My Online Readings Follow me on Facebook Follow me on Linkedin Back to Home Follow me on Twitter

10 Hari Cuti (Part 2): Kemas Bilik Habis-habisan

Posted in
Akhirnya impian adik aku untuk turut masuk ke UIA telah tercapai. Dia dapat kos Engineering kat UIA matrik. Kalau tak, abahnye lebih prefer adik aku ambik kos engineering kat UiTM. Ntah naper ntah... Oleh kerana dia akan meninggalkan rumah dan memulakan hidup baru sebagai seorang mahasiswa, malam tu (pada awal keesokan pagi, kitorang bertolak ke K.L dgn abah) kitorang decided untuk kemas sumer barang kat bilik kitorang yang sedikit sebanyak macam tongkang pecah. (Bilik kongsi ni lebih cantik dan kemas masa aku ada dulu. hehe..) Yela, bilik orang bujang. Dah la mak pegi out station sampai 6 bulan. Balik rumah sekali dlm 1 - 2 minggu. Klu mak ada kat rumah, rajin jugak dia memekak suroh kemas bilik. Baru la adik aku tu terhegeh2 nak gerak. Tapi kali ni, kitorang decide nak kemas habis2an sebab tak tau lagi bila kitorang akan balik ke bilik yg tersayang ni. (tersayang??) Sumer barang2 yg tak boleh pakai, yg dah tak nak dipakai, tak reti nak pakai, sumer habis kiter buang. Kertas2 exam lama, postcard, kad raya, buku2 tulis yang dah berbau hapak, sawang2 yg menghiasi bilik bilik, sumer pon dibuang. Dalam kemas2, kitorang periksa sumer barang yg kitorang simpan sejak dari form 1 pon ada lagi. Tak reput2. :))

Antara barang2 yg masih stay kat bilik tu just gambar2 kitorang adik-beradik, cenderamata2 yg cukup banyak, buku2 teks...kitorang nak kumpul sumer buku teks yg kitorang guna sebanyak mungkin untuk dijadikan sebahagian dpr koleksi hidup kitorang. Baru cantik ruang buku kat rumah kitorang suatu hari nanti. ;) Buku2 teks kitorang dari form 3 sampai form 5 saja dah cukup untuk penuhkan separuh almari baju besar, tapi buat masa ni kitorang simpan sumer skali kat dlm kotak dulu. Semua cenderamata dan gambar2 yg berframe, gambar aku dan adik2 aku yg sekarang menetap kat asrama, kitorang susun dan lap elok2. Kitorang cari rak lain dan dijadikan hiasan kat bilik tu. Hmmm.. harap2 tak berhabuk. harap2 mak tolong lapkan masa ketidakbalikkan kitorang ke rumah.*

Masa aku tengah kemas sumer barang2 peribadi aku, aku terjumpa satu kotak kecil. Dah berhabuk, memang dah lama tak bukak. Aku ingatkan dah hilang, rupanya ada kat bawah katil yang sangat sesak dgn 1001 macam jenis benda. (benda sahaja, tiada mahkluk.) Aku rasa may be aku campak kotak tu ke bawah katil bila mak aku dgn tiba2 dia cakap nak buat spot check. Mati aku kalau kantoi dgn mak aku kalau masa sekolah menengah dulu! Aku bukak balik kotak dulu. Hmmm... banyak betul kenangan lama. Yang paling banyak mesti la surat2 dari peminat2 yang ramai dan kakak angkat kenalan masa aku suka berchating dulu, masa aku suka mengorat tak tentu pasal. Tak cukup sekolah sendiri, sekolah2 jiran pon ada hantar surat, dan call malam2 buta. Kini tak lagi, dah tak de banyak masa free macam dulu, dah tak suka buang masa macam dulu. Dah tak gatal sangat macam dulu. Pengalaman mematangkan aku. Klu time musim raya, mak aku marah2 sebab kad raya perempuan hantar sampai berlambak2. huh... masa tu mak aku mengamuk... sungguh menyeramkan.

"Huzaifah! Apa nak jadi dgn kau ni! Habis anak dara satu sekolah kau mengorat. Apasal tak ngorat sekali dgn makcik2 kat pasar Siti Khadijah tu?? Kau dah sabar nak kawin ke?! Yang kau pegi jaja no telepon dan alamat rumah tak tentu pasal kenape???!!"

Bila difikirkan balik, aku menyesal jugak buat keje tak senonoh macam tu. Untuk hiburkan hati aku, aku dah lukakan banyak hati orang lain. Awek aku dulu (masa cinta monyet) siap kena pulau dgn kawan2 lagi. Tertekan tu tak payah nak cakap la. Nasib baik pelajaran aku tak teruk terabai. Kalau tak, tak masuk la aku UIA yg megah ni.

Tabung2 kitorang pon sumer kitorang korek. Banyak jugak. Duit raya tak pernah dapat rendah dari RM100. Sumer kitorang masukkan dalam Tabung Haji. Klu nak diikutkan nafsu, habis duit tu aku kerjakan... beli henset baru... upgrade komputer... lesen kereta yg tak terbuat2. Tak pe la... untuk perbelanjaan sekarang, kiter kumpul duit lain. Ala... mak bagi setiap bulan lebih dari cukup. diut poket PTPTN pon dapat jgk.

OK... esok lusa aku criter lagi apa aku buat dalam 10 hari cuti kat rumah. Aku ada banyak program sem ni. Belum bukak sem pon dah kena datang. Macam2 induction course aku kena attend. K...

(Gambar family yg latest...)

*Aku ada 5 orang adik-beradik. Aku anak sulong kepada 4 orang adik lelaki. Aku lahir tahun 1986 skrg blajar tahun pertama kat UIA Gombak. Adik aku yg kedua akan masuk tahun pertama kat matrik UIA selama 2 tahun sebelum sambung ke UIA Gombak. Adik aku yang ketiga bakal ambik PMR tahun ni. Dia sekarang belajar kat maahad tahfiz dan sekarang duduk kat asrama. Dia akan pulang ke rumah sebanyak 2 hari dlm sebulan. Adik aku yg ke-4 darjah 3. Dia sekarang kat sekolah agama swasta. Buat masa ni dia duduk kat rumah ustaz sebab mak out station. Mak balik rumah, baru dia pon balik rumah. Adik aku yg terakhir baru berumur tiga tahun. Bila abah pergi kerja, adik aku akan dihantar ke rumah kanak2. Ntah aku nak panggil apa pon tak tau...

10 comments:

szakif said...

oit.. tahu la muka jambu, takyah la jaja satu sekolah! wahahh~ anyway bagus le kalo ko dah belajar drpd pengalaman, dh takyah nak mainkan hati pompuan lagi~ ok?

<< Jai >> said...

Iye... aku dah insaf... dah tak menggatal macam dulu... ;)

szakif said...

bagus la... *aku gelak sorang2 je ni~

zati said...

hihi.....
x sangka ya, hmmmm......mat romeo rupanya....

<< Jai >> said...

Hoho... rahsiaku ketika muda sudah di bocorkan... :)

szakif said...

owh jai sekang sudah tua kah? huhu~

deyanah said...

orang panggil nursery.. takkan tu pon tak tau wahai adeq jai..

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »

Mazlina said...

Tau x sy ngan kwn sy tergelak besar tau bace kisah cintan cintun awk time sekolah...hehe..
siap kene tgur ngan mak lg..kelakar le awk ni...huhu..

Jai said...

hahahaha.... sronok gak bile baca balik kisah2 lama sy. haha..

tahnx for ur comment mazlina.. ^^