My Online Readings Follow me on Facebook Follow me on Linkedin Back to Home Follow me on Twitter

Movie Review - Transformers: Revenge of the Fallen

Posted in

Hehe... aku pon tak tau nak komen ape pasal movie nie. Rasanya semua org berpuas hati dengan movie nie. Dan rasanya most of you already went to cinema to watch this incredible movie.

Ramai kawan2 cakap, "Serious wei. Aku asyik tak de chance nak tgk Transformers kat wayang. Tiket asyik habis je."

Aku pon jawab, "Aku dah tengok dah. Best gile wei. Susah aku nk terangkn kat ko. Best! Dah la dua jam stengah diorang buat movie tu. huhu..." Tertekan diorg. Hahaha... Tak pe2. Rezeki korang pasti akan datangnye. Habis cikai download kat internet. Tapi perasaan dia xsama la dgn tengok kat wayang. Transformers kot~.

So basically, movie nie mengexplain dengan lagi dalam ape itu transformers, asal-usul, misi diorg dan macam2 lagi. Aku jugak dapat tahu melalui movie nie yang Optimus Prime bukan calang2 transformers seperti kebanyakan transformers yang lain. He is a legend. Satu2nya golongan prime yang masih hidup selepas berkurun lamanya selain daripada the Fallen. Mantap! Golongan prime nie mcmn nak describe ye... Kiranya macam golongan atasan diraja la gitu. Asal2nya ade 7 kesemuanya. Lagi satu part yang best, Optimus Prime can fly! Cayalah! Muahaha. Habis aku spoilkan mood korang yang belom tengok. Hahaha...

Hai... best gile la movie nie. Buat masa nie cume satu je pendapat aku. Masa tengok Transformers yang nombor 1 dulu, kekuatan Megatron dgn Optimus Prime nampak equal. Optimus hampir kalah lagi kpd Megatron. Berbeza dgn Transformers yang kali ini, 3 Decepticons bergabung tenaga, baru dapat bunuh Optimus Prime. (Yup, Optimus Prime mati beb) Punya la kuat Optimus Prime. Dan punya la kuat gak Optimus Prime tu, nak dijadikan cerita, hanya dia je yang boleh kalahkan the Fallen. The Fallen tu... kekuatan dia memang imba habisla. Siap ade telekenesis power lagi. huhuhu... Best2.

Satu lagi, yang korang tengok dalam trailer tu, yang ade satu transformer tayar besar tu, yang macam gergasi tu, tu cume intro je baru. Kacang gile Optimus kalahkan ngokngek tu. Gile imba Optimus Prime dimataku ketika itu. huhu...

Ops, sebelum sy terlupa. Nah. New song from Linkin Park - New Divide

So, anyone of you already watched for the second time?

A Precious Half Day with Mdm Martinelli Hashim

Posted in

Pada pukul 8.15am, aku dan Adha tiba di Mini Audi. Masih belum ade orang disitu. Nampak macam tak de event pon. Jadi aku confirmkan semula dgn Ikhwan.

"Salam Ikhwan. Venue talk pagi nie kat mane?"

"Kat edu LT 2. Tlg bg tau yg lain." Ikhwan membalas. Jadi kami terus ke EDU LT 2.

**********

Pukul 9 lebih - Dari atas, aku mula nampak Madam Martinelli masuk ke dalam LT. Muka beliau adalah di antara muka yang aku sentiasa ingin lihat dan rindu2kan. Dirinya penuh dengan sifat keibuan.

Hampir 2 tahun aku jarang mendekati program2 CENSERVE. Pada saat itu, jauh dalam lubuk hatiku, aku terdetik, "Agaknye madam ingat lagi ke tak kat aku nie... Bertuahnye klu dia still ingat kat aku..."

Beliau naik ke pentas setelah dijemput untuk untuk memberikan talk beliau tentang "A Training Guide for Volunteer Mentors". Perkara pertama yg diminta ialah untuk memenuhkan ruang2 kosong dihadapan. Aku terus segera bangun untuk ke hadapan.

Tiba2, satu suara memanggilku, “Jai?”

