Tuesday, August 25, 2009

Proposed Date: 2nd July 2010

Baru2 nie some bloggers ade post beberapa trailers yang mereka nanti2 untuk direleasekan, samada mereka mahu tonton di cinema ataupon download dari internet. Jadi, mari aku tunjuk satu trailer ini pulak. Kalau some novel readers are waiting for "Percy Jackson & the Olympians", kami animation lovers sedang menunggu kemunculan movie "The Last Airbender". Nampak je kepala botak budak nie, aku dah naik teruja nak tgk movie nie. Mari2 kita lihat trailer movie ini:

Ok. Sekarang anda semua dah tahu kemunculan movie ini pada tahun 2nd July 2010 (Hey! It's on my birthday!) . "The last Airbender". Sape yang pernah tengok cartoon ini pasti tahu bahawa ianya sangat best. Kami menanti2kan setiap episodenya setiap minggu. Aku dah tengok dari season 1 sampai season 3. Memang best. Maka muncul lah isu ini. M. Night Shyamalan (The Happening, Lady in the Water, The Village, Signs) yang menjadi director movie ini. Sesetengah movienya bagus, sesetengah movienya adalah tak memuaskan. Animasi "Avatar: The Last Airbender" mempunyai reputasi yang sangat bagus. Punyai peminat yang sangat ramai. Jika penonton tidak berpuas hati dengan movie ini, dia pasti akan dikritik dengan sangat dasyat sekali. At least, aku sendiri akan kutuk dia kaw2 dalam blog aku nanti. Jadi kita tunggu kemunculan "The Last Airbender" di pawagam. Sebelum aku tamatkan post ini, tontonilah jugak trailer ini. "Avatar: The Last Airbender", which is the original/cartoon version.

Hey Mr! Do you have the experience to make this movie very very very very very awesome?? The movie better be good! Or you'll dead! XD

By the way, happy fasting to all Muslims. May this Ramadhan is a better Ramadhan for each one of you...

Tuesday, August 18, 2009

Kisah Minggu Lepas

OK. Aku nak update blog laju-laju.

Minggu lepas ade 3rd National Internship Challenge 2009. Saingan sangat sengit. UIA hanya hantar satu team. Universiti lain hantar 2 - 3 team. So membuatkan aku sangat respect kepada team UIA yang berjaya dapat tempat pertama dulu. So Team kami 'Vibration' tak dapat masuk Top 3. Mula-mula asyik down memanjang. Sekarang dah ok sikit. Dah pasrah. Biasa la tu. Menang kalah adat pertandingan. Lagipun kami dapat hadiah kategori "Most Collected Survey Forms". Boleh tahan sedap gak bunyinye. Tahniah Vibration. Kalau ade rezeki kita berusaha lagi.

Tapi ade yang menang sebab main tipu. Sounds to direct isn't it? Well, that's the fact. Kalau aku ditempat diorang, aku tak kan berasa gembira dengan kemenangan aku. Jobmarket pon satu. Sepatutnya perlu lebih peka, dan pupuk kan modul-modul kejujuran dalam pengisian aktiviti anda. Ataupon, anda memang mahu menyampaikan mesej kepada kami bahawa "Kalau tak main tipu, korang tak kan menang." ataupon "Nak jadi usahawan yang berjaya tak dapat elak dari corruptionn dan sebagainya." Begitu ke?

By the way, setelah menitik beratkan dari semua aspek, aku berpendapat perjalanan Jobmarket Malaysia Sdn. bhd. masih jauh berdekad sebelum berjaya meraih status 'Professional'. Jadi aku bagi satisfaction rate aku terhadap Jobmarket sebanyak 3/5.

Akhir kata, tahniah buat semua pemenang 3rd National Level Internship Challenge 2009. Semoga Jobmarket juga akan jadi lebih bagus dan lebih baik pada masa akan datang.

Bergambar bersama peserta kumpulan Great Team Organization (GTO) dari Universiti Malaya Pahang (UMP)

Dato' Mukhriz Mahathir yang merasmikan majlis pembukaan pada pagi itu sedang beramah mesra dengan para peserta

And verily my champions, that our real journey is not yet even started. The real working environment is much tougher than this. Today, we might be at the bottom. You all just wait and see, we will be at the top again someday. Thanks for all your support and commitment towards the internship program. I will never ever forget the experiences that we gain together.

Tuesday, August 11, 2009

OMG! It's Damn Tomorrow!

Tomorrow is a very important date to me.

It's from 12th August to 14th August 2009.

"Why you so nervous Jai?"

"OMG! Of course I am damn nervous. We are representing IIUM you moron! Dr.Aldila from ALUMNI and the rector himself are putting high expectation on us."

Dear readers, please pray for the success of IIUM team. We are facing many challenging teams from the other universities, such as UTP, UiTM, MMU and many more. In addition, mempertahankan takhta is not an easy task. CHAIYOK2 Jai! I need all the support that I can get. Hait!

Click this for more info

Thursday, July 30, 2009

International Career Carnival 2009

Saya baru je balik dari Mid Valley. Tolong angkat barang dan buat ape-ape yang patut. Tadi ade sedikit discussion dan rehearsal.Saya jadi volunteer. Tolong Dr. Aldila uruskan pelajar2 yang akan di interview esok.

Sila datang beramai2. Grab the opportunity, disamping meramaikan majlis di Mid Valley esok. Let's support our university's effort.

Saturday, July 25, 2009

Tagged by Max. Are you mean and sarcastic?

Objective: Are you mean and sarcastic? Have you ever answered people ‘meanly’ and sarcastically? If yes, show us how mean and sarcastic you are! If no, then you should try at least once in your life with this note.

Rule: Respond to these as sarcastic/mean as you could. (YR stands for Your Response.)

