My Online Readings Follow me on Facebook Follow me on Linkedin Back to Home Follow me on Twitter

A short holiday...

Posted in
I currently at home now, but I must prepare some posters for the Cultural Stage Performance next semester. My pc was broke down and I must go to cyber cafe to go online and make the posters. I dunno what to put in the posters, so I decided to put some pics dat are related to what we called "culture" such as musical instruments. May be some of you can give me some ideas what to put in my posters. I had found some nice pics.Check it out!

Night after exam

Posted in
Kelmarin aku ada dua exam paper. Mula2 tu exam Introduction To Political Science. Aku rasa best je sebab sumer soalan spot pon Rashid Moten (pembuat soalan) yg bagitahu. So... aku dah tak nampak mcm bersungguh pon pada malam 2. Member2 pon ada jugak peli sikit. Ye la... nampak macam dah confident habis. So... exam tu ok aje... yg merisaukan aku ialah paper Science of Al-Quran pada sebelah petang. Lps exam poli rasa macam tak best je. Sumer dah happy sebab exam diorang dah habis. Dah boleh enjoy. Aku pulak tak nak gelak kuat2 macam member2 lain yg dah habis exam, tak nak makan banyak2 tak nak jalan2 sangat... takut lupa sumer benda yg aku baca (dah la tak baca banyak untuk SoQ!) Nasib baik la soalan tu tak de nak susah mana. Kire aku boleh buat ar jugak.
Lps exam aku dah rasa free kembali... lega siot... aku ingat nak enjoy siket... time u ingat nak terus pegi KLCC tengok wayang yang ntah criter apa yg ada sekarang, aku pon tak tau. Last2 balik bilik2 aku tertidorkan diri aku... Hmm.. konpem la letih. Lepas solat maghrib pon aku terus sambung tido. Mlm 2 aku dikejutkan dgn sms Dai. "Ko kat ner? Jomla join kitorang makan kat econs". Eh? ada pon si Dai ni. Aku ingatkan dah balik dah. Exam dia hari isnin lagi dah habis. bertuah... aku pon balas "Nak! Aku nak nasi goreng cendawan! :)" Aku ingatkan dia dah balik. sampai hati tak bgth aku. Malam tu aku habis kan masa aku dgn diorang. Mahfuz dah balik, Roha dah balik, Hilmi plk malas nak kuar bilik. Dari jauh aku nampak kelibat Miera, khairiah, dai n .... apa pulak nama sister ni... ahh Ain... baru aku ingat. She just join our group recently, just like Wan and Khai.
Kitorang lepak2 buang masa. Dah lama betol aku tak lepak2 sembang2 + makan minum slow2... pas tu ada macam2 criter sambil gurau senda... kutuk sana... sakat sini... Pergh... alangkah membuang masa (Uiks..???) Kadang2 macam ni... banyak bantu menenangkan fikiran, setelah sehari dlm keadaan 'berjaga2'. Yg aku naik tak tahan time si Khai dok sakat si Wan dgn Miera. Iye la... diorang tu dari tadi dok semeja... ntah apa diorang bincangkan aku pon tak tau... sampai gaduh2 diorang tu. Ala... bukan serious pon... gaduh sama kawan2... sumer tunjuk perangai semacam... hoho... dah habis exam... kat Cafe pon dah tak de orang sangat.
Dlm pukul 11, Khai dapat satu panggilan. Mesra betol sembang. Aku mula2 tak nak ambik tahu hal peribadi diorang, lain la klu diorang yg bukak criter. tiber... muka mira dah semacam, khai pon dah nak chuak semacam. lepas habis buat panggilan, Khai bukak satu criter yg agak serious. Semalam, Khai dgn Mira pegi jalan2 dgn bbrape senior PKP. Pas tu, diorang ditahan oleh seorang lelaki 40-an dan seorang gadis muda. Diorang nak mintak tolong diambilkan gambar. Diorang dah start rasa semacam bila diorang tengok lelaki dan gadis tu betul2 mesra. Bergambar sambil pegang bahu dan pinggang. (May be ada yg tak kisah mana, but we are unusual with 'that' type social life). Lps ambik gambar, dgn ramahnye lelaki dan perempuan tu kenalkan diri masing2. Nak kata memang mesra n baiknye, pertemuan 5 minit tu dah berlanjutan hingga malam ni. Khai tak bgth pulak nama pak cik tu, tapi nama gadis tu Emi, muda lagi. Dalam 20-an, may be baru belasan tahun. Dah bertunang. Lelaki tu rupanye ayah angkatnye... makin la mira n khai rasa semacam, ayah angkat n anak angkat bergambar sampai pegang bahu dan pinggang.
hmm... Diorang terus bersembang, sampai bertukar phone number (wahai para wanita, mengapa begitu mudah anda memberikan nombor anda kpd orang2 yang anda tak kenali??? adakah pertemuan singkat sudah cukup bagi anda menilainya seseorang itu baik atau tidak???) Lelaki tu bagi business card. Lelaki tu orang berada, kereta besar. tak pelik la klu diorang punya tahap hidup sosial yg tinggi. Lelaki tu siap offer nak tolong hantarkan balik ke UIA. Nasib baik diorang dapat reject pelawaan tu. On da way balik, Emi kerap bersms dgn khai. Lps habis sms, lelaki tu buat phone call kat khai. Punya la selamber, lelaki tu dah terfikir nak singgah rumah n jumpa parents khai. Biar betul...
Untuk panggilan yg tadi, khai cakap lelaki tu dah mintak alamat rumah, e-mel dan macam2 lagi. Of course la sebagai seorang kawan, aku cukup risau. Setakat ni diorang cukup peramah n baik. Bila Khai cakap tak de kredit, dgn senang hati diorang nak topupkan henset khai. Baik... diorang maksudnye 2 orang la yg tolong topupkan. Diorang memang suka betul bersms/calling sama si khai. Nombor mira pon diorang mintak. Apa yg ada kat dlm kepala aku time tu memang cukup negatif. Memang la setakat ni diorang nampak sangat baik... but macamana untuk jangka masa panjang? Ntah2 nanti diorang kena jual... melacur... Nauzubillah... kitorang bersurai dlm pukul 21.15am... Moga kami semua dilindungi dari sebarang unsur2 negatif oleh Allah. Amin...

