My Online Readings Follow me on Facebook Follow me on Linkedin Back to Home Follow me on Twitter

Flash game can make a lot of money

Posted in

After the December 14 incident, this simple game become very popular. The site has been sold for $7,818. Its impressive and creative on how people know to make money. You should try the game too.

What's happened on Dec 14? This what happened

Selamat Pengantin Baru Kak Miha!

Posted in

::27 Dec:: Pukul 10 pagi, aku (of kos la), Izzi, Wady, Pzin, Izat, Irfan, Mizi, dan Fitrah bertolak serentak ke Chenor, Pahang. Suasana adalah sangat nyaman. Hmm... Ramai yang ambil peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada hujung2 bulan dan awal2 tahun nie. Aku bila lagi? Amin... Semoga dimurahkan rezeki.

Abg Mizi was leading the road to rumah Kak Miha. Sedar x sedar, kami sekereta (Izzi, Wady, Pzin, aku) dah xnampak diorg kat depan lagi. Mane x nye kami naik Myvi. Diorg naik Wira. Myvi 130kmj dah bergegar habis. Kami yg dok kat blakang terus pakai tali pingang. So testimoni2 kawannya cakap Abg Mizi ni memang jadi tabiat dia bawak kreta laju2. Asal masuk highway je 140kmj. Asal 140kmj je masuk highway. Ambik selekoh pon 120kmj. Mantap2. Aku doa kan kau panjang umur lah ye. Amin..

Sesampai kat kawasan rumah Kak Miha, kami tak terus ke rumah dia. Kedai runcit yang berdekatan ketika itu adalah lebih menarik. Mane tak nye. Semua baru nak pegi beli hadiah. So Abg Mizi dgn Fitrah berkongsi satu hadiah, aku Abg Pzin dan Wady kongsi satu hadiah. Aku bagitahu je la ape barangnye. Mesti Kak Miha dan suami sekarang tgh seronok menggunakannya. Penyangkut baju. Hahaha.

Selain happy dapat jumpa Kak Miha, sebab aku dah lama gile tak jumpa dia, happy dapat tengok Kak Miha dalam baju pengantin. Nice gitu. First time aku nampak memang aku xcam tu Kak Miha. 10 saat kemudian baru aku yakin pengantin berbaju hijau tu Kak Miha. Sape suro cantik sangat. Adik2 akak lambat la nak cam. Huhu..

Tak lupa jugak, aku sangat happy dapat jumpa geng2 AKHI yang datang dgn jumlah yang ramai. Ramai yang dah grad. Dapat tengok sumer abang2 dan kakak2 senior kumpul bersama mengimbau kembali kenangan 1 - 2 tahun lalu ketika kami sama2 berjuang mendidik generasi2 baru. (^^,)

Selamat Pengantin Baru Kak Miha

Semoga Berbahagia ke anak cucu

Of course pangantin perempuan tu Kak Miha. Lepas tu budak laki ramai2 kat bawah itu dari kanan ialah Irfan, Abg Pzin, aku, Wady dan Izzi. Pengantin lelaki... Pengantin lelaki aku xingat nama dia. Kah kah kah.

Ni gambar Kak Miha dengan sumer kakak2 senior AKHI yang dah grad.

More pictures to come!

A birthday present from her beloved husband

Posted in

Dah subuh dah. And I dont sleep yet. Nevermind. Kejap lagi aku bertolak balik KL. Dari Kelantan ke KL dalam 5 - 6 jam seingat aku. So aku ade 5 - 6 jam masa untuk tido dalam kereta nanti. Ahaks!

Kalau korang baca blog aku, kali ni korg prasan aku post lebih sikit. Ni kire balas dendam lama xtulis blog lah ni kiranye. Ade satu benda lagi aku nak crite kat korang. Sesampai je aku kat rumah mak cik aku, aku terpanau (terpanau??) pada satu benda kecil, comel lagi futuristik. Dan aku sangat suka kombinasi warna hitam dan putih. SANGAT SUKA! Begini rupanye:

(Depan)

(Belakang)

So in general, ianya adelah sejenis laptop atau notebook. Laptop yang mengangaukan. Specifically, ianya adalah Fujitsu LifeBook U1010. Aku malas nak crite panjang. Kalau korg nak tau kelebihannya korang boleh baca sendiri kat sini dan kat sini.

Aku mahu satu. Bestnyee... Nanti aku dah kahwin, aku pon nak bagi lifebook gak untuk isteri aku. Nanti aku gak yang dapat pakai lama2. Huhu..

Ayu - Hanya Di Mercu

Posted in

In response to Adlan's tag, I would like to dedicate this song to all my friends, those who far and close to me. This song has inspiring content in it. Try to understand and feel it.

Ayu - Hanya Di Mercu

Mimpi dan harapan

Bagai duri yang mencengkam

Tak pernah terluahkan

Hanyalah di hati tersimpan

Terpendam

Keterbatasan diriku menjadi penghalang

(Korus)

Sampai bila aku bertanya sampai bila

Ku harus mencuba

Bila lagi desak hatiku bila lagi

Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri

Mengatur langkah ku terus mendaki

Cita-citaku

Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang

Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan

Terpendam

Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

(Ulang Korus)

Lalu ku bangkit tegak berdiriMengatur langkah ku terus mendakiCita-citakuDi mercu

(Bridge)

Aku mencari kekuatan

Dalam kelemahan

Aku temui kejayaan

Dalam keberanian

(Ulang Korus)

Lalu ku bangkit tegak berdiri

Mengatur langkah ku terus mendaki

Cita-citaku

Di mercu (Ulang 2x)

Kali ni aku rajin sikit nak bagi korang download ni. huhu...

Ayu - Hanya Di Mercu (Mirror 1)

Ayu - Hanya Di Mercu (Mirror 2)

You are lucky my bro!

Posted in
Para penumpang menunggu dengan penuh sabar

::11 Desember::Stesyen Bas Puduraya:: Beberapa minit sebelum pukul 5 petang, satu acara telah diadakan oleh sebuah syarikat bas tempatan. Acara menolak bas "Puduraya - Kulim" ini diadakan julung2 kalinya sempena memberi kekuatan kepada bas tersebut untuk bergerak sendiri tanpa ditolak lagi. Mereka yang terlibat mendapat sokongan dan perhatian ramai. Acara sebegini dapat memberi impak positif kepada semua penonton dan pengguna untuk menggunakan kenderaan awam yang disediakan oleh syarikat bas lain.


Adikku Usamah berasa lega


Lebih kurang 15minit kemudian, Ahmad Usamah akhirnya tiba ditempat kejadian. Abangnya iaitu aku telah tiba 10 minit lebih awal seperti para penonton lain. Usamah mengucapkan setinggi perhargaan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya pertandingan itu telah diadakan ketika kelambatannya ke stesyen bas tersebut. Acara diteruskan sehingga pukul 5.30 petang. Ianya tamat apabila bas sudah boleh bergerak sendiri tanpa ditolak oleh staff2 syarikat bas tersebut. Semua kelihatan berpuas hati. Kesemua para penonton akhirnya berasa lega kerana dapat menaiki bas tersebut yang sepatutnya dijadualkan bergerak pada pukul 5 petang. Usamah amat bersyukur acara itu diadakan. Harapanku supaya acara ini diadakan sekali lagi ketika aku pula yang bakal lambat tiba di stesyen bas.