Dear readers, I apologize in advance if you found my responds are offensive. Tak terniat pon...

If an annoying person says:
1) I am cute.
YR: Nope...

2) I am the most beautiful/handsome.
YR: Please la... tengok cermin...

3) See, everyone likes me because I am rich and famous!
YR: Astaghfirullahal'azim...

4) Unlike you, I am perfectly multi-skilled. I do everything very well from sports to academic thingy.
YR: Riak dan takabbur. Itu je la yang kau tahu...

5) You don’t know me? I am Bruneian artist; I have albums.

YR: I don't care...

If an annoying hot woman/man says:
1) I know you like me.
YR: Eh. Awak, tolong jangan perasan... =)

2) What are you looking at? I am not interested in you!
YR: Orang2 macam kau nie, untuk terima jelingan mata aku pon tak layak.

3) Sorry, you are nice but seriously not my type!
YR: Eh? Seriously? Since when you are even my type?

4) UNLESS you are rich, then don’t dream that I will get a ride with you!
YR: Eh. You know something? You won't even have a chance to ride my bicycle. Ape lagi kalau kau nak naik BMW 5 series aku...

5) Look, I am pretty/handsome; I can make people hate you!
YR: Look, I am more handsome than you; I can make crowds chasing you down n beat you to death!

If an annoying extremely ugly woman/man says:
1) I think you and I can make a good couple.
YR: You are not even my type.

2) May I have your cell phone? Please please please?
YR: Nak buat ape? Kau ni sape?

3) Hi, wanna hang out? I want you to be with me the whole night.
YR: Dah ade teman...

4) What do you like about me?
YR: Nothing... awak tu biasa je...

5) I want you to say that I am pretty/handsome and you like me sooooo much!
YR: Aku rasa nak muntah. Aku kena pegi bilik air sekarang. Seriously...

If your enemy says:
1) Hi bitch!
YR: Are you referring to yourself?

2) You smell like shit!
YR: hehe... baik kau pegi jumpa doktor hidung sekarang...

3) What an ugly creature you are!
YR: Mulut kau memang bab*

4) I am going to kick your ass in this race for sure!
YR: You'll do that, I'll hire a group of mobsters to beat you down...


If your annoying ex says:
1) I still love you...
YR: Its normal. Everyone loves me. So...?

2) I know you still love me!
YR: Seriously, I'm not...

3) Please, go back with me honey/hubby.
YR: Impossible...

4) Please call me...
YR: Give me ten good reasons.

5) The break up hurt me so much.
YR: So...?

If an annoying salesperson says:
1) Wow! You are so pretty/handsome!
YR: Ahh... that script again...

2) Seriously, I used this product and I've changed!
YR: What a touching story...

3) We are giving a discount up to 50%!
YR: I only going to take it for free...

4) This one is good sir/madam. Buy sir/madam, buy.
YR: Do you hear what I just said, I only going to take it for free...


***

Done.


Conclusion: It sound sure offensive if I talk to someone that annoys me... hahaha.. I even annoy myself sometime... Luckily, none of my friends annoy me. Dan saya sayang anda semua sangat2. (^^,)v

Who am I going to tag? Tak tahu lah. Kalau korang rasa tag ni menarik, sila lah jawab. hehehe...




Saturday, July 18, 2009

Tribute To Kak Sha

First of all, I want to apologize for attributing this post to you without your permission.

I know if I ask your permission, you will say, "Ish... xpayah la Jai. Nak buat ape tribute2 nie". Of course, if you are still around to stop me...

Kau Sahabat Kau Teman

----------

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati

----------

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami

Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati

----------

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan

Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

----------

( korus )

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada di sisi

----------

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami

----------

( korus )
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solehin

Ku sahabatku kau teman sejati

Dah enam tahun dah Jai kenal akak. Nampaknye, angka tu berhenti disitu je lah ye. 6 tahun. Lepas habis je IPTIM masa kat matrik dulu, akak layan Jai macam adik akak sendiri. Akak sentiasa ada untuk Jai masa Jai perlukan akak. Hehe... Tapi Jai mengaku, Jai memang sgt aktif join program masa kat matrik dulu. So end up Jai yang xdapat nak luangkan sangat masa Jai dengan akak.

Tak lama kemudian, Yassin come and join us. Dia kawan rapat Jai. Ape yang Jai nak, dia nak jugak. hahaha. Program ape yang Jai join, mesti Yassin pon nak join jugak. Sabo je la. hahaha. So, akak akhirnya layan kami berdua macam adik akak sendiri. Since that, akak nak tau x? Kami sentiasa bersaing nak dapat perhatian akak tau. hahaha. Jai rasa jelous tau kalau akak bagi lebih perhatian n lebih mesra dgn Yassin... Jai dapat rasa kak... Jai baca mesej2 akak dalam henset Yassin... Jai nampak mcmn akak sangat hepi setiap kali brjumpa dengan Yassin. Jai pulak xdapat mesej2 dari akak macam Yassin dapat. Dan expression akak jumpa Jai tak segembira kalau akak jumpa Yassin. Mmm.. Naper ye kak?

Masa tu, sy dah masuk tahun ke dua kat UIA Gombak. Atas beberapa sebab tertentu, Jai jadi rengang dengan akak. Pada masa itu, Jai dapat rasa betapa jai penting bagi akak. Pada masa tu, akak menangis dan cakap kat Jai "Please return back my former brother". Akak buat Jai rasa sangat2 terharu time tu. The fear of losing us at that time finally forced you to spill it out. Akak ade cancer SLE. and it is incurable. Jai rasa macam nak mati masa dengar akak ade cancer time tu...

