My Online Readings Follow me on Facebook Follow me on Linkedin Back to Home Follow me on Twitter

Ubat Selesema... -___-"

Posted in
Sekarang tengah slesema. dah nak dekat seminggu. hari tu pegi klinik fatimah, jb. aku beli ubat selesema. erm... erm... tanpa rujuk kepada doktor dahulu. huhu... skali staff kaunter tu bagi aku satu jenis ubat nie. Satu kotak RM10. Ade 10 tablet. Kena makan ubat tersebut 2 kali sehari, selepas makan. Nama ubat tersebut Ezede.


Source: Cropped from medical website.

Seperti yang di describe di atas, satu tablet bersamaan dengan 10mg loratadine. Pas tu aku baca2 lagi, ubat ni berada dalam kategori Antihistamines & Antiallergics. Er... aku bukannye allergy... tapi makan je la. dah habis RM10 kot aku beli ubat nie. Aku makan je la. Tapi memang sangat mangkuk. Dah habis tablet ni aku telan, tak sembuh2 jugak. Dah la mahal. Kalau aku mintak pandangan doktor kang, jadi RM25 lak kang. huhu... lepas aku baca2 kat internet, baru aku tau ubat ni lebih sesuai untuk cure allergies dan gatal2. Agaknye aku kena bagitau awek tu aku dapat flu ni sebab makan ABC sampai perut kembung, baru awek kaunter tu bagi ubat lain yang dia rasa sesuai kot. Rasa marah kat diri sendiri dan awek kat kaunter tu lak. huhu...


Pas tu Mak cik Ita belikan aku ubat yang lain lak. Fedac Tablet. Yang tak tahannye, Mak cik aku beli tablet ni RM1.60 je kat farmasi. Berat bersih per tablet pon macam lagi banyak. 2.5mg triprolidine HCl  dan 60mg pseudoephedrine per tablet. Berbeza dengan Ezete, lepas aku makan 1 tablet fedac, aku rasa sangat pening. Aku makan masa sahur td. Sampai sekarang pon kepala masih rasa sakit. Ngantok dah hilang dah. Walaupon ubat ni pon dalam kategori Antihistamines & Antiallergics, ubat ini jugak jatuh dalam ketegori Cough & Cold Preparations. . So aku harap kali ni aku telah membuat keputusan yang lebih tepat untuk makan ubat nie.... walaupon aku masih lagi slesema skrg. huhu... harap2 akan sembuh tak lama lagi. srooot.... (sound effect menarik hingus masuk ke dalam hildung. xD)


Source: Googled. lalu aku jumpa gambar dari blog awek ini

More info on Fedac

By the way, Selamat Hari Raya everyone. Kali ni tak sempat nak design kad. Lepas ni kena buat benda lain lak. huhu...


3 comments:

armouris said...

info tentang perut kembung di SIHAT SELALU - Masalah Perut Kembung

HiDaYah -the guidance- said...

jai selamat ari raya maaf zahir batin...

Jai said...

selamat hari raya angah... maaf zahir batin... huhu....