“Jai? Lamanye tak nampak Jai. Dah grad ke?” Madam Martinelli yang panggil dari atas pentas. Beliau masih ingat saya. T_____T

Aku hanya mampu menjawab beberapa patah sahaja ketika itu. “Belum lagi…” Perasaan bersalah terkinja-kinja datang ke dalam hati… Ke mana aku menghilang selama ini…

Beliau memberikan senyuman ikhlas kepadaku. Senyuman beliau tidak pernah gagal membuatkan ku rasa tersentuh di hati. “Jai ni orang lama AKHI ni. Dah lama tak nampak dia. Madam ingatkan dia dah grad. Nak tahu perkembangan dia cuma ikut blog dia je...” Katanya dikalayak ramai. Perasaan bersalah makin masuk laju2 ke dalam hati. “Jai mintak maaf madam… Jai mintak maaf…” kata hatiku…

**********

CHALLENGES

Madam Martinelli mulakan ucapannya dengan menyentuh tentang commitment terlebih dahulu.

Commitment = Pledge or bind to a course, intention, policy or use

Dalam berbelas ribu pelajar UIA, berapa ramai yang menyertai kelab2 khidmat masyarakat UIA? Dan di antara mereka yang menyertai kelab2 ini, berapa ramai yang boleh kekal memberikan komitmen dalam melakukan program khidmat masyarakat dan dakwah ini?

Terdapat 4 cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang berjuang atas jalan yang benar. Dan anak-anak generasi mendatang akan menghadapi cabaran yg lebih kuat daripada kita:

  • Persekitaran

  • Penyakit

  • Bencana Alam

  • Hedonisme

Beliau menerangkan bahawa 3 cabaran yang pertama adalah takdir dan ketentuan Allah S.W.T. Tetapi, budaya hedonisme boleh dicegah. Budaya hedonisme adalah taktik halus yang digunakan oleh mereka yang mahu menghancurkan umat Islam.

Hedonism = The ethical theory that pleasure (in the sense of the satisfaction of desires) is the highest good and proper aim of human life.

**********

Sedang orang-orang Melayu Islam asyik berhibur (mat rempit, dadah etc), orang-orang Yahudi sedang giat mempraktikkan sistem mentoring yang sangat rapi dan terancang. Singapura sekarang turut mempraktikkan sistem tersebut secara serius. Pentingnya mentoring bagi mereka, sehinggakan mereka telah mewujudkan Minister Mentor. Sistem mentoring mereka sangat tersusun, sehingga diamalkan pada setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

**********

Madam Martinelli kemudian menimbulkan satu persoalan:

WHY MENTORING?

  • Mentoring is among the effective tool to reduce social and crime rate

  • Mentoring is a possible mind setting building tool to achieve “Gerakan Perubahan Minda”

Beliau bercerita sejak dari kecil lagi beliau mahu menjadi an extraordinary person. Sejak dari tingkatan 2, beliau berani mencabar undang-undang sekular sekolah dengan memakai seluar panjang dan tudung, sedangkan sekolah tersebut melarang pemakaian demikian.

Ketika di Universiti Malaya, beliau turut melakukan gerakan dalam menegakkan agama Islam dan dakwah. Apabila UIAM ditubuhkan pada tahun 1983, beliau sangat gembira kerana beliau telah menjumpai saluran yang beliau impi-impikan sejak dahulu lagi dalam usaha untuk melakukan perubahan minda terhadap generasi2 mendatang. Beliau mahu semua anak didik dan mentor2nya mempunyai fikiran seperti beliau, untuk menjadi extraordinary person dan berani melakukan gerakan dalam memperjuangkan agama.

**********

WHAT IS MENTORING?

Mentoring is a matter of trust. Mentoring is a structured and trusting relationship that brings young people together with caring individuals who offer guidance, support and encouragement… (aku xsempat nak salin habis definasi beliau terhadap mentor... -,-")

**********

HOW?

Mengikut pemahamanku, sistem mentoring yang sebenar-benarnya adalah seperti sistem pyramid yang diamalkan dalam MLM (Multi-level Marketing system).

Mereka yang dilantik menjadi mentor akan melatih beberapa orang mentee. Bila para mentee sudah bersedia, mereka akan menjadi mentor kepada mentee2 baru. Orang-orang Yahudi dan Kerajaan Singapura sedang mempraktikkan sistem ini. Dalam jangka masa panjang, kesan sistem ini pasti akan dapat dilihat. Orang-orang Yahudi yang hebat sekarang adalah kesan daripada sistem mentoring mereka yang sangat berkesan. Melalui sistem mentoring seperti ini, visi “Pergerakan Perubahan Minda” boleh dicapai.