Selepas itu, tak banyak pon perkembangan yang berlaku... Kita masih agak rengang. Lebih kurang awal tahun nie, 2009. Jai mula kembali kerap mencari akak... I need all the support I can get at that time. Dan Jai percaya Jai masih ade akak. Tapi... Jai rasa akak macam nak mengelakkan diri dari Jai. Akak cakap akak sentiasa sibuk. Belum ada masa lagi untuk Jai. Oleh itu, Jai biarkan akak dgn life akak terlebih dahulu, trying to be an understanding brother. Dan Jai nak akak tahu, tiap2 hari Jai tunggu akak contact Jai, just at least Jai nak tau akak ade terlintas untuk tanya khabar Jai atau tak.

Lepas sekian lama tak dengar khabar akak, tibe2 pada pagi tu Jai dapat that sad news. Akak, akak fikir ape Jai rasa time tu? The last time I saw you was 3 months ago. And the next time I saw you...

Akak ingat, dengan menjauhkan diri or tak bagitahu ape yang terjadi pada diri akak, akak ingat semua orang akan lega n senang hati ke? I'm not kak... I'm not... I am deeply missing you... You left me at the time when I needed you the most...

Well....

At least, I have a chance to lunch with you for the last time while there are others who don't...

At least, I have a chance to send you back home once while there are others who don't...

At least, I have a chance to ask for your forgiveness in my last message that I send to you while there are others who don't...

Thank you...

Semoga akak, Safawati Rustamin, (23rd March 1985 - 16th July 2009) sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau...

Dari Profile Friendster beliau

Gambar ni sy ambik senyap2 masa Kak Sha tertido dlm LRT. Hehe... Kak Sha cakap sy gile... ;p

Tiket bas Rapid KL nie, sampai sekarang sy simpan lagi. Sebab ade tarikh lahir akak kat situ. Selama 6 tahun nie, sy tak pernah terlepas nak wish birthday akak kan?.... Ade la jugak certain years yang sy terlambat wish...

Download Link: Kau Sahabat Kau Teman

For more information on SLE, click here

Thursday, July 02, 2009

Awarded by Atiqah

award nih diberikan oleh Nurul Atiqah. Thanks tqa... =)

>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..

:: Tqa ni ahli Kelab AKHI, kirenye dia nie jadi apprentice aku lah. huhu..

:: Tqa xmakan daging! Pelik betol. Sgt suke pizza. Tapi tu pon xnak gak makan pizza ade daging. Kata sgt suke pizza. adoyai. Hahaha...

:: Tqa ni penyegan orangye. Tapi boleh gile2 la jugak. ;D

:: Seorang yang mendengar nasihat. (setakat nie la. Harap2nye akan sentiasa berterusan. haha.. ;p)

:: She needs to grow up. She has a lot to learn about life.

>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya.. (banyaknye)

|> Sangat suka semua yang berkaitan dgn teknologi. That includes computer and gadgets.

|> Pelupa

|> Value friendship

|> Humanitarian soul

|> Sangat suka kucing

|> Suka benda2 manis. Big Apple is currently top in my list. ^^

|> Loves calmness

Ape lagi ye.. ade lagi 3 nie...

|> Hari ni hari lahir aku.

|> Jadi umurku sekarang genap 23 tahun

|> Anak sulong kepada 5 orang adik-beradik lelaki. and no girls yet.

>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

Adlan - Rakan seperjuangan

Usamah - He carries the same blood as mine.

Dik Nor - Adik angkat aku sejak aku tingkatan 5

Ayu - Her sister. She's married

Roha - Kami sekepala

Monday, June 29, 2009

Movie Review - Transformers: Revenge of the Fallen

Hehe... aku pon tak tau nak komen ape pasal movie nie. Rasanya semua org berpuas hati dengan movie nie. Dan rasanya most of you already went to cinema to watch this incredible movie.

Ramai kawan2 cakap, "Serious wei. Aku asyik tak de chance nak tgk Transformers kat wayang. Tiket asyik habis je."

Aku pon jawab, "Aku dah tengok dah. Best gile wei. Susah aku nk terangkn kat ko. Best! Dah la dua jam stengah diorang buat movie tu. huhu..." Tertekan diorg. Hahaha... Tak pe2. Rezeki korang pasti akan datangnye. Habis cikai download kat internet. Tapi perasaan dia xsama la dgn tengok kat wayang. Transformers kot~.

So basically, movie nie mengexplain dengan lagi dalam ape itu transformers, asal-usul, misi diorg dan macam2 lagi. Aku jugak dapat tahu melalui movie nie yang Optimus Prime bukan calang2 transformers seperti kebanyakan transformers yang lain. He is a legend. Satu2nya golongan prime yang masih hidup selepas berkurun lamanya selain daripada the Fallen. Mantap! Golongan prime nie mcmn nak describe ye... Kiranya macam golongan atasan diraja la gitu. Asal2nya ade 7 kesemuanya. Lagi satu part yang best, Optimus Prime can fly! Cayalah! Muahaha. Habis aku spoilkan mood korang yang belom tengok. Hahaha...

Hai... best gile la movie nie. Buat masa nie cume satu je pendapat aku. Masa tengok Transformers yang nombor 1 dulu, kekuatan Megatron dgn Optimus Prime nampak equal. Optimus hampir kalah lagi kpd Megatron. Berbeza dgn Transformers yang kali ini, 3 Decepticons bergabung tenaga, baru dapat bunuh Optimus Prime. (Yup, Optimus Prime mati beb) Punya la kuat Optimus Prime. Dan punya la kuat gak Optimus Prime tu, nak dijadikan cerita, hanya dia je yang boleh kalahkan the Fallen. The Fallen tu... kekuatan dia memang imba habisla. Siap ade telekenesis power lagi. huhuhu... Best2.

Satu lagi, yang korang tengok dalam trailer tu, yang ade satu transformer tayar besar tu, yang macam gergasi tu, tu cume intro je baru. Kacang gile Optimus kalahkan ngokngek tu. Gile imba Optimus Prime dimataku ketika itu. huhu...

