Tuesday, May 30, 2006

Malaysia VS Myteam

Arun Kumar (kiri) sedang mendapatkan bola...

Sedih betul aku bila mendengar refree gemuk tu tiup wisel lps habis second half. Sebelum game tamat, Fairuz Alias (dulu dia ni budak futsal, so dia main bola malam tu pon macam main futsal) memang serang giler2 kat kat tiang gol lawan. Tak silap aku tiga kali cubaan kot kat tiang gol tapi tak de rezeki daa... diorang tu cuai sangat... ada satu bola tu dah kena palang dah. Pon tak masuk jugak. Aku rasa si Fairuz tu mesti kena marah dek Sheeby. Ye la... dia tu bukannye striker... tapi aku paham... dah last2 minute... ketinggalan satu gol...

Myteam mendahului dgn 1 gol yang dihadiahkan oleh Arun Kumar (Dulu dia ni kerja kat hotel... pernah dijemput untuk join pasukan negeri dia. Aku tak ingat ar dia dok kat negeri mana...) Dia boleh kira best ar. Last2 dia injured. Dia diiringi sorakan dan tepukan gemuruh dari semua penonton. Best giler...

Antara kelemahan yg paling nyata aku nampak dalam pasukan Myteam ialah teamwork diorang kurang. Passing bola ntah apa2. Skill 2 dah ada.Dah la pemain2 Myteam badan sumer kecik2. Habis sumer injured. Kecewa jugak la. Jatuh sikit pon injured... Yang paling tak tahan, goal keeper Myteam, Amir Shariffudin. Dah la sepak bola stakat separuh padang je. Bila pemain kat bawah, baru dia sepak jauh2. Tangkap bola pon tak bersungguh. Bola first bukannye laju sangat. Tapi member aku criter (dia dok kat blakang gol Myteam masa 2 tu..) si Amir tergelincir masa sumbatan gol kedua dari pasukan kebangsaan Malaysia. Kalau Sheeby tak marah dia, aku tak puas hati.. cuai + kerek betol. Ala... Malaysia dapat 2 gol pon bukannye best sangat... dua2 gol pon hasil dari free kick. Ala...Myteam training 6 minggu je... Kalau Malaysia kalah dgn budak2 tu, malu siot...

Aku duduk kat area yang paling crowded dgn penyokong Myteam malam tu. Aku datang dgn Mahfuz n adik dia. Serious, Pasukan Malaysia kena Boo giler2 dari penonton yang majoriti jelas nyata menyokong Myteam. Asal muka pemain Malaysia kluar screen, asal kluar je muka coach Malaysia, habis sumer kena Boo... giler2 punya! Yang paling tak tahan masa kad merah dilayangkan kpd kedua2 pasukan. Masa ketua pasukan Myteam, Hasmizan Kamarodin kena kad merah, pergh...giler2 punya refree tu kena Boo... ala bukannya dia tolak si Zaquan tu (Ketua pasukan Malaysia) kuat sangat. Si Zaquan tu pulak kena kad kuning. Tak lama pas tu, penonton Boo makin kuat. Si Zaquan tu pulak kena kad merah (kad kuning kedua). Rasakan! Berani kau menganggu pasukan Myteam kami! Lps Myteam kena kad merah, Myteam tukarkan penyerangnye dgn pemain pertahanan. Sampai habis game Myteam tak de striker. (Arun dan Fairus bukan striker)

Aku xnak komen banyak pasal pasukan Malaysia. Yang paling jelas, FAM hantar pemain majoriti Bawah 20 Tahun, bersama 3 pemain senior. Kalau nak diikutkan, team Bawah 20 Tahun tu lagi hebat dari team senior. Corak permainan diorang berbeza dari team senior diorang. So...memang tamparan hebat kalau diorang masih kalah walaupon dah hantar best player diorang. Diorang memang banyak melakukan serangan sebab diorang buat formasi menyerang. Myteam pulak buat formasi pertahanan. Pertahanan Myteam memang dikira agak mantap. Braper banyak serangan Malaysia buat, tak gol2 jugak. Malaysia pon banyak lepaskan peluang keemasan... hmmm... tak de apa2 yang nak dibanggakan dgn 2 gol free kick...

Aku dengar Myteam akan dijadikan kelab bola kebangsaan Malaysia. Ala...macam Manchester United dan Barcelona... Hmmm... aku rasa setahun je... bagi budak2 Myteam fit sikit, train sikit, confirm boleh kalahkan pasukan kebangsaan Malaysia... Malaysia 2, Myteam 1.