Pada pandangan aku, mentoring adalah satu kaedah yang sangat effektif. Bila tiba masanya, selepas satu jangka masa yang panjang, para mahasiswa yang bernaung di bawah CENSERVE, termasuk semua yang pernah menjadi mentor dan mentee sebelum ini, boleh berkumpul dan melakukan satu gerakan untuk membentuk rakyat yang lebih baik dan bertamadun.

**********

WHAT IT TAKES TO BE A MENTOR?

  • Sincere desire

  • Respect young people

  • Listen actively

  • Empathize

  • See solution and opportunities

  • Be flexible and open

Madam Martinelli berkata, yang paling penting ialah mempunyai kesedaran tanggungjawab terhadap Allah untuk mendidik/mengubah/masyarakat/generasi mendatang. Bila kesedaran itu ada, skill-skill yang selebihnya akan datang dengan sendiri. Dan antara skill semulajadi tersebut ialah dengan menyayangi mereka.

**********

REQUIRED POWER OF A MENTOR

  • Touch

  • Looking (eye-contact)

Sentuhan dan pandangan boleh merendahkan ego kedua-dua pihak, samada mentor ataupun mentee

  • Gift

Pemberian hadiah dari seorang mentor kepada mentee adalah sangat penting untuk meyakinkan mentee bahawa mereka boleh mempercayai kita

  • Experience

Sentiasa berhubung dengan mentee untuk mendapatkan pengalaman dan memahami mereka. Salah satu cara ialah dengan sentiasa hadir dalam setiap mentoring program.

  • Reading

Mentor sentiasa perlu ada pengetahuan2 tambahan dalam minda mereka. Mentor yang banyak membaca juga boleh menyarankan mentee2 membaca bahan bacaan yang bagus seperti blog dan sebagainya.

**********

Sebagai penutup, Madam Martinelli menyarankan bahawa setiap ahli2 CENSERVE perlu ada sifat2 Rasulullah S.A.W.:

  • Siddiq

  • Amanah

  • Tabligh

  • Fathanah

Akhir sekali, selepas anda semua membaca post ini, mari semak kembali.

  • Does it improve your attitude?

  • Does it improve your skill?

  • Does it improve your knowledge?

**********

Bagi aku, kepada siapa yang tak datang pada pagi 13 Jun itu adalah sangat rugi. Mempunyai peluang untuk mendengar semua ini dari mulut Madam Martinelli Hashim adalah sangat bermakna bagiku.

Persoalan yang terakhir:

ARE YOU WITH US TO BEAR THE RESPONSBILITY AND BE A GOOD MENTOR?

Jika anda telah membaca post ini, anda adalah orang2 yang terpilih untuk menjadi mentor yang berjaya. Be responsible and be commitment towards your mentees and your club. Sekian…

Aku sempat bergambar dengan Madam sebelum beliau pulang... ^^

          Let's summarize

          Posted in
          Dah banyak sangat event yang berlaku dalam hidupku baru2 ini. Semuanya menarik2. Tak sempat aku nak cerita semua sekali secara detail. Jadi, mari kita summarize kan semua skali event2 ini.

          Big Apple Party

          Untuk tidak mahu membazirkan discount voucher dari Big Apple. Tarikh last dia 31 June. Aku buat party Big Apple tu 3o June. I love Big Apple!! Big Apple love me too! haha!

          AKHI Quranic Camp

          AKHI Quranic Camp mengingatkan aku pada kenangan lama. Time tu aku sangat komited pada AKHI Project. Masa tu ade abang2 dan kakak2 yang sgt sempoi dan hebat2 belaka. Really miss the old times!

          Student ni nama dia Zulaika. Dah tingkatan 2. tapi masih lagi mengikuti program2 Kelab AKHI. Mereka semua ialah mentee2 aku ketika mereka Darjah 4 dan 5. Kedatangan pelajar2 ini mungkin telah mendatangkan sedikit masalah kepada para2 komittee, but looking at the bright sight, aku sangat kagum dengan semangat adik2 tingkatan dua nie. Mereka datang ke program AKHI dengan rela hati untuk belajar agama. Adakah aku akan serajin dia jika aku berada di tempat dia? Yang paling mengharukan, mereka semua masih mengingati aku. "Abang Jai! Dah lama abg Jai menghilang!" T_________T Mintak maaf adik2ku...