Ops, sebelum sy terlupa. Nah. New song from Linkin Park - New Divide

So, anyone of you already watched for the second time?

Saturday, June 13, 2009

A Precious Half Day with Mdm Martinelli Hashim

Pada pukul 8.15am, aku dan Adha tiba di Mini Audi. Masih belum ade orang disitu. Nampak macam tak de event pon. Jadi aku confirmkan semula dgn Ikhwan.

"Salam Ikhwan. Venue talk pagi nie kat mane?"

"Kat edu LT 2. Tlg bg tau yg lain." Ikhwan membalas. Jadi kami terus ke EDU LT 2.

**********

Pukul 9 lebih - Dari atas, aku mula nampak Madam Martinelli masuk ke dalam LT. Muka beliau adalah di antara muka yang aku sentiasa ingin lihat dan rindu2kan. Dirinya penuh dengan sifat keibuan.

Hampir 2 tahun aku jarang mendekati program2 CENSERVE. Pada saat itu, jauh dalam lubuk hatiku, aku terdetik, "Agaknye madam ingat lagi ke tak kat aku nie... Bertuahnye klu dia still ingat kat aku..."

Beliau naik ke pentas setelah dijemput untuk untuk memberikan talk beliau tentang "A Training Guide for Volunteer Mentors". Perkara pertama yg diminta ialah untuk memenuhkan ruang2 kosong dihadapan. Aku terus segera bangun untuk ke hadapan.

Tiba2, satu suara memanggilku, “Jai?”

“Jai? Lamanye tak nampak Jai. Dah grad ke?” Madam Martinelli yang panggil dari atas pentas. Beliau masih ingat saya. T_____T

Aku hanya mampu menjawab beberapa patah sahaja ketika itu. “Belum lagi…” Perasaan bersalah terkinja-kinja datang ke dalam hati… Ke mana aku menghilang selama ini…

Beliau memberikan senyuman ikhlas kepadaku. Senyuman beliau tidak pernah gagal membuatkan ku rasa tersentuh di hati. “Jai ni orang lama AKHI ni. Dah lama tak nampak dia. Madam ingatkan dia dah grad. Nak tahu perkembangan dia cuma ikut blog dia je...” Katanya dikalayak ramai. Perasaan bersalah makin masuk laju2 ke dalam hati. “Jai mintak maaf madam… Jai mintak maaf…” kata hatiku…

**********

CHALLENGES

Madam Martinelli mulakan ucapannya dengan menyentuh tentang commitment terlebih dahulu.

Commitment = Pledge or bind to a course, intention, policy or use

Dalam berbelas ribu pelajar UIA, berapa ramai yang menyertai kelab2 khidmat masyarakat UIA? Dan di antara mereka yang menyertai kelab2 ini, berapa ramai yang boleh kekal memberikan komitmen dalam melakukan program khidmat masyarakat dan dakwah ini?

Terdapat 4 cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang berjuang atas jalan yang benar. Dan anak-anak generasi mendatang akan menghadapi cabaran yg lebih kuat daripada kita:

  • Persekitaran

  • Penyakit

  • Bencana Alam

  • Hedonisme

Beliau menerangkan bahawa 3 cabaran yang pertama adalah takdir dan ketentuan Allah S.W.T. Tetapi, budaya hedonisme boleh dicegah. Budaya hedonisme adalah taktik halus yang digunakan oleh mereka yang mahu menghancurkan umat Islam.

Hedonism = The ethical theory that pleasure (in the sense of the satisfaction of desires) is the highest good and proper aim of human life.

**********

Sedang orang-orang Melayu Islam asyik berhibur (mat rempit, dadah etc), orang-orang Yahudi sedang giat mempraktikkan sistem mentoring yang sangat rapi dan terancang. Singapura sekarang turut mempraktikkan sistem tersebut secara serius. Pentingnya mentoring bagi mereka, sehinggakan mereka telah mewujudkan Minister Mentor. Sistem mentoring mereka sangat tersusun, sehingga diamalkan pada setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

**********

Madam Martinelli kemudian menimbulkan satu persoalan:

WHY MENTORING?

  • Mentoring is among the effective tool to reduce social and crime rate

  • Mentoring is a possible mind setting building tool to achieve “Gerakan Perubahan Minda”

Beliau bercerita sejak dari kecil lagi beliau mahu menjadi an extraordinary person. Sejak dari tingkatan 2, beliau berani mencabar undang-undang sekular sekolah dengan memakai seluar panjang dan tudung, sedangkan sekolah tersebut melarang pemakaian demikian.

Ketika di Universiti Malaya, beliau turut melakukan gerakan dalam menegakkan agama Islam dan dakwah. Apabila UIAM ditubuhkan pada tahun 1983, beliau sangat gembira kerana beliau telah menjumpai saluran yang beliau impi-impikan sejak dahulu lagi dalam usaha untuk melakukan perubahan minda terhadap generasi2 mendatang. Beliau mahu semua anak didik dan mentor2nya mempunyai fikiran seperti beliau, untuk menjadi extraordinary person dan berani melakukan gerakan dalam memperjuangkan agama.

**********

WHAT IS MENTORING?

Mentoring is a matter of trust. Mentoring is a structured and trusting relationship that brings young people together with caring individuals who offer guidance, support and encouragement… (aku xsempat nak salin habis definasi beliau terhadap mentor... -,-")

**********

HOW?

Mengikut pemahamanku, sistem mentoring yang sebenar-benarnya adalah seperti sistem pyramid yang diamalkan dalam MLM (Multi-level Marketing system).

