tak tau lagi bila kitorang akan balik ke bilik yg tersayang ni. (tersayang??) Sumer barang2 yg tak boleh pakai, yg dah tak nak dipakai, tak reti nak pakai, sumer habis kiter buang. Kertas2 exam lama, postcard, kad raya, buku2 tulis yang dah berbau hapak, sawang2 yg menghiasi bilik bilik, sumer pon dibuang. Dalam kemas2, kitorang periksa sumer barang yg kitorang simpan sejak dari form 1 pon ada lagi. Tak reput2. :))

Antara barang2 yg masih stay kat bilik tu just gambar2 kitorang adik-beradik, cenderamata2 yg cukup banyak, buku2 teks...kitorang nak kumpul sumer buku teks yg kitorang guna sebanyak mungkin untuk dijadikan sebahagian dpr koleksi hidup kitorang. Baru cantik ruang buku kat rumah kitorang suatu hari nanti. ;) Buku2 teks kitorang dari form 3 sampai form 5 saja dah cukup untuk penuhkan separuh almari baju besar, tapi buat masa ni kitorang simpan sumer skali kat dlm kotak dulu. Semua cenderamata dan gambar2 yg berframe, gambar aku dan adik2 aku yg sekarang menetap kat asrama, kitorang susun dan lap elok2. Kitorang cari rak lain dan dijadikan hiasan kat bilik tu. Hmmm.. harap2 tak berhabuk. harap2 mak tolong lapkan masa ketidakbalikkan kitorang ke rumah.*

Masa aku tengah kemas sumer barang2 peribadi aku, aku terjumpa satu kotak kecil. Dah berhabuk, memang dah lama tak bukak. Aku ingatkan dah hilang, rupanya ada kat bawah katil yang sangat sesak dgn 1001 macam jenis benda. (benda sahaja, tiada mahkluk.) Aku rasa may be aku campak kotak tu ke bawah katil bila mak aku dgn tiba2 dia cakap nak buat spot check. Mati aku kalau kantoi dgn mak aku kalau masa sekolah menengah dulu! Aku bukak balik kotak dulu. Hmmm... banyak betul kenangan lama. Yang paling banyak mesti la surat2 dari peminat2 yang ramai dan kakak angkat kenalan masa aku suka berchating dulu, masa aku suka mengorat tak tentu pasal. Tak cukup sekolah sendiri, sekolah2 jiran pon ada hantar surat, dan call malam2 buta. Kini tak lagi, dah tak de banyak masa free macam dulu, dah tak suka buang masa macam dulu. Dah tak gatal sangat macam dulu. Pengalaman mematangkan aku. Klu time musim raya, mak aku marah2 sebab kad raya perempuan hantar sampai berlambak2. huh... masa tu mak aku mengamuk... sungguh menyeramkan.

"Huzaifah! Apa nak jadi dgn kau ni! Habis anak dara satu sekolah kau mengorat. Apasal tak ngorat sekali dgn makcik2 kat pasar Siti Khadijah tu?? Kau dah sabar nak kawin ke?! Yang kau pegi jaja no telepon dan alamat rumah tak tentu pasal kenape???!!"

Bila difikirkan balik, aku menyesal jugak buat keje tak senonoh macam tu. Untuk hiburkan hati aku, aku dah lukakan banyak hati orang lain. Awek aku dulu (masa cinta monyet) siap kena pulau dgn kawan2 lagi. Tertekan tu tak payah nak cakap la. Nasib baik pelajaran aku tak teruk terabai. Kalau tak, tak masuk la aku UIA yg megah ni.

Tabung2 kitorang pon sumer kitorang korek. Banyak jugak. Duit raya tak pernah dapat rendah dari RM100. Sumer kitorang masukkan dalam Tabung Haji. Klu nak diikutkan nafsu, habis duit tu aku kerjakan... beli henset baru... upgrade komputer... lesen kereta yg tak terbuat2. Tak pe la... untuk perbelanjaan sekarang, kiter kumpul duit lain. Ala... mak bagi setiap bulan lebih dari cukup. diut poket PTPTN pon dapat jgk.

OK... esok lusa aku criter lagi apa aku buat dalam 10 hari cuti kat rumah. Aku ada banyak program sem ni. Belum bukak sem pon dah kena datang. Macam2 induction course aku kena attend. K...

(Gambar family yg latest...)

