Monday, December 15, 2008

You are lucky my bro!

Para penumpang menunggu dengan penuh sabar

::11 Desember::Stesyen Bas Puduraya:: Beberapa minit sebelum pukul 5 petang, satu acara telah diadakan oleh sebuah syarikat bas tempatan. Acara menolak bas "Puduraya - Kulim" ini diadakan julung2 kalinya sempena memberi kekuatan kepada bas tersebut untuk bergerak sendiri tanpa ditolak lagi. Mereka yang terlibat mendapat sokongan dan perhatian ramai. Acara sebegini dapat memberi impak positif kepada semua penonton dan pengguna untuk menggunakan kenderaan awam yang disediakan oleh syarikat bas lain.


Adikku Usamah berasa lega


Lebih kurang 15minit kemudian, Ahmad Usamah akhirnya tiba ditempat kejadian. Abangnya iaitu aku telah tiba 10 minit lebih awal seperti para penonton lain. Usamah mengucapkan setinggi perhargaan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya pertandingan itu telah diadakan ketika kelambatannya ke stesyen bas tersebut. Acara diteruskan sehingga pukul 5.30 petang. Ianya tamat apabila bas sudah boleh bergerak sendiri tanpa ditolak oleh staff2 syarikat bas tersebut. Semua kelihatan berpuas hati. Kesemua para penonton akhirnya berasa lega kerana dapat menaiki bas tersebut yang sepatutnya dijadualkan bergerak pada pukul 5 petang. Usamah amat bersyukur acara itu diadakan. Harapanku supaya acara ini diadakan sekali lagi ketika aku pula yang bakal lambat tiba di stesyen bas.

2 comments:

Ahmad Usamah said...

ahaha..ntah ape2 je..kim salam kat pak cik bus tu.. ahaks..

Jai said...

abang dah kirim salam jarak jauh dah. haha