Mereka yang dilantik menjadi mentor akan melatih beberapa orang mentee. Bila para mentee sudah bersedia, mereka akan menjadi mentor kepada mentee2 baru. Orang-orang Yahudi dan Kerajaan Singapura sedang mempraktikkan sistem ini. Dalam jangka masa panjang, kesan sistem ini pasti akan dapat dilihat. Orang-orang Yahudi yang hebat sekarang adalah kesan daripada sistem mentoring mereka yang sangat berkesan. Melalui sistem mentoring seperti ini, visi “Pergerakan Perubahan Minda” boleh dicapai.

Pada pandangan aku, mentoring adalah satu kaedah yang sangat effektif. Bila tiba masanya, selepas satu jangka masa yang panjang, para mahasiswa yang bernaung di bawah CENSERVE, termasuk semua yang pernah menjadi mentor dan mentee sebelum ini, boleh berkumpul dan melakukan satu gerakan untuk membentuk rakyat yang lebih baik dan bertamadun.

**********

WHAT IT TAKES TO BE A MENTOR?

  • Sincere desire

  • Respect young people

  • Listen actively

  • Empathize

  • See solution and opportunities

  • Be flexible and open

Madam Martinelli berkata, yang paling penting ialah mempunyai kesedaran tanggungjawab terhadap Allah untuk mendidik/mengubah/masyarakat/generasi mendatang. Bila kesedaran itu ada, skill-skill yang selebihnya akan datang dengan sendiri. Dan antara skill semulajadi tersebut ialah dengan menyayangi mereka.

**********

REQUIRED POWER OF A MENTOR

  • Touch

  • Looking (eye-contact)

Sentuhan dan pandangan boleh merendahkan ego kedua-dua pihak, samada mentor ataupun mentee

  • Gift

Pemberian hadiah dari seorang mentor kepada mentee adalah sangat penting untuk meyakinkan mentee bahawa mereka boleh mempercayai kita

  • Experience

Sentiasa berhubung dengan mentee untuk mendapatkan pengalaman dan memahami mereka. Salah satu cara ialah dengan sentiasa hadir dalam setiap mentoring program.

  • Reading

Mentor sentiasa perlu ada pengetahuan2 tambahan dalam minda mereka. Mentor yang banyak membaca juga boleh menyarankan mentee2 membaca bahan bacaan yang bagus seperti blog dan sebagainya.

**********

Sebagai penutup, Madam Martinelli menyarankan bahawa setiap ahli2 CENSERVE perlu ada sifat2 Rasulullah S.A.W.:

  • Siddiq

  • Amanah

  • Tabligh

  • Fathanah

Akhir sekali, selepas anda semua membaca post ini, mari semak kembali.

  • Does it improve your attitude?

  • Does it improve your skill?

  • Does it improve your knowledge?

**********

Bagi aku, kepada siapa yang tak datang pada pagi 13 Jun itu adalah sangat rugi. Mempunyai peluang untuk mendengar semua ini dari mulut Madam Martinelli Hashim adalah sangat bermakna bagiku.

Persoalan yang terakhir:

ARE YOU WITH US TO BEAR THE RESPONSBILITY AND BE A GOOD MENTOR?

Jika anda telah membaca post ini, anda adalah orang2 yang terpilih untuk menjadi mentor yang berjaya. Be responsible and be commitment towards your mentees and your club. Sekian…

Aku sempat bergambar dengan Madam sebelum beliau pulang... ^^

          Thursday, June 11, 2009

          Let's summarize

          Dah banyak sangat event yang berlaku dalam hidupku baru2 ini. Semuanya menarik2. Tak sempat aku nak cerita semua sekali secara detail. Jadi, mari kita summarize kan semua skali event2 ini.

          Big Apple Party

          Untuk tidak mahu membazirkan discount voucher dari Big Apple. Tarikh last dia 31 June. Aku buat party Big Apple tu 3o June. I love Big Apple!! Big Apple love me too! haha!

          AKHI Quranic Camp

          AKHI Quranic Camp mengingatkan aku pada kenangan lama. Time tu aku sangat komited pada AKHI Project. Masa tu ade abang2 dan kakak2 yang sgt sempoi dan hebat2 belaka. Really miss the old times!

          Student ni nama dia Zulaika. Dah tingkatan 2. tapi masih lagi mengikuti program2 Kelab AKHI. Mereka semua ialah mentee2 aku ketika mereka Darjah 4 dan 5. Kedatangan pelajar2 ini mungkin telah mendatangkan sedikit masalah kepada para2 komittee, but looking at the bright sight, aku sangat kagum dengan semangat adik2 tingkatan dua nie. Mereka datang ke program AKHI dengan rela hati untuk belajar agama. Adakah aku akan serajin dia jika aku berada di tempat dia? Yang paling mengharukan, mereka semua masih mengingati aku. "Abang Jai! Dah lama abg Jai menghilang!" T_________T Mintak maaf adik2ku...

          Movie: Terminator Salvation

          Best Gile! Hero tuh nama dia Christian Bale. Berlakon dalam Batman best, berlakon dalam Terminator bapak lagi best!

          Mesej dalam crite nie ialah "semua orang berhak mendapat peluang ke-dua" dan "machine will never surpass human mind." huhu...

          Birthday Party!

          Dah x ingat dah brape haribulan masa tuh. tapi happening gile. sebab ramai yg datang. Sambut birthday 5 orang skali gus. Dayah, Adlan, Syarah, Fitrah dan Najwa. Best! aku tak ketinggalan untuk belikan birthday present untuk setiap orang. Happy Birthday to all of you!

          Monday, June 08, 2009

          Tagged by Adlan

          Dah lama dah tak de orang nak tag aku. Thanks Adlan. Now I have a reason to share my opinion and stories to all my readers.