Blogthings.com

Posted in
Your Love Life Secrets Are
Looking back on your life, you will only have one true love. You're a little scarred from your past relationships, but who isn't? You expect a lot from your lover - you want the full package. You tend to be very picky. In fights, you are able to walk away and calm down. You are able to weather the storm. Getting over a break-up doesn't take long. Easy come, easy go.

Aktifkan Dirimu!

Posted in

Pagi tadi aku banyak rushing di sekitar cafe HS dan ECONS. Sekejap ada orang nak jumpa kat sana, pas tu sekejap lagi ada orang nak jumpa kat sini. Padahal pada masa yang sama, aku tengah menunggu orang kat library masa tu. Tiber si Din pulak antar message yang aku kena submit master plan dan tentative kpd Abg Din kat STADD. Hello... did anyone mention or remind me about the sudden task? Nasib baik aku dah prepare bendalah tu awal2 lagi. Skali aku pegi STADD, Abg Din pulak tak de. Aku pon contact Ismail (PC Humanitarian Week) untuk meleraikan masalah ke'blur'an otak aku time tu. (Dia ni pakai Celcom! Abis kredit!) Last2 aku submit kat dia je. Pas tu dia mintak flow chart pulak. Aku terkezut kejap. Apahal mamat ni mintak flow chart committee aku pulak? Din (aku nyer program manager) tak de bagitahu apa2 pon pasal aku kena submit flow chart skali. Ish... susah la kalau berada di bawah unexperienced leader. That's why people who have more experience get higher priority in the job market. Ntah apa yang ada kat dalam kepala dia aku pon tak tau.

Oleh itu, instead of aku mintak pertolongan PM, baik aku pegi rujuk kat Muslimah (Asst. PM) apa yang perlu aku buat. Bincang punya bincang, aku buat desicion untuk sms sumer committee about da sudden changes. Sumer kena submit master plan dan flow chart at keast until tomorrow (Friday) evening. Hmmm... Oleh kerana kredit aku dah tinggal seciput yang amat sangat, aku pon sms H/C yang pakai maxis sahaja. Huhu... cukup2 aku tinggal lagi 5 sen shj. Ntah biler lagi nak topup aku pon tak tau. Peluang untuk claim balik bukannye tinggi! Pas tu sumer yg pakai nombor celcom aku mintak si Mus yang tolong SMS kan. Thank You Mus..

Petang tu aku makan dgn Roha. Dia kata dia ajak kawan dia join skali. Ntah ke mana pulak dia pegi... Last2 aku makan dgn berdua je dgn Roha. Pas tu baru aku prasan yang ada certain Caring Club members yang nampak akau makan semeja dgn ROha. huhu... Mesti la aku teringat yang budak2 tu pernah tanya aku samada si Miera tu awek aku atau tak sebab tempoh hari aku bawak Miera pegi meeting CENSERVE Family Day. Nampak akrab betol. Berbincang pasal program macam berdating. Huahuahua. Pas ni, tak mustahil diorang akan tanya samada pompuan yang makan dgn aku hari tu awek aku atau tak. Kalau diorang tanya mana satu awek aku, aku akan jawab "Knaper? Aku ada 4 awek kesemuanya. Mira, Roha, Dai, Nad. Dah cukup kuota!" Baru terdiam diorang. Ala... sumer pon dah macam adik-beradik aku. Suka hati korang la apa korang nak cakap. Aku tak kisah sangat. Dah mulut orang suka cakap macam tu.. Aku memang aktif, hidup ku agak bersosial. Tapi, tak de la yang terlalu melampau. Hanya sekadar membincangkan perkara2 yang berkaitan sahaja, of course sedikit gurau senda untuk mengelakkan tensen dan suasana yang dingin. Memang kalau nak diikutkan makan duduk semeja tu dah salah, tapi kitorang yang macam siblings ni dah tak braper nak kisah. Dalam masa yang sama, kitorang tetap peka dgn batasan dan adat pergaulan kami sebagai orang melayu yang beragama Islam (Uiks...Roha orang jawa!).