12 comments:

Chika Chika said...

suka tgk fairuz tu main. Dia kecik dan licik... KAlah pon, tapi puas ati a dorang perform

Jai said...

hehe...sape tak suka... Dia betul2 perform. Biar la orang atas nak marah, asalkan maruah kita terbela n terpelihara.

Biar la sampai ke titisan darah terakhir, kelak kita tumbang sebagai orang yang berguna dan berjasa. (apasal tiber2 aku mengayat semacam nih...)

Unknown said...

owh... mamat ni sokong myteam rupenye.. pandai TV3 olah sane olah sini, sunting sane sunting sini maka mewujudkan rase simpati kat bebudak myteam tu... whahahah~ fitnah bley~ tapi ntah nape aku tak masuk sangat ngan dak2 myteam... poyo je lebih bley~ fitnah lagi bley~ muahahha~ tapi kan jai, aku gelak nak mampus tengok komenan ko kat blog aku... sekali ko komen, habis ko SOUND baeeeeeeekk punye... muahahha~ hm~ back to the topic, layan MU lagi best.. bali nak taraf dan mutu permainan bola sepak malaysia nak sampai peringkat antarabangsa? lawan nga singapore nan kecik tu pun kalah.... hm~ sangat pelik~

Jai said...

Ala...tu sebab Malaysia tak mantap. Aku rasa Myteam boleh kalahkan Malaysia. All of them have a very big potential waiting to be developed in this arena.

Err..ko cakap fitnah? scene mana 2? aku ada terlepas apa2 ke?

Chika Chika said...

ha ah la.. apsal reply kpd komen sy tu jd cam over-emotional. ahaha... tak pe la. myteam quite good wut. in only few months je kan dia berlatih, apa2 kekurangan sgt sgt boleh dimaafkan. Msia shud perform triple better than that. Lawan myteam pon separoh napas. AHAHA! *baik ke ckp camni?*

Jai said...

BAik aje... uiks? over-emotional ke? than i better check back...

Unknown said...

hm~ ape kate kalau setiap pasukan liga perdana dan liga super kat malaysia ni ditayangkan camne diorang berlatih. kompem diorang akan tunjuk berlatih sungguh2, coach siap marah2 lagi... hm~ maybe ini boleh membantu pasal kekadang biase la manusia kalau takde publisiti maka "semangat" tu kurang sikit.... haha~ masalahnya nak ke mane2 stesen tv buat camtu? buat rugi sajor... takpun letak la mamat2 jambu main bola sepak, kompem rating naik punye la! haha~ :D

Anonymous said...

Watever pon.. myteam mmg best. PAsukan FAM poyo nak mampos!! Peminat pasukan FAM pon poyo gak! Kutuk myteam abis-abisan. Last2 diorang gigit jari.

Chika Chika said...

ahahah... din dah kuar taring dah! go, din go! mari kita support myteam! uuulala... mungkin btol jugak. meletakkan lebih byk jejaka ganteng akan menaikkan martabat bola sepak. satu, tarik jutaan peminat wanita, dan kedua, lelaki ganteng boleh naikkan seri padang. Like wut zaquan adha did! ahahaha!

Jai said...

Uiks?! perlu ke jejaka yang ganteng untuk menaikkan martabat bola sepak? Nanti korang bukannye tengok bola... mesti la asyik ushar si pemain aje...

Hehe... klu aku main bola, ramai ke yg berminat untuk menonton? wahaha. :D tiber....

Unknown said...

jai... sila jangan toooooooottt~ muahaahaha~

ganteng2 ko pun, takde yang nak kat ko, nape? tohmah ok~

*nape mesti ade word verification kat sini? buang mase sajor~

Anonymous said...

Hak ala!
dah kalah buat cara kalah ar!
asal myteam bodo sangat nak lawan malaysia
memang sengaja nak jatuhkan malaysia!
biarla malaysia kalah!
negara lain lagi teruk!
takde pape pon!
tv3 sebenarnye nak ambik alih FAM tuh
konon2 nak kritik malaysia!
lepas tuh dah kalah nak kutuk2 malaysia!
bodo nak mampos!
tu kan negara ko jugak!
haha kutuk tanah air sendiri!
lepas tu liga malaysia mana ada bagi sokongan!
mana laa nak menang!
bile melaysia lawan contoh tiger cup
ada penyokong malaysia datang?
takde kan!
yang salahnye korang la bodo!
dah kalah tu kalah je la!
tak yah ar nak kritik malaysia bangang!
ape2 pon penyokong myteam dengan pengurusan myteam kalah!
padan muke!
ada hati nak lawan skuad kebangsaan!
hahaha!
lawan budak tahun 3 jerklaa!!
haha
myteam sucks!!
kalau tak puas hati bak datang!
aku anak jati malaysia!!
korang ape anak jahanam malaysia!!