          1) Bekas kekasih saya adalah…

          Bekas kekasih... Bekas kekasih... Kenapa la intro soalan dia macam nie... Boleh skip tak? =D

          .

          2) Saya sedang mendengar…

          Lagu Yuna - Dan Sebenarnya

          .

          3) Mungkin saya patut…

          Berehat sekarang dan berkerja dengan lebih produktif pada sebelah petang nanti. haha... ;p

          .

          4) Saya suka..

          Ketenangan. Apa2 yang boleh buat aku tenang, aku akan sayang. Kalau kamu boleh buat aku tenang, aku akan sayang kamu.

          .

          5) Sahabat-sahabat saya…

          sume baik2 hati, comel2... saya sayangggg mereka... and i'm very proud to be friend with 'em (Ini... ini jawapan dari blog Angah nieh!)

          .

          6) Saya tak paham…

          Kenapa ade orang yang tak boleh terima kesalahan orang lain, sedangkan orang itu dengan banyak alasannya, melakukan kesalahan tersebut. Adesss...

          .

          7) Saya kehilangan…

          Seseorang dalam hati ini. And now I am being very particular on who's going replace it.

          .

          8) Ramai yang berkata...

          Aku semakin berisi. Alhamdulillah...

          .

          9) Cinta itu adalah…

          Menyakitkan

          .

          10) Di suatu tempat, seseorang sedang…

          Berehat setelah selesai test pada sebelah pagi

          .

          11) Saya akan cuba…

          Untuk sentiasa menghargai semua yang ada disekilingku dan bak kata Adlan, "Live my Life to the Fullest"

          .

          12) Perkataan "SELAMANYA" membawa maksud…

          Abadi

          .

          13) Telefon bimbit saya..

          ...

          .

          14) Bila saya terjaga…

          Saya akan tengok jam dah pukul berapa sekarang

          .

          15) Saya paling meluat…

          The bad side of me that has never changed

          .

          16) Pesta/parti adalah…

          Dimana kita berusaha untuk meluangkan masa bersama rakan seperjuangan walaupun kita terlalu sibuk dengan urusan yang semakin banyak mendatang pabila semakin dewasa.

          .

          17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui…

          Hamster

          .

          18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah…

          Umur 21. Sudah cukup besar, punya kebebasan. tapi tanggungjawab tidak sebanyak mereka yang lebih tua dari itu.

          .

          19) Hari ini…

          Saya praktikal separuh hari sahaja

          .

          20) Malam ini saya akan…

          Bersiap sedia untuk hari esok yang penting! Muahaha! chaiyok2 Jai!

          .

          21) Esok pula saya akan…

          Buat yang terbaik! Muahaha!

          .

          22) Saya betul² inginkan…

          Financial Freedom

          .

          23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini…

          Ade banyak jerawat...

          .

          24) Pusat membeli-belah atau arked permainan…

          Pusat membeli-belah jika time loaded. Arked permainan jika bosan nak mampos.

          .

          25) Makanan barat atau Jepun…

          Makanan Melayu!

          .

          26) Bilik yang terang atau gelap…

          Bilik yang tak terlalu terang dan tak terlalu gelap

          .

          27) Makanan segera adalah…

          Err... makanan yang boleh dimakan dengan segera?

          .

          28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang…

          "Aku nak pegi CC kejap"

          .

          29) Siapa yang anda ingin tag…(Silalah buat kalau rajin)

          Max J. Potter | Writer Druid | Szakif |

          Saturday, May 16, 2009

          Karnival Kerjaya & Keusahawanan (K3)

          Semalam iaitu pada hari Jumaat, saya telah menghadirkan diri ke sana. Saya telah diinform terdapat 600 ++ company yang tengah stand by untuk cari job seekers.

          Jadi, ape yang saya boleh kongsi disini, kepada sesiapa yang ingin mencari pekerjaan, terutama pada mereka yang sudah berada pada Final Year dan jugak buat senior2 yang menanam anggur, (haha!) sila lah menghadirkan diri anda ke sana. Pada yang hadir, anda berpeluang mendaftarkan diri anda ke dalam staffing and recruiting portals seperti Jobstreet dan sebagainya.

          In addition, saya sertakan website ini. Pada mereka yang tiada kesempatan untuk ke PWTC, wajibkanlah diri anda untuk memasuki website ini. Ini adalah website rasmi yang digunakan oleh 600 ++ companies untuk mereka mencari job seekers sempena K3 ini. Semoga Berjaya!

          Monday, May 11, 2009

          I wish...

          It was not yet dedicated to anyone. Will I dedicate such song to someone again in the future...?

          Tuesday, May 05, 2009

          The part of me that has never changed...

          Adoyai... mane lak aku letak charger handphone aku dan tumdrive aku nieh...
          Nak blogging pon hilang mood jadinye...
          T_T

          Monday, April 27, 2009

          Key Facts about Swine Influenza (Swine Flu)

          Swine Flu

          What is Swine Influenza? Swine Influenza (swine flu) is a respiratory disease of pigs caused by type A influenza virus that regularly causes outbreaks of influenza in pigs. Swine flu viruses cause high levels of illness and low death rates in pigs. Swine influenza viruses may circulate among swine throughout the year, but most outbreaks occur during the late fall and winter months similar to outbreaks in humans. The classical swine flu virus (an influenza type A H1N1 virus) was first isolated from a pig in 1930.

          How many swine flu viruses are there? Like all influenza viruses, swine flu viruses change constantly. Pigs can be infected by avian influenza and human influenza viruses as well as swine influenza viruses. When influenza viruses from different species infect pigs, the viruses can reassort (i.e. swap genes) and new viruses that are a mix of swine, human and/or avian influenza viruses can emerge. Over the years, different variations of swine flu viruses have emerged. At this time, there are four main influenza type A virus subtypes that have been isolated in pigs: H1N1, H1N2, H3N2, and H3N1. However, most of the recently isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses.