*Aku ada 5 orang adik-beradik. Aku anak sulong kepada 4 orang adik lelaki. Aku lahir tahun 1986 skrg blajar tahun pertama kat UIA Gombak. Adik aku yg kedua akan masuk tahun pertama kat matrik UIA selama 2 tahun sebelum sambung ke UIA Gombak. Adik aku yang ketiga bakal ambik PMR tahun ni. Dia sekarang belajar kat maahad tahfiz dan sekarang duduk kat asrama. Dia akan pulang ke rumah sebanyak 2 hari dlm sebulan. Adik aku yg ke-4 darjah 3. Dia sekarang kat sekolah agama swasta. Buat masa ni dia duduk kat rumah ustaz sebab mak out station. Mak balik rumah, baru dia pon balik rumah. Adik aku yg terakhir baru berumur tiga tahun. Bila abah pergi kerja, adik aku akan dihantar ke rumah kanak2. Ntah aku nak panggil apa pon tak tau...

10 Hari Cuti (Part 1): Khutbah Jumaat minggu lepas

Posted in
Posting kali ni tak de la n ak menarik sangat. Sekali sekala kita memuhasabah diri ni.
==========================

Seperti pada hari-hari Jumaat yg lain, semua lelaki diwajibkan pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu jumaat secara berjemaah. Selalunya, makmum kat kampung aku ni tak de la nak datang awal sangat, tapi kali ni bapak aku kena cari tempat lain nak parking kereta sebab port biasa dah kena kebas dek kereta orang lain.

Rupa-rupanya, hari ni Tok guru Nik Aziz datang ke masjid kat kampung aku untuk bagi khutbah. Memang kebiasaan baginya solat jumaat dari satu masjid ke satu masjid sekitar Kota Bharu untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Untung jugak aku balik rumah kali ni. Dah lama tak dengar Tok guru bagi khutbah. Kalau nak diikutkan, ni baru kali ke-tiga aku tengok Tok guru Nik Aziz secara 'live' di depan mata aku.

Hari tu dia bagi khutbah yang bertajuk "Muhasabah Diri". Tok guru memulakan khutbahnya dgn sepotong ayat Al-Quran:

"Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana
Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
(Al-Kahfi:7)

  • Kita semua diminta berkumpul sesama muslim sekurang2nya 1 kali dalam seminggu. Tempat yang paling afdal untuk berkumpul adalah di masjid. Pentingnya masjid ataupun rumah Allah ni terbukti apabila Rasulullah S.A.W. membina masjid terlebih dahulu, diikuti dgn bangunan lain.
  • Lelaki diberikan keutaman (Solat berjemaah pada hari jumaat) berbanding wanita kerana lelaki berfitrahkan seorang pemimpin. Penting bagi kaum lelaki untuk berkumpul supaya kita boleh imbas kembali apa yg kita telah lakukan dlm satu minggu yg lepas samada benar atau salah, baik atau buruk. Dgn ini, kita takkan tengelam dlm kesesatan.
  • Manusia memang sentiasa terdorong untuk melakukan sesuatu yg mungkar dek hasutan shaitan dan nafsu, membuatkan kita kadang2 lupa ataupun tak sedar yg apa kita lakukan adalah salah atau buruk. Apa yg kita tahu, kita sentiasa betul dan orang lain pulak sentiasa salah. Pada masa ni, kita dah lupa tujuan sebenar kita hidup di muka bumi ni. Tak de apa dah yg kita nampak, selain pangkat, harta dan wanita. Tambah2 pulak, dgn kehadiran ego, riak dan takabbur.
  • Dgn berkumpul sebegini (mendengar khutbah pada hari Jumaat), kita akan kembali memikirkan apa yg kita sudah lakukan dlm 7 hari yg lps. Kita akan cenderung untuk memuhasabah diri kita. Pada masa ini, kita akan kembali renungi samada kita yang benar atau mereka yg salah, samada kita yg buruk atau mereka yg baik.
  • Dalam masjid jugak, kita digalakkan untuk membaca Al-Quran. Kalau boleh, bacalah Al-Quran itu seperti kita membaca diari kita sendiri, macam blog kita sendiri (errr... ayat yg ni aku modified sikit. hehe...) dimana kita menghayati apa yg kita baca. Masa tu, kita jgk akan sedar samada kita benar, atau mereka yg benar. Bacalah Al-Quran macam diari kita sendiri, kerana Al-Quran bukannya diari sebarangan, tapi dari Pencipta kita, Allah S.W.T.