          Movie: Terminator Salvation

          Best Gile! Hero tuh nama dia Christian Bale. Berlakon dalam Batman best, berlakon dalam Terminator bapak lagi best!

          Mesej dalam crite nie ialah "semua orang berhak mendapat peluang ke-dua" dan "machine will never surpass human mind." huhu...

          Birthday Party!

          Dah x ingat dah brape haribulan masa tuh. tapi happening gile. sebab ramai yg datang. Sambut birthday 5 orang skali gus. Dayah, Adlan, Syarah, Fitrah dan Najwa. Best! aku tak ketinggalan untuk belikan birthday present untuk setiap orang. Happy Birthday to all of you!

          Tagged by Adlan

          Posted in

          Dah lama dah tak de orang nak tag aku. Thanks Adlan. Now I have a reason to share my opinion and stories to all my readers.

          1) Bekas kekasih saya adalah…

          Bekas kekasih... Bekas kekasih... Kenapa la intro soalan dia macam nie... Boleh skip tak? =D

          .

          2) Saya sedang mendengar…

          Lagu Yuna - Dan Sebenarnya

          .

          3) Mungkin saya patut…

          Berehat sekarang dan berkerja dengan lebih produktif pada sebelah petang nanti. haha... ;p

          .

          4) Saya suka..

          Ketenangan. Apa2 yang boleh buat aku tenang, aku akan sayang. Kalau kamu boleh buat aku tenang, aku akan sayang kamu.

          .

          5) Sahabat-sahabat saya…

          sume baik2 hati, comel2... saya sayangggg mereka... and i'm very proud to be friend with 'em (Ini... ini jawapan dari blog Angah nieh!)

          .

          6) Saya tak paham…

          Kenapa ade orang yang tak boleh terima kesalahan orang lain, sedangkan orang itu dengan banyak alasannya, melakukan kesalahan tersebut. Adesss...

          .

          7) Saya kehilangan…

          Seseorang dalam hati ini. And now I am being very particular on who's going replace it.

          .

          8) Ramai yang berkata...

          Aku semakin berisi. Alhamdulillah...

          .

          9) Cinta itu adalah…

          Menyakitkan

          .

          10) Di suatu tempat, seseorang sedang…

          Berehat setelah selesai test pada sebelah pagi

          .

          11) Saya akan cuba…

          Untuk sentiasa menghargai semua yang ada disekilingku dan bak kata Adlan, "Live my Life to the Fullest"

          .

          12) Perkataan "SELAMANYA" membawa maksud…

          Abadi

          .

          13) Telefon bimbit saya..

          ...

          .

          14) Bila saya terjaga…

          Saya akan tengok jam dah pukul berapa sekarang

          .

          15) Saya paling meluat…

          The bad side of me that has never changed

          .

          16) Pesta/parti adalah…

          Dimana kita berusaha untuk meluangkan masa bersama rakan seperjuangan walaupun kita terlalu sibuk dengan urusan yang semakin banyak mendatang pabila semakin dewasa.

          .

          17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui…

          Hamster

          .

          18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah…

          Umur 21. Sudah cukup besar, punya kebebasan. tapi tanggungjawab tidak sebanyak mereka yang lebih tua dari itu.

          .

          19) Hari ini…

          Saya praktikal separuh hari sahaja

          .

          20) Malam ini saya akan…

          Bersiap sedia untuk hari esok yang penting! Muahaha! chaiyok2 Jai!

          .

          21) Esok pula saya akan…

          Buat yang terbaik! Muahaha!

          .

          22) Saya betul² inginkan…

          Financial Freedom

          .

          23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini…

          Ade banyak jerawat...

          .

          24) Pusat membeli-belah atau arked permainan…

          Pusat membeli-belah jika time loaded. Arked permainan jika bosan nak mampos.

          .

          25) Makanan barat atau Jepun…

          Makanan Melayu!

          .

          26) Bilik yang terang atau gelap…

          Bilik yang tak terlalu terang dan tak terlalu gelap

          .

          27) Makanan segera adalah…

          Err... makanan yang boleh dimakan dengan segera?

          .

          28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang…

          "Aku nak pegi CC kejap"

          .

          29) Siapa yang anda ingin tag…(Silalah buat kalau rajin)

          Max J. Potter | Writer Druid | Szakif |