          Swine Flu in Humans

          Can humans catch swine flu? Swine flu viruses do not normally infect humans. However, sporadic human infections with swine flu have occurred. Most commonly, these cases occur in persons with direct exposure to pigs (e.g. children near pigs at a fair or workers in the swine industry). In addition, there have been documented cases of one person spreading swine flu to others. For example, an outbreak of apparent swine flu infection in pigs in Wisconsin in 1988 resulted in multiple human infections, and, although no community outbreak resulted, there was antibody evidence of virus transmission from the patient to health care workers who had close contact with the patient.

          How common is swine flu infection in humans? In the past, CDC received reports of approximately one human swine influenza virus infection every one to two years in the U.S., but from December 2005 through February 2009, 12 cases of human infection with swine influenza have been reported.

          What are the symptoms of swine flu in humans? The symptoms of swine flu in people are expected to be similar to the symptoms of regular human seasonal influenza and include fever, lethargy, lack of appetite and coughing. Some people with swine flu also have reported runny nose, sore throat, nausea, vomiting and diarrhea.

          Can people catch swine flu from eating pork? No. Swine influenza viruses are not transmitted by food. You can not get swine influenza from eating pork or pork products. Eating properly handled and cooked pork and pork products is safe. Cooking pork to an internal temperature of 160°F kills the swine flu virus as it does other bacteria and viruses.

          How does swine flu spread? Influenza viruses can be directly transmitted from pigs to people and from people to pigs. Human infection with flu viruses from pigs are most likely to occur when people are in close proximity to infected pigs, such as in pig barns and livestock exhibits housing pigs at fairs. Human-to-human transmission of swine flu can also occur. This is thought to occur in the same way as seasonal flu occurs in people, which is mainly person-to-person transmission through coughing or sneezing of people infected with the influenza virus. People may become infected by touching something with flu viruses on it and then touching their mouth or nose.

          What do we know about human-to-human spread of swine flu? In September 1988, a previously healthy 32-year-old pregnant woman was hospitalized for pneumonia and died 8 days later. A swine H1N1 flu virus was detected. Four days before getting sick, the patient visited a county fair swine exhibition where there was widespread influenza-like illness among the swine.

          In follow-up studies, 76% of swine exhibitors tested had antibody evidence of swine flu infection but no serious illnesses were detected among this group. Additional studies suggest that one to three health care personnel who had contact with the patient developed mild influenza-like illnesses with antibody evidence of swine flu infection.

          How can human infections with swine influenza be diagnosed? To diagnose swine influenza A infection, a respiratory specimen would generally need to be collected within the first 4 to 5 days of illness (when an infected person is most likely to be shedding virus). However, some persons, especially children, may shed virus for 10 days or longer. Identification as a swine flu influenza A virus requires sending the specimen to CDC for laboratory testing.

          What medications are available to treat swine flu infections in humans? There are four different antiviral drugs that are licensed for use in the US for the treatment of influenza: amantadine, rimantadine, oseltamivir and zanamivir. While most swine influenza viruses have been susceptible to all four drugs, the most recent swine influenza viruses isolated from humans are resistant to amantadine and rimantadine. At this time, CDC recommends the use of oseltamivir or zanamivir for the treatment and/or prevention of infection with swine influenza viruses.

          What other examples of swine flu outbreaks are there? Probably the most well known is an outbreak of swine flu among soldiers in Fort Dix, New Jersey in 1976. The virus caused disease with x-ray evidence of pneumonia in at least 4 soldiers and 1 death; all of these patients had previously been healthy. The virus was transmitted to close contacts in a basic training environment, with limited transmission outside the basic training group. The virus is thought to have circulated for a month and disappeared. The source of the virus, the exact time of its introduction into Fort Dix, and factors limiting its spread and duration are unknown. The Fort Dix outbreak may have been caused by introduction of an animal virus into a stressed human population in close contact in crowded facilities during the winter. The swine influenza A virus collected from a Fort Dix soldier was named A/New Jersey/76 (Hsw1N1).

          Is the H1N1 swine flu virus the same as human H1N1 viruses? No. The H1N1 swine flu viruses are antigenically very different from human H1N1 viruses and, therefore, vaccines for human seasonal flu would not provide protection from H1N1 swine flu viruses.

          Swine Flu in Pigs

          How does swine flu spread among pigs? Swine flu viruses are thought to be spread mostly through close contact among pigs and possibly from contaminated objects moving between infected and uninfected pigs. Herds with continuous swine flu infections and herds that are vaccinated against swine flu may have sporadic disease, or may show only mild or no symptoms of infection.

          What are signs of swine flu in pigs? Signs of swine flu in pigs can include sudden onset of fever, depression, coughing (barking), discharge from the nose or eyes, sneezing, breathing difficulties, eye redness or inflammation, and going off feed.

          How common is swine flu among pigs? H1N1 and H3N2 swine flu viruses are endemic among pig populations in the United States and something that the industry deals with routinely. Outbreaks among pigs normally occur in colder weather months (late fall and winter) and sometimes with the introduction of new pigs into susceptible herds. Studies have shown that the swine flu H1N1 is common throughout pig populations worldwide, with 25 percent of animals showing antibody evidence of infection. In the U.S. studies have shown that 30 percent of the pig population has antibody evidence of having had H1N1 infection. More specifically, 51 percent of pigs in the north-central U.S. have been shown to have antibody evidence of infection with swine H1N1. Human infections with swine flu H1N1 viruses are rare. There is currently no way to differentiate antibody produced in response to flu vaccination in pigs from antibody made in response to pig infections with swine H1N1 influenza.