Hmmm... Buat yang dah bercouple, better inform. Kalau aku dah tau yang dia tu dah ada balak, takkan aku nak makan berdua-duaan dgn dia kot. Nak lebam bijik mata?!

Dari kiri: Dayah, Nad, Miera, Roha

Mahfuz at the back and Hilmi at the center

We are family

Our beloved society at matriculation center : MCHUSS

Web - Based Course Registration

Posted in
Sekarang ni sumer geng2 aku tengah sibuk dgn plan A, B dan C. Dalam lagi sejam, diorang akan register subjek yg diorang nak untuk sem depan. Aku pon ntah naper boleh sibuk join diorang skali. Tapi aku try la tolong Roha sikit-sikit. Dia ada kelas Poli petang ni. Diorang sumer ambik sbjk BI. Yang aku ni tak tau lagi bile. No matrik aku bukannye 053XXXX. May be tunggu sem 2 kot... Rata2 contact hour diorang adalah 18 - 22. Banyak tu... aku paling maksimum buat masa ni pon just 16.5. Tengokla macamane. May be aku akan add/drop lagi bile course registration ni dibuka pada sem depan.

Agaknye macamana dgn universiti lain? Kat sini nak add subject kena brebut-rebut. Website UIA menjadi tumpuan sumer mahasiswa UIA tak kira dari tahun pertama hingga ke tahun akhir. Sumer orang pon sibuk untuk belek-belek jadual lecturer mana yang available. Lepas dah siap diorang draft jadual diorang, sumer pon prepare untuk login ke page add/drop tu. Tepat pukul 5pm, page UIA akan jadi berat bila nak masuk. Tapi yang tak tahannye kitorang sumer bukannye online kat lab kitorang sendiri. Kitorang online kat Kuliyyah of Sciences (Budak Human Sciences online kat Sciences department... mestila ada yang tak puas hati!). Hmmm... aku nampak ada beberapa orang yang memandang kami dgn penuh curiga... Tau ke diorang yang kiter ni bukan budak Sciences? HOHOHO...

Apa pon good luck to all of you. Moga korang dapat subjek yang korang kehendaki. :)

Pening Kepala

Posted in

Petang tadi aku dah buat keputusan untuk berenti dari terus join BAKSIS. Dah lama dah aku nak brenti actually, tapi bila tengok muka akak tu (aku punya assistant), aku tau dia betul2 berharap yg aku akan stay sampai program tu habis. Tapi aku terpaksa stop jugak sebab aku rasa aku dah tak boleh nak bagi komitmen lagi. Lagipon, management program tu banyak yang tak terurus. Aku rasa aku tak berani nak tanggung risiko. Aku masih ada banyak benda lagi yg nak difokuskan. So...aku pon ber'sms' dgn dia untuk menyampaikan hajat yg aku dah lama nak luahkan tu, sebab klu face 2 face dgn akak tu memang aku tak sampai hati (She is no cute n hardworking!) Mula2 aku pusing2 dulu, cakap pasal keje2 yg perlu dia siapkan. Pastu baru aku cakap yg aku nak quit. Ntah aku tak ingat apa aku tulis, n dia just balas "OK..tq!" Pastu dia terus tak balas msg2 aku yang seterusnya... sedih siot... tu tandanye hati dia berkecai ke apa... terus diam... or aku yg pikir bukan2. Ish... tak kan nak kena mintak maaf pulak kot..

Malam tu pulak, aku ada meeting CENSERVE Family Day. Aku yang berposisikan seorang budak PC mengalami agak banyak masalah. Tapi sumer benda tu pon aku boleh handle, but certain masalah tu memerlukan usaha yang lebih untuk aku atasi. Bukan xboleh. Tapi malas siot... lps pegi male sport complex, kena pegi female sport complex pulak. Dah tu pulak, job scope lepas belum settle, kena tambah lagi dengan job scope baru. Ntah naper aku rasa macam blur giler jadi PC kali ni. Nak kata this is my first time, xjugak. Ntah la. Malam tu lps habis meeting kepala aku naik sakit n pening. Tapi aku cuba kawal perasaan aku supaya aku tak mudah naik marah bila job scope aku di tambah dan di tambah lagi. Masa meeting, aku dah lari fokus buat sementara waktu. Nasib baik aku bawak Mira kali ni untuk assist aku. Assistant aku yang kat dlm list committee tu ntah hilang ke mana. Mira memang baik hati dgn aku n pandai berkata2 untuk bagi kepala aku lebih selesa dan tak braper nak serabut. Hmmm... masa GOMA dulu pon dia banyak bantu aku. Aku rasa dia tu macam betul2 memahami aku. Cukup la. Jgn puji lebih2 nanti orang cakap macam2 pulak. Thanks to her a lot...

"Manusia dikurniakan kebolehan untuk terbang, tetapi mengapa memilih untuk merangkak sepanjang hayat..." - AR RUMI - Quoted by Mira...