Tuesday, January 26, 2010

Super Junior @ KL

POPULARITI muzik K-Pop (Korea Pop) tidak lagi asing pada halwa telinga peminat muzik tempatan. Malah ada segelintir pemuzik tempatan juga semakin berani mengetengahkan muzik berkenaan.

POPULARITI muzik K-Pop (Korea Pop) tidak lagi asing pada halwa telinga peminat muzik tempatan. Malah ada segelintir pemuzik tempatan juga semakin berani mengetengahkan muzik berkenaan.

Bagaimanapun, mungkin ia belum mencukupi apabila penyanyi kita cuba membawa pembaharuan dengan jalur muzik sedemikian. Oleh kerana itu kumpulan dari Korea, Super Junior dibawa khas untuk menghiburkan peminat tempatan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Mac depan.

Dibawa Redstar Presents, persembahan jelajah kedua Asia iaitu Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2 Live In Malaysia 2010 dapat mendekatkan lagi peminat muzik dengan genre berkenaan.

Meskipun kumpulan ini pernah melawat Malaysia sebagai artis jemputan Majlis Anugerah MTV Asia pada 2008, kehadiran kali ini berlandaskan status fenomena luar biasa mereka.

Mengimbau kembali sejarah kumpulan ini, Super Junior pernah mencipta fenomena muzik pop seluruh dunia. Selain menerima anugerah Album Terbaik dan Kumpulan Paling Popular di tanah air sendiri, pencapaian mereka dihargai pelbagai anugerah antarabangsa seperti MTV Asia Awards dan Anugerah Muzik Hiburan CCTV 2008.

Walaupun baru lima tahun ditubuhkan, kumpulan ini berjaya menghasilkan 19 album, termasuk pelbagai runut bunyi. Mereka turut mempunyai sub-kumpulan sendiri iaitu Super Junior-KRY, Super Junior-M dan Super Junior-Happy yang menampilkan pelbagai bahasa, termasuk Jepun dan Mandarin dengan penampilan genre muzik berbeza.

Kumpulan ini mensasarkan peminat di Jepun, China, Taiwan dan beberapa negara Asia lain dengan menampilkan vokal secara acapella dan harmoni. Menarik bukan? Jika dilihat daripada pencapaian Super Junior, pasti ramai tidak sabar-sabar mahu menyaksikan persembahan mereka di pentas.

Tiket persembahan boleh didapati pada harga RM138 hingga RM458 di kaunter jualan T-Hop Zone, Tingkat 6, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman web www.marctensia.com, www.axcess.com.my atau menghubungi talian hotline Marctensia: 03 20921199 dan talian hotline Axcess Ticketing: 03 77115000.

More info at:

http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=4451&Shared=Pending

2 comments:

Nadir said...

Aku teringin gile nak pergi konsert ni...tapi fikir balik tak berbaloi walau hampir nak membelinya...hahahah...Hankyung, Kangin & Kibum xde...xbest le...10 org je xberbaloi bagi aku...hahahha...lagipun pikir balik kalo dapt backstage pass xpe gak..dibuatnya duk nun jauh di sana baik xyah...hahahah

Jai said...

thanx for commenting. serious.. ko hampir nak memblinya ke nad? hahaha... jom nad. kiter cari network smata2 untuk dpt back stage pass. lol. klu dpt jgn lupe bgth aku tau.

p/s: agaknye hilmi blh dptkn backstage pass concert super junior x? xD