          While H1N1 swine viruses have been known to circulate among pig populations since at least 1930, H3N2 influenza viruses did not begin circulating among US pigs until 1998. The H3N2 viruses initially were introduced into the pig population from humans. The current swine flu H3N2 viruses are closely related to human H3N2 viruses.

          Is there a vaccine for swine flu? Vaccines are available to be given to pigs to prevent swine influenza. There is no vaccine to protect humans from swine flu. The seasonal influenza vaccine will likely help provide partial protection against swine H3N2, but not swine H1N1 viruses.

          Sunday, April 26, 2009

          Apakah Kategori Otak Anda? Dah Korup atau Belum?

          Ketika aku berkeliaran di blog kawan2 ku, aku akhirnya singgah di blog Archeaqalogy setelah sekian lama tak ke situ. Dan aku telah jumpa satu gambar yg menarik. Jadi, persoalannya. Apakah yang anda dapat lihat dalam gambar di atas? Sila tinggalkan komen dengan sejujurnye ya. Huhu...

          Wednesday, April 22, 2009

          Filem Yasmin Ahmad, Talentime..Apa dah jadi? (yoyooh.com)

          Talentime, filem Yasmin yang mendapat pujian ramai terutama dari blogger-blogger filem, termasuk blog kecil ini, tidak berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Ini dapat dilihat dari hasil jualan tiket yang hanya disekitar (atau tidak sampai) Rm 500 ribu setakat yang aku tahu.

          Apa yang menyebabkan perkara ini terjadi?

          Mengikut survey yang aku lakukan terhadap beberapa penonton Melayu secara rawak, aku mendapat respon ini.

          1. Talentime adalah kembar Sepet dan Gubra. Kebanyakan penonton tidak mahu melihat cerita yang seakan sama berulang kali. Mereka mengambil keputusan untuk menanti kemunculan Talentime di dalam bentuk DVD haram.

          2. Harith Iskandar dan Adibah Nor. Mereak tidak mahu menonton pelakon yang sama dan membawa watak yang hampir sama berulang kali. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk menantikan kemunculan Talentime di dalam bentuk DVD haram.

          3. Strategi promosi yang mengelirukan. Trailer Talentime di TV disalah tafsir sebagai satu iklan/komersil produk kecantikan. Ini kerana sangkaan mereka Talentime di sini merupakan jenama bedak terbaru dari Silky Girl dan bukannya sebuah filem.

          4. Talentime adalah satu tajuk filem di dalam perkataan bahasa inggeris. Majoriti penonton yang menggunakan 100 peratus komunikasi di dalam bahasa Melayu sehari-hari tersalah sangka bahwa filem ini merupakan filem orang putih . Sekiranya tajuk filem ini ditukar kepada ' Malam Pesta Muda Mudi' kemungkinan besar sambutan terhadap filem ini akan berbeza.

          5. Trailer yang menggelirukan bagi sebuah filem Melayu kerana 'lagu' orang putih yang dinyanyikan oleh Hafiz. Ini menyebabkan penonton menyangkakan filem ini di dalam bahasa Inggeris.

          6. Lagu Urdu sewaktu trailer, (apa ntah nama tajuknya itu...Ore Piya...kalau tidak silap) telah mengelirukan lagi identiti filem ini. Kekeliruan dan ketidak jelasan penonton terhadap filem ini telah mengakibatkan mereka tidak berminat mengambil risiko kehilangan Rm8-12 secara sia-sia.

          7. Hero dan heroin yang tidak dikenali.

          Ini adalah antara jawapan yang diterima dari survey yang aku lakukan. Mungkin ada blogger lain yang mempunyai pandangan kritis mereka sendiri tentang hal ini.

          Apapun penonton telah bersuara...

          More on:

          yoyooh.com

          Lagi-lagi Filem

          Tuesday, April 21, 2009

          Kuala Lumpur International Bookfair 2009

          It was on 18th April. Aku baru je lepas habis exam pada hari tersebut. Malamnye, best friend ku Yassin datang dari UIAM Kuantan. Dia ni student Majoring Biomarine. So kami sembang2 habis2an pada malam itu...

          Kesimpulannya:

          1. Dia sekarang dah ade awek baru. Feewit... Seperti biasa, syarat2 awek yg dia suka, awek tu mesti lagi tinggi dari dia. haha... Adoyai...

          2. Dia dah ade diving licence. Bukan driving ye.. DIVING. huhu... Mak aih... Bangga betol dia ade diving licence. Sekarang Yassin officially boleh dikira penyelam berlesen diiktiraf diserata dunia.

          3. Dia dah terbitkan buku keduanye yang bertajuk "Hantu Lagenda".

          Novel Remaja kedua beliau, "Hantu Legenda"

          Novel Remaja pertama beliau, "Istana Tinggalan"

          So pada keesokan harinya aku pegi ke PWTC untuk mencari buku tersebut disamping meluangkan masa bersama Coklat. Thanx Coklat kerana sudi teman... ^^

          Coklat membeli sebuah novel tebal yang membosankan (katanya....hahaha). Aku tak ingat tajuk dia ape... Dan aku rasa novel nipis ini lebih menarik untuk dibaca. hohoho... Nanti aku da habis baca novel nie, aku tulis review nye pulok.

          Kalau korg nak membeli buku secara banyak, sila lah datang ke Book Fair ini. Ade diskaun dari 10 - 15 %, disamping dapat berjumpa dengan beberapa artis terkenal jika anda bertuah. (walaupon aku tak kenal) Nak jalan2 disamping mencari awek yang suka membaca pon boleh. Hahaha...

          Rakan2ku yang menulis:

          Yassin Rahmat

          Zamri Mohamad

          Mohd Aliff Mohd Nor

          Syarafuddin Sulaiman

          P/S:

          Yassin! Kau kena upah aku sebab aku tolong promotekan novel kau. hahahahahahaaha!